Monday, September 12, 2011

OH! FAKTA : LOVE STORY...?

Tengah cinta-cinta mesti sll cakap camnie kan?hehe

Ada ke manusia biasa yang mencintai orang lain lebih dari dirinya sendiri??

OH! SERIUS : Kalau tak beli mainan.. saya sambung merokok semula.. kata budak berusia 4 tahun dari Indonesia yang terkenal kerana videonya merokok di usia 2 tahun





Ardi Rizal 4 tahun merupakan seorang kanak kanak yang menggemparkan dunia kerana videonya tersebar.
Gaya menghisap rokok macam orang dewasa dan ketagihannnya yag luar biasa di usia seawal 2 tahun menyebabkan
 Ardi Rizal menjadi icon kanak kanak yang rosak.


Ardi Rizal yang kini telah berhenti  merokok berkata pada seorang wartawan,, dia akan kembali merokok
kalau permintaannya untuk mendapatkan permainan ditolak oleh keluarganya.



Bergaya ala ala hero hindustan buncit. RajniKhan, kelihatan semakin gemok.. mungkinkah betul orang cakap rokok boleh menguruskan?

Berita panjang dan benar di dailymail

oh! THUMBS UP : MARVELOUS LIBRARY..

Kepada orang selangor..tahniah kerana memiliki sultan yang kreatif.. Atas pandangan Tuanku perpustakaan ini dijadikan hadiah buat rakyat.. Kami orang pahang dapat genting highland je..tupun berbayar..heh













  Wii pun ada kat sini?? perghh..

OH! SOCCER : Hero Malaya Akan Berkampung Di Eropah.






KUALA LUMPUR - Selepas muncul penyerang negara pertama beraksi di Liga Indonesia, Safee Sali enggan menoleh kebelakang lagi sebaliknya mahu terus mengukir kejayaan di pentas antarabangsa.

Kejayaan skuad kebangsaan pada Piala AFF Suzuki merupakan kemuncak karier Safee sehingga memikat barisan kejurulatihan dan pengurusan Cardiff City yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Kini terserah kepada kudrat dan kemampuan Safee untuk membuktikan kemampuannya memikat barisan kejurulatihan dan pengurusan Cardiff.

Namun, Safee turut meluahkan kerisauan sekiranya kecederaan lama ketika pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2011 menentang Taiwan kembali berulang.

"Segalanya berjalan lancar setakat ini, saya sudah bersedia untuk ke sesi percubaan. Cuma saya harap kecederaan lama tidak akan berulang lagi," ujar Safee.

Menurut Safee lagi, segala program akan disusun panel pemilihan sepanjang tempoh dua minggu di Cardiff sebelum diberi peluang beraksi di perlawanan persahabatan bagi menguji kemampuan dalam aksi perlawanan sebenar.

Safee mula mendapat perhatian kelab Indonesia sebaik M'sia muncul juara Piala AFF tahun lalu.

Jika berjaya ke Cardiff, Safee bakal muncul pemain pertama M'sia beraksi secara kompetitif dalam liga di England. -ARENAMY

OH ! LAWAK : P A P A N ..T A N D A ...S I M P L E ^ ^


Papan tanda ialah cara untuk memberi peringatan dan amaran. Alangkah bagus ianya ringkas dan mudah difahami. Ye tak?

Boleh masuk ke tak ni??

hehe.. itupun nak kabo

semestinya!!

kreatif..sempat ke nak patah balik nie

Mintak kat waris tau

Aghhh... dah faham laaa

OK.. janji tak sentuh

Papan tanda tak jual?

camne tue?

bahaya betul air nie

baik!!!

dah tu siapa yang tak boleh?

OH GAMERS : SURVEY UNTUK PEMAIN ANGRY BIRDS

OH ! ISU PANAS : Soal-jawab cukai prepaid yang anda mesti tahu.




Aku dah agak benda neh akan berlaku. Malahan aku percaya ramai di kalangan kita pun dah agak benda yang sama. Jadi straight to the point je larh. 


1. Kenaikan cukai prepaid tiada kena mengena dengan kerajaan.

Bohong. Kenaikan cukai prepaid memang ada kaitan dengan kerajaan. Lihat bawah neh ;


Pada 15 Oktober 2010 kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa:


1. Pendahuluan



YB. Menteri Kewangan melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan:



(i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas
semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.


(ii) mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan Penyiaran
Televisyen Berbayar.


Kedua-duanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.


2. Peruntukan Undang-Undang


2.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar


Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975
[P.U.(A)52/1975] telah dipinda dalam Kumpulan G, butiran (b) dalam
ruang “perkhidmatan yang kena dibayar cukai” seperti berikut:



“(b) Penyediaan –



(i) perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telemail, alat keloi, telefon selular, teleks, perkhidmatan lebar jalur atau perkhidmatan nilai ditambah; dan



(ii) perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar”



Pindaan di atas dibuat melalui Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 412/2010].



3. Pelaksanaan



3.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6%


Dengan pindaan kepada Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009 seperti di perenggan 2.1 di atas, bermakna semua perkhidmatan bercukai sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Kedua, PeraturanPeraturan Cukai Perkhidmatan 1975 adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan pada kadar 6% berkuatkuasa mulai 1.1.2011 kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad caj.






Statement di atas ialah sebahagian dari hansard parlimen yang pernah dibentangkan di dalam parlimen untuk kelulusan, yakni dah diluluskan pun iaitu pada tahun lepas. Apa yang anda perlu faham ialah ;

- cukai perkhidmatan telah diwujudkan oleh kerajaan malaysia sejak zaman berzaman.

- kadar bayaran dan cara / kaedah nya mungkin mengalami revolusi bersesuaian dengan kehendak kerajaan.

- dulu kadarnya 5% tapi sekarang dah naik 1% menjadikan ia kepada 6%.

- Sila lihat  [b] (ii) = astro dulu tak dikenakan cukai perkhidmatan, tetapi kerajaan wujudkan cukai jenis neh bagi mengollect cukai perkhidmatan. Astro sudah semestinya membayar cukai perniagaan dan lain2 cukai kepada kerajaan tetapi nampaknya tak cukup sehingga kerajaan sanggup minta duit cukai dari kita.

2. Okey, tapi kerajaan bukan suruh rakyat bayar.. dia suruh syarikat telekomunikasi yang bayar. Cukai neh dulu diserap oleh syarikat dan sekarang syarikat malas nak serap cukai neh lalu dia alihkan beban kepada rakyat. Of course larh kita kena marah syarikat telekomunikasi bukannya kerajaan.

Rujuk perenggan [b] (i) disitu. Betul ke syarikat telekomunikasi serap cukai kita? Boleh percaya ke cakap dorang? Contohnya begini ;

- Ali meniaga nasi lemak. Dia kena membayar cukai kepada kerajaan dalam 2 bentuk. Satu cukai perniagaan yang ditolak dari keuntungan tahunan, satu lagi cukai perkhidmatan atas perkhidmatan nasi lemak yang dia jual.

- Melalui peruntukkan cukai yang ada di dalam akta percukaian, dia boleh memilih untuk mengalihkan cukai tersebut kepada rakyat secara langsung [terus], ataupun mengenakan bayaran kepada pelanggan melalui harga nasi lemak bercukai dengan meletakkan notis pemberitahuan di setiap pek nasi lemak bahawa perkhidmatan neh termasuk cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6%.

Maksudnya disini memang sejak awal lagi kita membayar cukai 5% neh. Tidak mungkin celcom, maxis, digi dan lain2 syarikat telekomunikasi membayar untuk kita. Apakah korang fikir peniaga akan berbuat demikian? Bayarkan cukai untuk korang? What a joke dude. Tiada mana2 peniaga akan bayarkan cukai untuk korang. Walaupun korang mahu tetapi ia tidak akan berlaku. Lihat bawah neh ;


Sejujurnya ikut persepsi aku [ belum terbukti benar ]  ;

1. Kerajaan mungkin telah mengubah cara / kaedah dorang mengenakan cukai kepada syarikat telco neh.

2. Jika dulu kerajaan mengenakan ia secara kolektif. Maksudnya disini maxis menawarkan perkhidmatan prepaid, setiap keuntungan yang maxis raih melalui perkhidmatan neh di tolak sebanyak 5% untuk cukai tetapi sekarang kerajaan mengira per individu. Jadi ini mungkin memeningkan pihak telco. 

3. Ada beza yang sangat besar bila kiraan per individu atau kiraan kolektif digunapakai atau kedua2nya sekali. [cukai perkhidmatan + GST] 

4. Sebab apa aku cakap macam neh? Mudah je jika cara pengiraan cukai 6% sama macam 5% yang dulu, syarikat telco rasanya tak perlu susah payah naikkan harga prepaid dorang. Sudah tentu dorang pandai belit2 di mana wang prepaid rm10 yang kita beli tetap boleh dapat rm10 di dalam nya dengan menawarkan perkhidmatan belit2 macam yang dorang buat sekarang.

Contohnya ;
tutt.. tutt..tutt.. tutt.. tutt.. haiii.. anda kini sedang memasuki voice mail.. demmm! Potong 33sen aku. Celaka anakharamjadah. <-- antara perkhidmatan belit2 syarikat telco untuk sebat wang kita bagi membayar cukai perkhidmatan.

0124346788 nak call gay larh..  tett.. haii saya gay..saya sedang sibuk tak dapat nak jawab telefon sekarang..  demmm!!!! Lebur lagi 33sen aku. Haramjadah. Call tak dapat cakap.. duit tetap kena potong <-- sama macam di atas pasal dah malas tulis.

122 check baki ada rm7.. takpe baru hilang 66sen je wa banyak duit neh... nak call azie larh.... 012blablabla.. harap maaf, kredit anda telah tamat tempoh, sila tambah nilai untuk membuat panggilan seterusnya..  demmm!!! ada rm7 lagi larh woitt..tapi kena paksa topup tiap2 minggu <-- sama macam di atas pasal dah malas tulis.

Dorang dah memang pakar dalam benda neh. Dulu 3 naik kepada 5 dorang tetap maintain padahal naik 2%. Tapi napa bila 5 naik kepada 6 dorang jadi kelam kabut? Dorang boleh je ubahsuai kandungan perkhidmatan agar tidak menjejaskan pendapatan / keuntungan dorang. Melainkan ada perubahan besar selain dari kenaikan, kaedah pengiraan cukai juga mungkin telah di ubah.  

Apa pun benda neh bukan lah fakta. Ia sekadar persepsi aku. Boleh percaya, boleh taknak percaya tetapi jangan anggap ia fakta selagi belum terbukti benar.

Cuma apa yang aku faham ialah ;

1. Fakta nya ialah memang kerajaan yang menaikkan cukai perkhidmatan prepaid dan lain2 perkhidmatan termasuklah broadband [incoming]

2. Akta cukai yang membolehkan syarikat mengalihkan cukai kepada pelanggan memang sudah sedia wujud. Malahan syarikat diberikan sepenuh kebebasan oleh akta neh melalui kerajaan samada memilih untuk meminta secara direct dari pelanggan ataupun menitipkan notis bahawa perkhidmatan sejenis neh, bayaran yang dibuat termasuklah dengan cukai.

3. Bila kerajaan menyeru syarikat telco menangguhkan cukai perkhidmatan neh bermaksud tangguhkan dulu, bukan batalkan terus. Maksudnya disini kerajaan sendiri bersedia menangguhkan kenaikan [ mengenakan ] cukai perkhidmatan kepada syarikat telco sebab itu dorang buat statement macam neh.

4. Bila kerajaan menyeru syarikat telco agar mengkaji cukai perkhidmatan bermaksud kerajaan sendiri sedang mengkaji adakah cukai perkhidmatan boleh diteruskan kepada syarikat telco ataupun tidak, at least for sekarang. Sebab itu setiap statement yang dibuat oleh kerajaan akan disusuli oleh syarikat telco.


5. Bila kerajaan jamin bahawa cukai 6% tidak akan dikenakan ke atas pelanggan prepaid, sehingga mendapat kelulusan kabinet, itu bermaksud kerajaan telah menarik balik / hold sementara keputusan yang telah dibuat. 

Isu neh sama macam astro. Bezanya tentangan terhadap prepaid lebih besar berbanding astro sebab prepaid di pakai majoriti rakyat malaysia bukan macam astro. Nanti tak berprepaid lagi susah. Public phone memanjang je rosak. Samada kena abuse ataupun takley masuk syilling ada je peel dorang. Kalau urgent tengah2 malam lagi payah. Satu hal lagi nak mengembara cari public phone pula. Sebab tue ramai yang bangkit dan marah.

So bila kerajaan melihat reaction rakyat huge dalam isu neh maka dorang dengan sendirinya jadi serba salah dan mula buat statement2 bodoh. Dari awal hingga akhir memang ada campurtangan kerajaan dalam isu neh. Melarikan diri daripada tindakan yang telah dibuat ialah kerajaan dayus. Aku tak harap kerajaan aku maksum pasal aku pun bukan lah sesempurna mana. Tetapi at least mesti ada keberanian dan ketegasan. Kalau kerajaan rasa cukai neh wajar maka berdiri lah di depan2 betul2, debat dengan rakyat.

Jangan main pusing2 cakap neh. Takut sangat sedangkan keputusan dibuat oleh diri sendiri. Macam mana seorang perdana menteri berani buat keputusan tapi tak berani hadapi tentangan? Perdana menteri pengecut macam neh kena reject je. Siyes aku cakap. Penakut nak mampos tapi lead negara? Ceh.. 

Ameno : Kalau dah berani jadi leader, kena berani terima kritikan.


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/09/soal-jawab-cukai-prepaid-yang-anda.html#ixzz1XjM7qJ3S

OH! ISU PANAS : Bukan Islam bimbang Sitt Al-Wuzara hina agama lain




PENGHINAAN Sitt Al-Wuzara terhadap Islam kini dilihat semakin menjadi-jadi. Tindakan SKMM sekadar menyekat blog manusia biadap ini dilihat tidak menyelesaikan masaalah.

Meskipun laman blog Sitt Al Wuzara disekat, namun selagi makhluk biadap ini tidak ditangkap, dia akan terus membina laman blog yang baru untuk terus menjalankan aktiviti biadapnya. Tambahan pula laman yang disekat ini masih lagi boleh diakses melalui open DNS.



Perkembangan isu penghinaan terhadap Agama Islam yang dilakukan oleh Sitt Al-Wuzara serta kegagalan pihak JAKIM dan SKMM di dalam menangani isu ini benar-benar menimbulkan kebimbangan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Jika Islam sebagai agama rasmi persekutuan boleh dihina dan dicaci sehingga sedemikian rupa, tidak mustahil agama lain juga akan dihina oleh manusia-manusia biadap seperti ini.

Saya bimbang jika SKMM dan JAKIM terus menerus gagal menyelesaikan hal ini, akan muncul lebih banyak individu atau kumpulan-kumpulan anti-agama yang berani menghina dan mencaci agama lain.

Hal ini boleh membawa kepada konflik yang lebih besar dan boleh mencetuskan ketegangan agama serta menimbulkan rasa curiga di kalangan rakyat di negara ini yang berbilang kaum dan agama. Jelas sekali jika perkara ini gagal ditangani dari sekarang, ia boleh menggugat keselamatan negara.

Saya menggesa pihak berkuasa menangkap dan menghukum Sitt Al-Wuzara untuk menunjukkan ketegasan penguatkuasaan dan juga amaran kepada manusia-manusia biadap yang tidak bertanggung jawab seperti ini.

DK Vicky
Koordinator, Panitia,
Perpaduan dan Pehubungan Kaum Jingga 13


Difahamkan DK Vicky adalah salah seorang ahli bukan Melayu Jingga 13 yang beragama Hindu. Beliau akan bersama-sama memohon untuk menghadap Yang Dipertuan Agong pukul 10 pagi ini, bagi menghantar memorandum berhubung isu ini


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/09/bukan-islam-bimbang-sitt-al-wuzara-hina.html#ixzz1XjL23otp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...