Showing posts with label ISU PANAS. Show all posts
Showing posts with label ISU PANAS. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

OH ~ ISU PANAS : FAKTA BERCANGGAH DI DALAM AKHBAR UTUSAN DENGAN AKHBAR2 LAIN

 PERHIMPUNAN SEJUTA UMAT YG BERLANGSUNG SEMALAM TELAH MEMBERI PELBAGAI REAKSI DIKALANGAN MASYARAKAT.


 Namun,sebagai wartawan yg bertugas mengupas tentang perhimpunan tersebut,nampaknya ramai dikalangan mereka tidak TAHU UNTUK MENGIRA.


Mengapa Admin sebut sebegitu?..


LIHAT GAMBAR YG AKAN DIPAPARKAN DI DADA2 AKHBAR NIH.TERTIPU KAH ANDA?

Namun laporan berita portal propaganda tersebut menulis angka dua kali ganda lebih ramai iaitu 10,000. Nampak sangat wartawan yang menulis berita ni main belasah je asalkan jadi berita.



Portal Berita Harian pula melaporkan kurang dari 1,000 peserta menghadiri perhimpunan itu, malah menyifatkan ia sebagai satu perhimpunan yang gagal, kerana tidak mencapai sasaran.



ADMIN F2JL : Sekejap 5000..skjp 10000..skjp 1000...diorng nih keje guner sebelah mate ke?..x ngutuk..tapi nmpk sngt bohongnyer...


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/10/himpunan-sejuta-umat-utusan-buat-lawak.html#ixzz1bYnEakVz

Friday, October 21, 2011

OH ~ ISU PANAS : MENINGGALNYA MUAMMAR GADDAFI

     Kolonel Muaamar Gaddafi mati semalam selepas ditembak pejuang penentang Libya. Beliau yang dijumpai meyorok didalam kolong ditepi jalan sebagai percubaan melarikan diri dari ditangkap. Konvoi beliau sebelum itu dibom oleh jet pejuang Perancis atas bidang kuasa NATO. Semasa ditangkap Gaddafi berkali-kali memohon agar beliau tidak dibunuh. Ini adalah polar opposite dari apa yang dilaungkan beliau beberapa bulan yang lalu dimana beliau bersumpah akan menentang sehingga ketitisan darah terakhir. Gaddafi diheret keluar dari kolong selepas pengawal peribadinya semua dibunuh. Selepas dibelasah pejuang yang menangkapnya beliau ditembak dikepala. Mayat beliau kemudian diheret sebelum ditunjukkan kepada orang ramai sebagai bukti kematian beoliau.

Turut terbunuh dalam serangan di SIRTE semalam ialah anak beliau Mutassim Gaddafi. Sirte ialah banda kelahiran Gaddafi, macam Saddam yang lari ke Tikrit selepas kekalahan teruk - Gaddafi melarikan diri ke Sirte untuk one final stand. Begitulah kisah diktator moden. Cakap mahu berlawan sehingga titisan darah terakhir tapi akhirnya begging for the life.





Laproan asal DM

Saturday, October 15, 2011

OH ~ ISU PANAS : BAYI MASIH HIDUP DISUMBAT DALAM PAM TANDAS




Baca bawah neh ;

Gelagat pelik seorang wanita selepas keluar dari tandas yang disedari rakan sebiliknya membawa kepada penemuan seorang bayi baru lahir dan disorokkan dalam pam tandas di sebuah rumah sewa di bandar ini, jam 4 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bayi lelaki seberat dua kilogram itu ditemui masih hidup tetapi dalam keadaan kebiru-biruan dan lemah dipercayai akibat terlalu lama berada dalam tangki itu. Menurutnya, ketika ditemui bayi itu masih bertali pusat dan mengalami sedikit kecederaan pada badan.

“Polis menahan seorang wanita berusia 23 tahun di wad Hospital Kemaman yang dipercayai melahirkan bayi itu dan menyorokkannya di dalam tangki air pam tandas rumah sewa itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, rakan serumah suspek mengesyaki sesuatu tidak kena pada gadis itu yang kelihatan tidak bermaya selepas keluar dari tandas di rumah sewa mereka.

Katanya, suspek pada mulanya enggan menceritakan kejadian itu tetapi selepas didesak rakan sebilik yang juga pengadu, akhirnya dia mendedahkan melahirkan bayi di dalam tandas.

“Rakan sebilik mangsa bergegas membawa bayi itu yang dalam keadaan lemah dan kesejukan ke Hospital Kemaman untuk diberikan rawatan kecemasan. “Pemeriksaan doktor mendapati bayi itu cedera di bahagian muka dan kesejukan selain kebiruan pada seluruh badan. Bagaimanapun bayi terbabit dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.
 -HM-



Kepada rakan2 yang kenal orang yang mengandung anak luar nikah, bimbinglah mereka untuk berikan anak2 mereka kepada pihak tertentu. Jangan takut2kan mereka dan apa yang paling penting, jangan hasut mereka untuk buang bayi sendiri.


INILAH YG DIKATAKAN NASI SUDAH MENJADI BUBUR LALU TAKUT UNTUK MENJADI BERAS SEMULA (??)

Tuesday, October 11, 2011

OH ~ ISU PANAS : POSTER PERRSENDAKAN HUDUD


Tadi terbaca satu kisah dari blog neh berhubung penyebaran poster2 yang memburukkan hukum hudud di mata rakyat. Antara contoh2 poster yang disebarkan ialah ;





Dari apa yang aku faham melalui poster2 di atas neh ialah ;

1. Si pembuat poster benci pada pas.

2. Alasan benci mungkin disebabkan politik.

3. Dan dia menggunakan isu hudud untuk menyalurkan kebencian dia terhadap pas.

Hurm.. aku pun heran. Bukan kah kalau mempersendakan hudud itu bererti mereka mempersendakan hukum Allah swt? Tapi kenapa masih berbuat demikian? Benci pas? Lantaklah, tapi apsal jadikan hudud sebagai pelepas kebencian pada pas? Patut ke cara tue? Patut ke dengan mengutuk hudud semata2 nak menyalurkan kebencian pada pas? Mungkin mereka tidak sengaja terkutuk hudud sebab arus politik. Yelah kerajaan tidak mahu laksanakan hudud. Mereka pula nak membela kerajaan. 

Tetapi cara dan strategi mereka dah salah. Dengan mengutuk2 pas menggunakan isu hudud hanya akan menambahkan lagi persepsi dan sangkaan buruk terhadap hudud dan islam. Suka kah anda jika orang lain sangka buruk terhadap islam? Sudah lah kita hidup di dunia yang rata2 masyarakatnya tidak faham apa itu islam dan sering salah sangka terhadap ajaran islam. Kini, terdapat segolongan umat islam yang bersikap demikian pula. Apa nak jadi neh? Adakah mereka neh ialah golongan munafiq yang dimaksudkan oleh Allah swt dalam Alquran? [<-- tanya, bukan tuduhan, harap maklum].

Thursday, October 6, 2011

OH ~ ISU PANAS : INGAT LAGIKAH ANDA PADA KARTUN INI?

 Persoalan hukum hudud.. adakah ianya hukuman Allah atau hukuman ciptaan manusia?? atau kalau dalam kisah di Malaysia ianya ciptaan PAS?


 Tapi bagaimana dengan gambar dari surat khabar yang memperjuangkan Melayu ni?

Setahu ADMIN, Islam bukan agama yang kita boleh kaji dengan logik akal.. kita kena percaya dengan dalil yang ada di dalam Al-Quran.. Ianya bukan boleh di Google untuk mencari logik akal.. sebab itu, kita hendaklah wajib patuh pada perintah Allah.. tak percaya, anda boleh dengar hujah dari 2 tokoh agama di Malaysia..

Yang pertama ini membantah hudud..

Dan yang kedua menyokong hudud..

Renung2kan dan selamat beramal..Ingatlah,, sejahat manapun kita.. tidak mustahil di dalam lubuk hati kita untuk menjadi umat islam yang soleh dan solehah..Ianya berat dipikirkan..tak bermakna sebagai umat islam kita kena biarkan sahaja..

OH ~ ISU PANAS : UTUSAN MEMPERSENDA HUKUM HUDUD


Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26 September 2011 telah mendapat kritikan pembaca kerana dikatakan telah menghina hukum hudud melalui karikatur yang disiarkan. Rata rata pembaca memberi pandangan mereka kecewa kerana undang undang hudud Islam dipermainkan. Ok, anda tengok dulu gambar karikatur di di bawah :- 
Utusan Malaysia hina hukum hudud
Bagaimana pendapat anda semua? ADMIN pun rasa memang sangat tak patut Utusan Malaysia keluarkan karikatur seperti ini. Undang undang Hudud bukan boleh dijadikan bahan mainan politik seperti ini. Kita semua orang Islam, biar sejahat mana pun kita, beranikah kita menentang hukum Allah? Jangan persendakan hukum Allah, ia bererti sama dengan mempersendakan Allah. Secara umumnya, kita dapat lihat zaman sekarang ni, agama Islam sering dijadikan bahan mainan politik. Tak sayangkah mereka dengan agama Islam? Atau tak takutkah mereka kepada Allah? 
sumber gambar : fan page Nik Aziz Nik Mat

OH ~ ISU PANAS :Heliza Helmi disembur peminat di Facebook gara gara komen tentang hudud


Salam pembaca semua. Pertama sekali, ADMIN nak cakap post ni bukanlah berniat untuk menjatuhkan nama Heliza Helmi. Korang kenal siapa itu Heliza Helmi? Dia adalah seorang artis kelahiran Akademi Fantasia ke empat. Kesantunannya, keperibadiannya yang baik, bertudung labuh dan baik budi pekerti telah memikat ramai peminat. Heliza tak macam artis bertudung yang lain. Tapi baru baru ni keluar satu kenyataan di akhbar Sinar Harian tentang komen komen artis mengenai hukum hudud. Banyak artis yang beri komen termasuk Heliza. Mari lihat apa komen mereka. 

[Terbakor Hot] Heliza Helmi disembur peminat di Facebook gara gara komen tentang hudud

Kalau tak nampak, di bawah ada yang lebih terang, 

Kalau nak laksanakan hukum hudud banyak perkara yang perlu diberikan pertimbangan dan penilaiannya. Kita kena lihat keberkesanan hukum ini dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, mungkin di negara Arab ia sesuai dijalankan kerana mereka sudah biasa mengamalkannya sejak dulu lagi. Tetapi jika kita baru hendak melaksanakannya di sini, pasti ramai tak dapat terima. Bagaimanapun hukum hudud ditetapkan dalam agama Islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini. -heliza helmi
Ok, setelah membaca pendapat Heliza mengenai hukum hudud. Apa pendapat korang? Tapi tunggu, kita lihat pendapat peminat peminat Heliza dulu di fan page rasmi miliknya. Memandangkan Heliza tutup wall dia dari post orang luar, jadi peminat telah meluahkan kekesalan mereka tentang komen Heliza mengenai hudud itu di status di bawah. 
[Terbakor Hot] Heliza Helmi disembur peminat di Facebook gara gara komen tentang hudud
Dan dibawah ini pula komen komen peminat Heliza. 
[Terbakor Hot] Heliza Helmi disembur peminat di Facebook gara gara komen tentang hudud
[Terbakor Hot] Heliza Helmi disembur peminat di Facebook gara gara komen tentang hudud
[Terbakor Hot] Heliza Helmi disembur peminat di Facebook gara gara komen tentang hudud
[Terbakor Hot] Heliza Helmi disembur peminat di Facebook gara gara komen tentang hudud
[Terbakor Hot] Heliza Helmi disembur peminat di Facebook gara gara komen tentang hudud
[Terbakor Hot] Heliza Helmi disembur peminat di Facebook gara gara komen tentang hudud
Jelas menunjukkan di situ yang peminat marah sangat dengan Heliza. Heliza boleh hilang ramai peminat disebabkan keterlanjuran kata katanya. Ok, mungkin ada yang tanya, kenapa Heliza? Post ni berniat untuk menjatuhkan Heliza ke? Oh tidak sama sekali. Ramai yang marah Heliza sebab expectation mereka sangat tinggi terhadap Heliza. Heliza dianggap sebagai contoh artis Islam yang sangat baik. Sebab tu lah, bila dia komen macam tu ramai yang marah. Sebab mereka menjangkakan Heliza seorang yang bijak dalam agama. Tapi tak sangka dia boleh keluarkan kenyataan macam tu. 

Mengenai artis lain, serius ADMIN tak sangka mereka berani buat kenyataan begitu tentang hukum hudud. Ini soal hukum Allah. Bukan hukum main main. Tapi antara artis artis itu, Heliza yang sepatutnya jadi lebih bijak dalam memberi komen kan? Dari segi positif, mungkin wartawan yang menulis itu sengaja mahu memutar belitkan kenyataan. Atau memang benar itu adalah komen artis artis itu sendiri. Apa kata Heliza? Sama sama kita nantikan. 

F2JL : Lumrah hidup jadi artis. Ada satu masa disanjung tinggi bagai nak rak, tapi bila buat salah sikit kena hemtam kaw kaw punya! 

Thursday, September 22, 2011

OH ! ISU PANAS :Isu hina Islam, Zizan mohon maaf secara terbuka tahniah!





BERIKUTAN isu penghinaan Islam dalam salah satu babak filem Hantu Bonceng, isu tersebut mendapat liputan luas di media-media seluruh negara, [Hantu Bonceng].

Pelbagai kritikan dilontarkan, tidak kurang juga yang mempertahankan hal ini. Apa pun tahniah diucapkan kepada Zizan kerana bersikap positif dan tidak ego untuk meminta maaf secara terbuka di atas perkara tersebut [Facebook].


Admin' secara peribadi tidak menyalahkan Zizan dalam hal ini. Kesilapan dan kekhilafan tentu sekali lazim terjadi di dalam proses penggambaran filem. Namun pihak yang diberi tanggung jawab menapis dan melakukan editting dilihat gagal.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Zizan yang sanggup meminta maaf. Semoga beliau terus berjaya di dalam bidang lakonan dan lawak yang diceburi. Jadikan ini sebagai pengajaran dan cabaran di dalam menempuh kejayaan.


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/09/isu-hina-islam-zizan-mohon-maaf-secara.html#ixzz1YgmLVbfU

Tuesday, September 13, 2011

OH ISU PANAS : MUSLIM, KRISTIAN BERGADUH AKIBAT SMS PALSU..












Otak tak center. Itulah dia orang yang menyebarkan sms palsu sehingga menyebabkan orang islam dan kristian saling berbunuhan. Walaupun umat islam dan kristian masing2 patut belajar untuk bersabar dan mengawal emosi tetapi individu yang menyebarkan sms palsu neh harus bertanggungjawab sebab dengan sengaja ada niat mencetuskan hura hara. Lihat bawah neh ;

JAKARTA: Penyebaran mesej pesanan ringkas (SMS) palsu menjadi punca pertempuran di Ambon antara penduduk Islam dan Kristian menyebabkan tiga orang maut dan 89 cedera selain memaksa 400 anggota keselamatan dikerah berkawal di bandar itu. 

Pergaduhan itu dilaporkan meletus di ibu kota Maluku, kelmarin selepas SMS menyatakan seorang pemandu teksi Muslim diserang dan dibunuh penduduk Kristian.Satu kumpulan dipercayai turut disertai anggota keluarga pemandu teksi itu bersenjatakan parang dan batu terbabit dalam pergaduhan.
Jurucakap polis kebangsaan, Anton Bachrul Alam, berkata pihak yang menyebarkan SMS palsu itu sudah diketahui tetapi tangkapan belum dibuat. 

“Kami gesa penduduk Ambon tidak menyebarkan SMS yang boleh mencetuskan masalah,” katanya. 

Anton berkata, rusuhan tercetus selepas kemalangan jalan raya membabitkan seorang pemandu teksi. 

SMS palsu itu menyatakan, seorang pemandu teksi, Darmin Saiman, diserang dan dibunuh. Pergaduhan meletus selepas dia dikebumikan. – Agensi 

Perkara yang sama tak mustahil berlaku di malaysia andai terdapat penyebaran sms2 palsu yang menghasut rakyat terutamanya orang islam untuk benci kristian dan masyarakat bukan islam. Ahti2 larh dengan apa yang anda lihat dan baca. Jangan anggap ia benar sehingga terbukti sahih. 

ADMIN : Jalan damai ada.. yang ektrem gak jadi pilihan..

Tuesday, August 16, 2011

OH ~ ISU PANAS : Obe menyamakan Jesus dengan Nabi Isa a.s( menjawab komen Obe)..(DARI BLOG SAH DAN TAK SAH)

       DIINGATKAN SEKALI LAGI BAHAWA SEMUA KANDUNGAN ARTIKEL YG INI ADALAH  DARI BLOG LAIN,KOme INGIN SHARE UNTUK MENERIMA PENDAPAT SEMUA,SYUKRAN.










'Dalam sebuah filem debat, ada satu falsafah yang digunakan.. Bila berdebat bukan untuk membuktikan kita betul..tapi buktikan bahawa pihak lawan lagi banyak salah dari kita. Kerana penonton tidak mahu dengar kebaikan..tapi yang mana lebih buruk.

Hari ini adalah edisi Khas Obefiend, Sebab agak ramai orang mesej Khalis mengenai Obe ni. Khalis baru berblog k? dan sebagai blogger baru, bila Khalis tinggalkan links di blog obe, dapat trafik yang cun memang la jadi gila baban sekejap. Siapa tak suka trafik ye tak? Itu salah, ok.. tapi bagi fan Obe, better pergi blog / website lain wat kacau komen entah ape-ape, tarik perhatian orang klik nama dia(yang mana Khalis kenal Obe dengan cara ini). Khalis salah, dan Khalis tak buat hanya di blog Obe k? Khalis wat kat semua blog, malah blog ada 4 orang followerpun Khalisbuat jugak. wahaha..

Tapi bila obe tanya Khalis'











            
''Jawapan Khalis,, tak sama sekali..(Start dari sekarang Khalis gunakan kata ganti diri 'aku')
Obe! ko tulis guna pala lutut ke apa? KO mengakui kewujudan Jesus ke? Ko agama apa Obe? apa nilai yang ko nak terap kan? Nabi Isa = Jesus??

Nabi Isa a.s ialah nabi dan rasul bagi umat islam.. Ini hakikat yang umat islam wajib hafal dan percayai.. Hanya orang kristian mengangkat Jesus sebagai tuhan. Sebagai orang islam kita tak patut mengakui kewujudan Jesus. Jesus bukan versi terjemah bahasa arab ke bahasa inggeris la ngok.. Jesus versi kristian.. ko ni fahaman apa sebenarnya??!! pengikut kopun angguk je kan?

Kemudian ko cakap camni''









''Freedom of speach?? fahaman ko camne ek? kire ko sama la dengan mamat pelukis karikatur Nabi Muhammad s.a.w? kebebasan bersuara.. camtu?? tapi kenapa aku nak tanya ko,, dalam blog ko ko boleh mempertikaikan agama islam sahaja.. Aku tak nampak ko kaji agama lain.. Agama bodoh Madonna ke? kenapa ko bagi peluang bagi orang bukan islam salah faham mengenai islam? ko sedar tak ko pernah samakan wanita bertudung sama dengan pasangan gay? ko menyokong kebebasan beragama.. Obe? agama islam bukan untuk kita troll dan kaji di google. Sebab tu ko boleh setuju dengan valentine kan? sebab ko google ye tak? ko sebagai pemilik blog harus dan wajib bertanggungjawab. Bila ko biarkan orang menulis sesuka hati dan tanpa teguran..bermakna ko sokong..

Last sekali dalam komen ko yang pertama ko cakap''









''Hei!! bila kita melihat keindahan dan kebesaran Allah, sebutlah dengan Subhanallah.. Maha suci Allah.. ko mempertikaikan ke? biar betul!! ko samakan ucapan ini dengan ucapan orang kristian? aku dah agak panas hati dengan ko. Ko betul betul manusia yang percayakan kuasa akal lebih dari kuasa Allah nampaknya..

Ini, jawapan Khalis bagi komen Obe yang pertama.. setakat ini.. Khalis meragui diri Khalis kenapa pernah minat dengan cara dia berfikir. Semakin Khalis baca balik kata kata dia , semakin BODOH OBE NI!! memang jujurnya semakin lama macam sesat sungguh. Mengaku diri kafir untuk melepaskan diri dari menjawab persoalan?/!! biar betul? kemudian boleh pulak main-main nak mengucap semula..''

Saturday, June 25, 2011

OH ~ ISU PANAS : Nik Aziz Sokong Perhimpunan BERSIH


KUBANG KERIAN –

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah mengadakan himpunan aman Bersh 2.0 terpaksa diambil oleh rakyat negara ini sebagai tanda mereka amat membenci ketidakadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diamanahkan untuk mengendalikan pilihan raya negara secara telus.
Katanya, perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan pada 9 Julai ini wajar diikuti oleh seluruh rakyat negara ini bagi memberi isyarat agar SPR bertindak seadil yang boleh.
“Kita diberi pilihan untuk membuat sesuatu yang baik, kita tidak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak orang lain, oleh itu bagi umat Islam tindakan membantah perkara ini adalah amat wajar dan sesuai dengan naluri manusia yang inginkan kebaikan bagi diri mereka,” ujar beliau.
Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang membantah sebahagian rakyat negara ini untuk mengadakan demonstrasi aman Bersih 2.0 tu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran derma pembinaan masjid dan perletakan batu asas Masjid Al-Qasimi Pasir Tumboh selepas solat Jumaat sebentar tadi.
Turut hadir Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian serta Adun Pasir Tumboh Ahmad Baihaki Atiqullah.
Menyentuh tindakan kerajaan negeri memboikot akhbar Utusan Malaysia, beliau berkata ia akan berterusan selagi akhbar tersebut berminat untuk menyiarkan sesuatu perkara yang melampaui batas seperti penghinaan terhadap agama Islam sendiri.
“Kalau mereka nak teruskan perangai tersebut, mereka boleh berbuat demikian, tetapi kita juga ada hak untuk tidak membenarkan liputan mereka,” kata beliau lagi.
Sementara itu, Salahuddin berharap masyarakat setempat dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha pihak jawatankuasa masjid Al-Qasimi untuk membina bangunan tambahan yang dijangka bernilai lebih RM1 juta.
“Kita boleh memberi sumbangan berbentuk kewangan, bahan binaan maupun tenaga bagi melihat pembinaan masjid ini berjalan lancar, saya juga menyeru badan-badan korporat agar sama-sama menyumbang bagi pembinaan masjid ini,” kata beliau.

HARAKAH.NET
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...