Thursday, September 22, 2011

EM ! TAZKIRAH : Rahsia Kehebatan Seorang Wanita


Jika kita mengkaji kisah-kisah para wanita di zaman Rasulullah s.a.w, kita akan dapati mereka adalah wanita-wanita Islam yang sangat hebat. Zaman Rasulullah s.a.w dikenali sebagai zaman generasi Quran yang unik. 





Keunikan ini tidak hanya terbatas kepada kaum lelaki Islam, bahkan di kalangan wanita Islam juga tertonjol keperibadian yang cemerlang yang sukar kita lihat pada kebanyakan wanita Islam pada hari ini. Apa uniknya pada mereka dan tidak pada kita? Mereka ini adalah wanita yang sangat berani menyatakan kebenaran, proaktif, pandai berhias dan melayani suami, sabar dan tenang, kuat tubuh badan, bijaksana, lantang menyatakan pandangan sesuai dengan masa dan ketikanya, mampu mengawal emosi, malu dan sebagainya.

Wanita sering dikaitkan dengan emosi dan perasaan. Bahkan ia adalah fitrah seorang wanita yang mana jika didorong oleh iman dan akal yang waras ia akan menjadi rasional. Sebaliknya jika didorong oleh nafsu, maka binasalah ia. Namun dunia hari ini penuh dengan cabaran dan tekanan hingga menjadikan wanita sukar untuk mengawal emosi. Contohnya tekanan di tempat kerja dan anak meragam menjadikan kita rasa cepat marah dan kurang sabar terutamanya ketika penat dan sibuk. Mari kita lihat contoh seorang sahabiah yang mampu mengawal emosinya dalam berhadapan dengan ujian.

Secara ringkasnya, kisah Ummu Sulaim, seorang wanita yang amat teguh pendiriannya terhadap Islam. Ini dapat dilihat apabila suami pertamanya mengajak beliau kembali kepada agama yang asal dan beliau enggan berbuat demikian sehingga sanggup berpisah dengan suaminya. Setelah suaminya meninggal dunia, beliau telah dilamar oleh Abu Talhah yang mana pada ketika itu Abu Talhah belum memeluk Islam. Abu Talhah telah meminangnya dengan mahar emas dan perak. Lantas wanita hebat ini berkata, “Aku tidak berhajat kepada dua benda ini, akan tetapi maharku adalah Islam. Sekiranya engkau terima, maka aku tidak berhajat kepada perkara yang lain”. Akhirnya Abu Talhah bersetuju dan berkahwin dengan beliau.

Hasil perkahwinannya dengan Abu Talhah, beliau dikurniakan seorang anak bernama Abu Umair. Suatu hari, ketika suaminya keluar bermusafir, anaknya telah ditimpa sakit yang akhirnya membawa kepada ajalnya. Ummu Sulaim telah memandikan dan mengkafankannya. Selepas itu beliau berkata kepada ahli keluarganya, “Biarlah aku yang mengkhabarkan berita tentang kematian anakku ini kepada suamiku”.

Sekembalinya Abu Talhah dari bermusafir, dia bertanyakan khabar anaknya itu. Ummu Sulaim dengan tenang menjawab, “Anak kita berada dalam keadaan aman”. Apabila menjelang malam, berkata Ummu Sulaim, “Wahai suamiku, andaikata seseorang itu diberi pinjam sesuatu barang, kemudian empunya barang itu minta dikembalikan barangnya, patutkah dia tidak mengembalikannya?” Jawabnya: “Tidak”.

Kemudian Ummu Sulaim dengan tenangnya berbicara, “Sesungguhnnya Allah telah mengambil semula apa yang dikurniakan kepada kita, anak kita telah pun diambilnya kembali”. Pilu hati Abu Talhah mendengar kata-kata isterinya itu, namun dia redha dengan takdir Allah.

***

Lihatlah betapa tabahnya hati seorang ibu dalam menghadapi detik-detik kematian anaknya dan betapa bijaknya dalam menyampaikan khabar duka itu dengan menggunakan kaedah yang menarik. Begitu juga dengan kekentalan imannya sehingga sanggup berpisah dengan suami yang dicintainya dan menukarkan emas dan perak dengan Islam sebagai maharnya.

Selain itu, kita dapati wanita-wanita Islam di zaman itu, hebat dalam menyuarakan pandangan mereka apabila seorang sahabiah bertanya Rasulullah s.a.w, tentang bagaimana mereka boleh mendapatkan pahala jihad sedangkan mereka tidak dibenarkan untuk keluar berjihad sepertimana kaum lelaki.

Satu lagi kisah menarik adalah seorang sahabiah Khaulah binti Tha’labah bertegas untuk mendapatkan haknya apabila beliau tidak mahu berganjak selagimana Rasulullah s.a.w tidak putuskan sesuatu dalam isu rumahtangganya iaitu zihar. Begitu juga Saidatina A’isyah r.a terkenal dengan kebijaksanaannya terutamanya dalam meriwayatkan hadith dan mengajar kepada kaum muslimin

Begitu juga halnya dalam urusan jihad. Ketangkasan Khaulah Azwar telah menggemparkan angkatan muslimin dalam peperangan menentang bangsa Rom. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa. Dalam perang Uhud pula, Nusaibah menjadi perisai Rasulullah s.a.w yang sanggup menjadikan tubuhnya sebagai sasaran musuh-musuh Allah. Kekentalan Sumayyah dalam mempertahankan imannya sehingga beliau memilih kesakitan di dunia berbanding keperitan neraka. Beliau terkenal dalam sejarah umat Islam sebagai wanita pertama yang syahid.

***

Setelah kita melihat beberapa contoh di atas, kehebatan mereka bukanlah disebabkan mereka ini memang semulajadi hebat semata-mata. Tetapi, kehebatan mereka ada faktor dorongan yang menjadikan mereka ini bertambah hebat. Faktor yang utama adalah keimanan yang mantap dalam jiwa mereka serta jati diri yang tinggi terhadap Islam sehingga terserlah kepada keperibadian mereka dalam kehidupan. Kita amat yakin bahawa akhlak seseorang itu samada mulia atau buruk adalah cerminan dan penzahiran kepada iman seseorang. Tujuan Rasulullah s.a.w diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia. Ini dinyatakan dalam sabda Rasulullah s.a.w

“Hanyalah aku diutus (oleh Allah) untuk menyempurnakan akhlak.” (HR.Ahmad, lihat Ash Shahihah oleh Asy Syaikh al Bani no.45 dan beliau menshahihkannya).

Apabila iman yang mantap sebati dengan fitrah, kemampuan, dan tanggungjawab seorang wanita akan melahirkan wanita yang hebat dan cemerlang. Neraca dan nilaian seseorang itu hebat bukan disebabkan cemerlang dalam kerjayanya mendapat pangkat yang tertinggi, atau mempunyai harta yang banyak atau kata-katanya berjaya mempengaruhi ramai manusia atau cemerlang dalam mengurus rumahtangganya dan sebagainya. Tetapi selagimana ia tidak disulami dengan erti iman dalam apa jua niat, perkataan dan perlaksanaa, hakikatnya ia tidak bernilai dan hanya bersifat sementara walaupun pada pandangan manusia ia hebat.


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.


5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.


6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan
ibumu terlebih dahulu.


9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.



6 JENIS WANITA MALANG


"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan
yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang
Syadaqah."


Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit
atau buat-buat sakit.


Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering
menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".


Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang
dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu
menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk
membelinya.


Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan
menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali
sendirian dan diasingkannya bahagianya.


Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising. 

OH ! FAKTA : Senyum Adalah Senaman Dalaman



Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. 



Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan. 

OH ! SHOCK : Mahu Terjun Akibat Rasuk


Gempar apabila seorang penuntut wanita sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, yang dikatakan dirasuk cuba terjun dari tingkat dua kolej kediamannya,




Dalam kejadian jam 6 petang, penuntut berusia 21 tahun itu memanjat tingkap dan duduk di balkoni dengan kedua-dua kakinya terjuntai ke bawah.


Perbuatan gadis dari sebuah negeri di utara tanah air itu, bagaimanapun disedari rakan sebiliknya yang cuba memujuknya turun.


Pujukan itu bagaimanapun gagal lalu mereka memanggil pengurusan kolej dan sekali lagi cuba memujuk penuntut itu supaya tidak terjun.


Usaha itu juga menemui kegagalan sebelum pasukan bomba dan penyelamat dipanggil bagi melakukan usaha menyelamat gadis yang dirasuk itu.


Menurut rakan sebilik mangsa yang enggan dikenali, dia terdengar suara seperti orang meracau di luar tingkap bilik lalu pergi memeriksanya.




“Saya terkejut selepas mendapati rakan sebilik berada di atas balkoni luar dan dia seolah-olah sudah bersedia untuk terjun. Bimbang perkara buruk berlaku, saya cuba memujuknya supaya turun, namun tidak diendahkan.


“Saya menghubungi kakitangan kolej memaklumkan perkara itu dan kami sekali lagi berusaha memujuknya, namun gagal,” katanya.



Menurutnya, selepas gagal memujuk penuntut itu, mereka menghubungi pasukan bomba dan penyelamat yang datang tidak lama kemudian.


Katanya, rakan sebiliknya yang menuntut di tahun satu jurusan insurans itu dipercayai mengalami gangguan makhluk halus sejak beberapa hari lalu.


Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan II Chee Hong Chuan berkata, pihaknya yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi untuk menyelamatkan mangsa.


“Ketika tiba, gadis itu masih berada di balkoni tingkat dua kolej kediamannya dengan kedua-dua kakinya terjuntai sambil berdiam diri.


“Tanpa membuang masa, kami menariknya masuk ke bilik penginapan,” katanya.


Menurutnya, gadis yang pengsan sejurus selepas itu diserahkan kepada pihak pengurusan kolej untuk tindakan selanjutnya.

OH ! ISU PANAS :Isu hina Islam, Zizan mohon maaf secara terbuka tahniah!





BERIKUTAN isu penghinaan Islam dalam salah satu babak filem Hantu Bonceng, isu tersebut mendapat liputan luas di media-media seluruh negara, [Hantu Bonceng].

Pelbagai kritikan dilontarkan, tidak kurang juga yang mempertahankan hal ini. Apa pun tahniah diucapkan kepada Zizan kerana bersikap positif dan tidak ego untuk meminta maaf secara terbuka di atas perkara tersebut [Facebook].


Admin' secara peribadi tidak menyalahkan Zizan dalam hal ini. Kesilapan dan kekhilafan tentu sekali lazim terjadi di dalam proses penggambaran filem. Namun pihak yang diberi tanggung jawab menapis dan melakukan editting dilihat gagal.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Zizan yang sanggup meminta maaf. Semoga beliau terus berjaya di dalam bidang lakonan dan lawak yang diceburi. Jadikan ini sebagai pengajaran dan cabaran di dalam menempuh kejayaan.


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/09/isu-hina-islam-zizan-mohon-maaf-secara.html#ixzz1YgmLVbfU

OH ! LOL : PENALTY KICK...THE WORST


Kejadian ini baru berlaku pada 7september 2011! diamana pasukan Al-Ahly telah menempatkan salah seorang player nya untuk masuk ruangan tak yah uji akal! hahaha Tahniah buat gimik paling terhebat dalam bola sepak. Memang teruk cara ni dan janganlah meniru aksi di mana2 padang k? kah3~ 



Kalau diimbas balek, inilah rupa pemain yang menendang penalti tu. Amacam? Hensem x? Tapi apa boleh buat. Setiap manusia xdapat lari dari membuat kesilapan, tapi janganlah sampai takyah uji akal. haha~ bahaya wowwwwwwww! :D


psssst: Kenapa dia kena kad kuning??? :P

OH! SPORT : KHAIRUL FAHMI IS THE BEST - ONG KIM SWEE








Source: hazissac.blogspot.com

oh! THUMBS UP : KOMEN Pengurus2 EPL Terhadap Pemain Baru Manchester United Dari Malaysia!!



16Share

"Tahinah! Semoga menjadi pemain terbaik dan paling bernilai lahir dari asia tenggara" itulah kata2 sinis Alex Ferguson sambil mengunyah gula getah yang dilemparkan terhadap pemain muda Manchester United yang baru dibeli dari MALAYSIA~ 


" Kami sedih tawaran gaji yang lumayan tak diendahkan oleh Ramli dan kami akan cuba membidanya pada masa akan datang " ayat harapan Mancini yang mahukan Ramli bermain di Manchester City.


" Pemain muda ini akan mengikut jejak langkah Fabregas lagi 2,3tahun "komen Wenger setelah cemburu terlepas mendapatkanya pada musim lalu.


" Kami dah mempunyai ramai pemain tua yang lebih berpengalaman, jadi kami xperlu pun nak dapatkan Ramli yang sekadar bekas penjual burger di kampungnya " - Hakikatnya pengurus Chelsea, Villa-Boas dah lama inginkan Ramli. 


" Siapa Ramli? saya rasa pencetak baju tercetak nama yang salah pada perlawanan tu. Minta penganjur Barclays saman NIKE " - Dalglish pura2 tak kenal sapa Ramli. 



Sejak pembelian hangat pemain terkenal dari Malaysia pada musim panas itu, beberapa plaza dan kedai2 di sempadan Thailand sedang hangat membuat pasaran  gelap dalam jualan borong terhadap jersi pemain bernama Ramli ini! Inilah untungnya menjadi pemain pertama negara yang mewakili bermain di kelab inggeris. Tahniah diucapkan kepada Ramli! Semoga terus berjaya dan cepat menyesuaikan diri dengan kehidupan disana. Harapan dari Malaysia sangat tinggi terhadap anda, bukan saja mendoakan malah memberi peluang baik kepada skuad negara pada masa hadapan!


psssst: Kalau benarlah ini berlaku? apakah terjadi akhbar2 kat Malaysia ni? keh3...

OH! COOL : Logo syarikat apabila menghadapi krisis/masalah
















                                                   psst/ tiada apa yang kekal..

OH! SHOCK : SPY YG MEMANG TIDAK DIJANGKA

Layan!!...ingatkan My spy je yg canggh..rupe2 nye^^..ha ha..


1. Burung nasar


Arab Saudi baru-baru ini menuduh burung nasar sebagai perisik setelah ditemui membawa gelang pemancar di kaki yang dipasang pensyarah Universiti Israel. Para pengkaji memberitahu bahawa penandaan itu digunakan untuk mendapatkan pola migrasi.

2. Kucing



Pada tahun 1960-an, CIA dilaporkan melakukan pembedahan untuk memasukkan mikrofon dan pemancar ke dalam seekor kucing, projek ini dipanggil "Acoustic Kitty." Mantan petugas CIA Victor Marchetti memberitahu akhbar The Telegraph tentang projek itu
"dengan membedah kucing, memasukkan bateri ke dalam dirinya, kabel . Ekor digunakan sebagai antena, Mereka membuat suatu keburukan.. "

Kucing kabel pertama , menurut Guardian, dilepas untuk menjadi perisik dan dengan hanya beberapa langkah menuju sasaran sebelum kucing dilanggar teksi. Lalu CIA menyimpulkan bahawa projek ini tidak praktikal untuk mengumpulkan data - data inteligen.


3. Tupai


Polis Iran dilaporkan menangkap 14 tupai di atas dipercayai dijadikan perisik pada tahun 2007.Menurut Mental Floss, badan inteligen asing menemui tupai telah dilengkapi dengan peralatan untuk merisik.
" Sementara itu, sumber Luar Negeri melaporkan kepada Sky News bahawa "cerita ini adalah samar."

4. Merpati



Iran mengesahkan telah menemui "perisik merpati" berhampiran kawasan operasi nuklearnya pada tahun 2008.Tuduhan ini bukanlah yang pertama. Menurut Wired, merpati pembawa kamera mungkin telah ada sejak tahun 1903, ketika seorang jurutera Jerman membuat eksperimen dengan idea tersebut.


Merpati telah memainkan peranan yang begitu penting dalam masa perang. Seekor merpati Cher Ami, memenangi anugerah kerana menyelamatkan nyawa tentera AS semasa Perang Dunia I.
Dalam Dunia Perang Dunia ke-II, Inggeris menggunakan dua ekor helang dari luar negeri untuk menangkap merpati perisik dari Jerman, dan beberapa kejayaan telah dilaporkan.

5. Ikan Lumba-lumba dan Singa Laut



Angkatan Laut AS telah melatih singa laut dan lumba-lumba untuk program Marine Mammal.
Nampaknya tentera mendapat ilham latihan "Navy Seal," tetapi lebih memilih binatang ini kerana kemampuan mendengar dan melihat di bawah air dengan cahaya rendah.
Jadi, mamalia telah dilatih untuk membawa kamera malah bertindak di bawah air.

Kumpulan pencinta haiwan kurang bersetuju menggunakan binatang ini dalam pertempuran.
"Perang adalah untuk manusia semasa orang-orang dan parti politik dapat memutuskan perang diperlukan, haiwan tidak boleh," kata Dawn Carr kepada BBC.


6. Helang



Helang dicurigai menjadi perisik setelah sebuah jabatan di India menemui burung membawa apa yang nampak seperti kelengkapan untuk pengawasan berteknologi tinggi.

Menurut BBC, India awalnya megesyaki helang itu perisik dari Pakistan, seorang polis senior menjelaskan, dia menyatakan bahawa burung-burung itu hanya digunakan untuk membantu dengan ekspedisi berburu. Dengan kata lain, kelompok helang ini memang merisik tetapi merisik burung lain, bukan orang.


7. Serangga



Para ilmuwan dilaporkan melakukan eksperimen terhadap serangga untuk merisik. Telegraph menjelaskan bahawa elektroda, bateri, dan kamera video dipasang kepada serangga. US Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) dapat memasukkan otak dengan pemancar ke dalam ngengat dan kumbang semasa masih kepompong.
Perkara ini diyakini bahawa makhluk yang secara alami akan menggabungkan bergabung dalam tubuh serangga ketika membesar.

8. Ayam



Mungkin boleh dinamakan operasi "KFC," adalah singkatan dari Kuwait Field Chicken, semasa tentera AS merancang untuk menggunakan ayam semasa pertempuran, lapor BBC
Rancangannya adalah ayam akan digunakan untuk mengesan gas beracun, tapi 41 ekor mati kerana penyakit di Teluk seminggu setelah sampai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...