Monday, September 12, 2011

OH! SOCCER : Hero Malaya Akan Berkampung Di Eropah.






KUALA LUMPUR - Selepas muncul penyerang negara pertama beraksi di Liga Indonesia, Safee Sali enggan menoleh kebelakang lagi sebaliknya mahu terus mengukir kejayaan di pentas antarabangsa.

Kejayaan skuad kebangsaan pada Piala AFF Suzuki merupakan kemuncak karier Safee sehingga memikat barisan kejurulatihan dan pengurusan Cardiff City yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Kini terserah kepada kudrat dan kemampuan Safee untuk membuktikan kemampuannya memikat barisan kejurulatihan dan pengurusan Cardiff.

Namun, Safee turut meluahkan kerisauan sekiranya kecederaan lama ketika pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2011 menentang Taiwan kembali berulang.

"Segalanya berjalan lancar setakat ini, saya sudah bersedia untuk ke sesi percubaan. Cuma saya harap kecederaan lama tidak akan berulang lagi," ujar Safee.

Menurut Safee lagi, segala program akan disusun panel pemilihan sepanjang tempoh dua minggu di Cardiff sebelum diberi peluang beraksi di perlawanan persahabatan bagi menguji kemampuan dalam aksi perlawanan sebenar.

Safee mula mendapat perhatian kelab Indonesia sebaik M'sia muncul juara Piala AFF tahun lalu.

Jika berjaya ke Cardiff, Safee bakal muncul pemain pertama M'sia beraksi secara kompetitif dalam liga di England. -ARENAMY

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...