Saturday, September 17, 2011

OH! EMOTION : BERSYUKUR ATAS PEKERJAAN KITA



       Bila aku tengok gambar-gambar pekerja atau buruh Indonesia yang mempunyai semangat luar biasa menyabung nyawa untuk sesuap nasi ni, sebagai seorang warga Malaysia yang amat menitikberatkan tentang pengamalan keselamatan, kita kena ingat diri kita sendiri tentang betapa penting nya keselamatan di tempat kerja ini. 

               Tetapi hakikatnya, untuk pekerja dari luar Malaysia seperti Indonesia, Bangladesh, India dan etc, kebanyakkan mereka dilayan dengan layanan yang teruk. Di tempat kerja, depa tak dibekalkan dengan tali keselamatan. Cuai sedikit, terus mati. Insaflah diri. Mereka pun manusia juga kan. Aku tak rasa perkara macam ni berlaku di Malaysia (mungkin juga ya, sebab al maklum la orang Indonesia semua berbangga yang bangunan Kuala Lumpur City Centre KLCC tu depa yang buat kekeke). Apa-apa pun, kita sebagai bos atau mandur di tempat kerja perlu ingat, keselamatan pekerja jagaan kita adalah tanggungjawab kita. 

              Bukan sebagai bos sahaja, tapi sebagai khalifah Allah di muka bumi, yang memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada semua makhluk hidup di dunia ini, orang Indonesia pun termasuk juga. Tak gitu?
Bahaya Pekerja Indonesia 1
Bahaya Pekerja Indonesia 2
Bahaya Pekerja Indonesia 3
Bahaya Pekerja Indonesia 4
Bahaya Pekerja Indonesia 5
Bahaya Pekerja Indonesia 6
Bahaya Pekerja Indonesia 7
Bahaya Pekerja Indonesia 8
Bahaya Pekerja Indonesia 9
Bahaya Pekerja Indonesia 10
Bahaya Pekerja Indonesia 11
Bahaya Pekerja Indonesia 12
Bahaya Pekerja Indonesia 13
Bahaya Pekerja Indonesia 14
Bahaya Pekerja Indonesia 15
Bahaya Pekerja Indonesia 16


Untuk Mengetahui Lebih Lanjut: http://melayukini.net/category/luar-biasa-dan-pelik/page/2/#ixzz1YDn86gg3

OH! TAZKIRAH :DR.ZAKIR NAIK (WHO CREATE GOD)


           Ini satu persoalan yang kadang-kadang terlintas di benak kita tapi kita selalu sahaja menafikan dia. Jadi, pada kali ini marilah kita sama-sama berfikir tentang kebesaran Allah. Kita sering mendengar saintis-saintis luar negara yang mendapat taufiq dan hidayah dari Allah untuk memeluk Islam selepas mereka melihat dan berjumpa sendiri dengan kebesaran Allah dalam penyelidikan mereka. Kita pula di sini, khususnya di bumi Malaysia ini rata-rata menerima Islam yang diwarisi sebab ibu bapa kita Islam, maka kita pun Islam. Dan tidak keterlaluan jika saya mengatakan yang rata-rata umat Islam hari ini bertaklik atau hanya mengikut-ikut sahaja dalam beribadah. Maka hari ni, mari kita membuka minda kita dengan persoalan yang dapat menambahkan keimanan kita kepada Allah insyaAllah.



           Video Dr. Zakir Naik ini bagi saya sangat bagus yang mengisahkan tentang soalan yang ditanya oleh pendengar ceramah beliau iaitu, “who created the God?” atau “siapa pencipa tuhan”. Saya kasi simpulan je lah, yang lain-lain tu anda boleh tengok sendiri video youtube di bawah. Ala, pendek je masa video ini, so jangan kata kat saya yang anda takde masa ye. Dr. Zakir Naik menjawab soalan hamba Allah itu dengan memberi analogi sesuatu yang mustahil dan merumuskan bahawa lebih kurang, “kalau tuhan itu dicipta oleh sesuatu, maka dia bukan tuhan, tuhan dengan erti maksud dari kamus sendiri pun, sesuatu yang tidak diperanakkan atau dicipta oleh sesuatu yang lain“. So apa pendapat anda?


Untuk Mengetahui Lebih Lanjut: http://melayukini.net/2009/10/dr-zakir-naik-siapa-pencipta-
tuhan/#ixzz1YDimTcz9


OH! DISASTER : KEK YANG AMAT....ERRRR...

Koleksi kek mengarut...bukan mengarut dah nih..jahanam giler dah..memang wat untuk kelab hantu je..^^
















OH! COUPLE : ANDA RASA COUPLE ISLAMIC RELEVAN????(STORY)



    AL-Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

....beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam.

     Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

      Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. 
       Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

    "Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, 
    Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam

OH! SCARY? : MEMBUAT HANTU.....PALSU

    Apa yang Admin nak kongsikan bukan mengenakan sebarang uniform untuk menjadi hantu.. tapi dengan menggunakan dawai pagar halus, kita boleh reka illusi manusia di hutan.Selamat mencuba^^







kreatif kan?cuba buat benda ni letakkan di hujung block perumahan..mesti huru hara..wawahahahha

OH ! REAL : BURUNG ANGRY BIRD FOR REAL!!



OH ! EXAM : CRAZY ANSWER




Di bawah ini merupakan 10 jawapan peperiksaan paling pelik yang saya ambil dari sebuah laman web.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...