Thursday, October 20, 2011

OH ~ SHOCK : AWAS,BAHAYA SPA IKAN KERANA BOLEH MEMBAWA JANGKITAN HIV/AIDS


ADMIN  ada baca berita dari Facebook tentang spa ikan yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia tu.  Di Berita Harian, satu amaran telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang menggesa rakyat Malaysia supaya berhenti melakukan terapi ikan ini kerana ia boleh menyebabkan jangkitan HIV/AIDS dan Hepatitis C. Masih ramai yang tidak percaya sebenarnya, tapi nasihat admin, ikutlah nasihat pakar. Kementerian Kesihatan dah pun keluarkan amaran, jadi siapa kita yang tiada langsung ilmu perubatan ini untuk menyanggah? 
[Terbakor Info] Awas, bahaya spa ikan boleh menyebabkan jangkitan HIV dan Hepatisis C
Kementerian Kesihatan nasihat orang ramai henti terapi ikan
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air.
Itu petikan berita dari Berita Harian, kalau masih tak percaya, akhbar The Sun pun sudah mengeluarkan artikel tentang bahaya terapi ikan ni. 
[Terbakor Info] Awas, bahaya spa ikan boleh menyebabkan jangkitan HIV dan Hepatisis C
The Health Protection Agency said risks from the foot-nibbling treatment are “low but could not be completely excluded”.
And it said those with diabetes, psoriasis or with weakened immune systems are especially vulnerable and should never undergo the pampering craze.
Infections and bacteria may be passed on by the tiny garra rufa fish themselves or through water used by a previous client and left unchanged.
Blood-borne viruses like HIV and hepatitis could be transmitted if infected clients bleed in spa water that is used again.
A report added that the risk is “extremely low, however, this cannot be completely excluded”.
An agency spokesman said last night: “We have issued this guidance because there are a growing number of these spas.
“When the correct hygiene procedures are followed, the risk of infection is very low.
“However, there is still a risk of transmission of a number of infections — this does include viruses like HIV and hepatitis.”
Some parts of the US and Canada have banned fish pedicures.
ADMIN F2JL : TAK PERNAH PUN WAT TERAPI NIH...HA2
sumber berita dan gambar : Berita HarianThe Sun

OH ~ COOL : ZIZAN DAN KITANO KIE DALAM FILEM JEPUN




PETALING JAYA: Belum pun filem lakonannya dengan syarikat produksi Jepun, Sedic Entertainment ditayangkan, pelakon Mohd Razizan Abdul Razak (Zizan Raja Lawak) sudah menerima tawaran untuk berlakon di negara matahari terbit itu.

Menurut Zizan, selepas dia selesai menjalani penggambaran sebuah filem terbitan syarikat itu yang turut dilakonkan oleh pelakon Jepun bernama Kitano Kii, penerbit daripada syarikat itu terus menawarkannya untuk berlakon di sana.

“Memang mereka ada memberitahu untuk membawa saya berlakon di Jepun lagi selepas ini tetapi semuanya belum mempunyai keputusan.

“Terus-terang, saya selesa bekerjasama dengan syarikat produksi ini dan tidak salah untuk meneruskan perhubungan dengan mereka untuk bekerjasama sekali lagi selepas ini,” kata Zizan mengenai filem yang masih belum diketahui tajuknya itu.

Semuanya tercetus selepas penerbit syarikat itu menonton filem “KL Gangster” yang dilakonkan olehnya di samping Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Adi Putra dan Sofi Jikan.

“Mereka mula mengenali saya selepas menonton lakonan saya dalam filem “KL Gangster” dan seterusnya melamar saya untuk berlakon dalam filem melibatkan tiga negara iaitu Malaysia, Jepun dan China itu.

“Ini merupakan projek pertama saya dengan syarikat produksi dari luar negara. Filem ini dijangka akan ditayangkan di negara ini, Jepun dan China,” katanya lanjut.

Filem ini mengenai Yukari (Kitano Kii) yang merupakan guru bahasa Jepun berhijrah ke Malaysia. Bagaimanapun, dia telah berpura-pura mencintai Cikgu Rahman (Zizan) kerana sudah mempunyai teman lelaki. Bagi menunjukkan yang mereka sedang bercinta, Yukari menjadikan Cikgu Rahman sebagai alat untuk mengaburi mata orang lain.

kalau nak tengok Kitano Kie, inilah wajahnya




perghh.. mesti best tengok awek japang.. asyik layan korea plastik je.. huuu

OH ~ SERIUS : SEMAKIN PULIH, BUDAK PERREMPUAN MALANG DIGILIS VAN DAN LORI



BEIJING, KOMPAS.com — Kanak-kanak dua tahun dari Guandong, China, yang dilanggar kenderaan dua kali dalam waktu kurang dari lima minit dan diabaikan oleh 18 orang yang lalu lalang ketika ia sekarat di jalanan itu sudah stabil. Gadis cilik itu, Yue Yue, masih dalam keadaan koma setelah insiden mengerikan dan tragik yang menimpanya yang terakam kamera pemantau di sebuah jalan sempit di kota Foshan, Guandong.

Setelah beberapa hari menjalani perawatan, kanak-kanak itu mulai mampu menarik nafas meski lemah dan dengan bantuan respirator. Lengannya pun mulai memberikan respons, lapor akhbar China Daily, Selasa (18/10/2011). Denyut jantungnya juga telah stabil. Namun, nyawa anak itu masih dalam bahaya dan ada kekhuatiran bahawa dia mungkin telah mengalami kerosakan otak dalam skala luas.

Gambar video yang begitu mengguncang emosi saat dia dilanggar sebuah van dan kemudian diabaikan oleh belasan orang yang berjalan atau berkendaraan di dekatnya ketika ia tak berdaya di jalanan itu telah membuat kemarahan di China dan seluruh dunia. Dua pemandu yang melanggarnya telah ditangkap. Namun, pengguna internet telah membanjiri situs microblog dan mengecam sikap apatis orang-orang yang membiarkan kanak-kanak itu kesakitan. Kedua lelaki pemandu itu beserta orang-orang yang mengabaikan dia di jalanan mengaku tidak melihat gadis kecil itu di jalan yang gelap.

Media-media China melaporkan, salah satu dari pemandu itu diduga baru saja putus dengan kekasihnya dan ia tengah menelefon ketika melanggar kanak-kanak tersebut. Sementara Shanghaiist melaporkan, salah seorang pemandu itu telah menelepon ayah Yue Yue untuk menawarkan wang. Tawaran itu diajukan sebelum orang itu tertangkap.

Shanghaiist, sebagaimana dikutip Daily Mail, melaporkan bahawa orang berkata, "Anda lihat kanak-kanak itu di tayangan CCTV, dia tidak tahu hendak ke mana. Saya sedang menelefon ketika itu terjadi, saya tidak sengaja (melanggarnya). Ketika saya sedar bahawa saya telah melanggarnya, saya berfikir saya akan melihat bagaimana keadaannya. Kemudian ketika saya lihat bahawa ia sudah berdarah, saya memutuskan untuk menekan minyak dan melarikan diri kerana (saya) melihat tak ada seorang pun di sekitar saya."

Dalam tayangan video, van yang pertama kali melanggar kanak-kanak itu hanya sempat memperlahankan kenderaan sejenak. Setelah itu melaju lagi dan tayar belakangnya menggilas kaki kanak-kanak itu.

Pihak berwajib di Foshan telah memberi Xianmei Chen (57), seorang pemulnggut sampah yang membantu Yue Yue, wang sebanyak 1.570 dollar AS sebagai hadiah. Xianmei adalah orang ke-19 yang melintas. Dia satu-satunya orang yang tergerak hatinya untuk menolong. Perempuan itu mengangkat kanak-kanak malang itu ke sisi jalan. Sebuah perusahaan lain di kota itu juga menawarkan untuk menyumbang 7.500 dollar kepada keluarga kanak-kanak itu dan si penolong.

Ayah Yueyue, Wang, kepada televisiyen China mengatakan, "Yue Yue sangat menyenangkan. Jika saya bertengkar dengan ibunya dan jika ibunya menangis, dia akan memberi tahu kami untuk tidak menangis, ia selalu berusaha untuk menghibur kami. Saya hanya berharap anak saya akan sedar dan memanggil saya Papa lagi."

Kehebatan ekonomi China dan jarak yang luas antara yang kaya dan miskin telah membuat perubahan nilai-nilai sosial menjadi topik perdebatan. Sejumlah orang meratapi apa yang mereka lihat bahawa materialisme telah menggantikan moral.

Ramai orang di China jadi ragu-ragu untuk menolong orang yang nampaknya sedang dalam kesusahan kerana khutir mereka akan disalahkan. Dalam sejumlah kes yang mendapat perhatian, orang ang baik harus membayar denda besar kepada individu yang ingin mereka bantu.

ADMIN F2JL : WISH HER LIVE NORMAL AGAIN..

OH ~ COOL : PERNAH TAK KORANG TERFIKIR???..(GAMBAR)


ADMIN F2JL : YE TAK YE EKK?>>

OH ~ COOL : MESIN CUBE RUBIK YG COOL

Membeli kotak rubik zaman sekarang memang mudah. Hargapun murah sahaja. Tapi cuba korang bayangkan.. setiap kali korang beli korang tak dapat selesaikan. Akhirnya rubik itu tak dapat digunakan lagi dan korang kalau nak main kena beli lagi.

Bukankah membazir? kini dengan teknologi korang boleh menyelesaikannya tanpa perlu membeli semula..















cuma tak tahu memang betul mesin ni ada ke tak? dan kalau betul ada sanggup ke nak beli..

OH ~ SHOCK : IKAN JERUNG DI KOLAM PADANG GOLF





KELIBAT seekor ikan jerung terdapat dalam tasik di Padang Golf Carbrook, Australia. - YouTube

SYDNEY, Australia - Orang ramai yang bermain golf di Padang Golf Carbrook di bandar Brisbane tidak perlu mencari bola jika ia memasuki sebuah tasik kerana ia mengandungi ikan jerung.

"Pastinya, jika anda kehilangan bola, anda tentu tidak akan mengejarnya," kata seorang pemain golf, Graham Casemore.

Padang golf itu dilanda banjir pada lewat 1990-an apabila Sungai Logan melimpah tebing.
Apabila banjir tersebut surut, tasik yang terletak di antara lubang ke-12 dan 15 itu didapati mengandungi ikan jerung.

Terdapat papan tanda amaran yang meminta orang ramai tidak berenang di tasik itu. - Reuters

OH ~ SERIUS : KING OF POP, NUDE PICTURE





GAMBAR bogel mayat Michael Jackson didedahkan dalam perbicaraan kes kematiannya di Mahkamah Tinggi Los Angeles kelmarin. - AFP

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Pihak pendakwa raya menunjukkan gambar mayat Raja Pop, Michael Jackson dalam keadaan bogel semasa perbicaraan doktor peribadi Jackson, Conrad Murray, memasuki minggu ketiga kelmarin.

Murray, didakwa kerana menyebabkan kematian Jackson dengan memberi dos berlebihan ubat bius kuat, propofol kepada penyanyi legenda tersebut.Ketika perbicaraan berlangsung, gambar mayat Raja Pop dengan bahagian kemaluannya dihitamkan ditunjukkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles di sini.

Terdapat beberapa kesan lubang halus di kedua-dua tangan dan kaki iaitu tempat ubat bius propofol dimasukkan ke dalam badannya menerusi tiub perubatan.Ibu Jackson, Katherine yang turut hadir pada perbicaraan itu, dilihat bergegas keluar dari bilik mahkamah sebaik sahaja gambar mayat anaknya didedahkan, dipercayai kerana tidak sampai hati melihat anaknya dalam keadaan menyedihkan.

Semasa gambar tersebut ditunjukkan, pendakwa raya menyoal koroner, Dr. Christopher Rogers yang memeriksa mayat Raja Pop selepas kematiannya pada Jun 2009 berhubung kemungkinan Jackson sendiri menyuntik dos tambahan propofol ke dalam badannya.
"Pada pendapat saya, penggunaan sendiri ubat propofol tidak menyokong kematian Jackson," kata Rogers.

Menurutnya, kemungkinan yang berlaku adalah Murray terlebih memberikan ubat propofol kepada Jackson untuk membantu dia tidur.
Murray memberitahu polis dalam sesi soal siasat yang diperdengarkan di mahkamah pada minggu lalu bahawa dia beredar dari katil Jackson selama dua minit pada 25 Jun, 2009 untuk ke tandas.

Sekembalinya dari tandas, dia mendapati penyanyi itu sudah tidak bernafas.
Rogers bagaimanapun berkata, dalam jangka masa sesingkat itu, Jackson yang sudah dipengaruhi ubat bius tidak mungkin dapat menyuntik lebih banyak propofol melalui tiub yang dimasukkan di kakinya sehingga menyebabkan pernafasannya terhenti sebelum Murray kembali.

"Senario yang diceritakan Murray kurang munasabah," kata Rogers kepada mahkamah.
Menurutnya, dia sebaliknya percaya doktor peribadi itu tersilap memberikan dos propofol semasa cuba menidurkan Jackson.
Perbicaraan di Mahkamah Tinggi Los Angeles di sini dijangka berlangsung selama lima minggu sehingga akhir bulan ini.

Murray boleh dipenjarakan selama empat tahun sekiranya dia didapati bersalah kerana membunuh tanpa sengaja. - AFP

Sumber - Kosmo

OH ~ FAKTA : ARE YOUR HANDPHONE ORIGINAL??

RAHSIA YG ANDA X TERFIKIR !

BERHATI2 SEMASA BELI HP...

Untuk mengetahui status... keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

Klik button "SHARE" supaya insan lain diketahui perkara ini.. ^_^b















ADMIIN F2JL: ADMIN NYER ORI DARI FINLAND

OH ~ SHOCK : WORLD CHAMPIONS GP,JORGE LORENZO PUTUS JARI

Penunggang Yamaha, Jorge Lorenzo yang merupakan juara dunia Moto GP 2010 telah kehilangan sebahagian daripada jari tangan kirinya semasa sesi pemanas badan Philip Island Moto GP.

Angin kuat dipercayai merupakan faktor penyebab Lorenzo terlibat dalam kemalangan semasa motosikalnya berada dalam kelajuan tinggi di Turn 12.









ADMIN F2JL : NIH PUTUS JARI TIME NAK BELOK KE??...GILA AAH..

OH ~ COOL : HANDSET VERTU = MOST EXPENSIVE PHONE

Mahal gila seh!

Vertu ialah jenama telefon bimbit mewah yang dulunya dipunyai Nokia. Vertu pernah mengeluarkan telefon bimbit paling mahal didunia iaitu Vertu Signature Cobra yang dijual pada harga GBP 213 000. Vertu kini mengeluarkan telefon bimbit Vertu Constellation yang merupakan telefon pitar berskrin sesentuh pertama mereka. Harga Vertu Contellation bergantung kepada jenis dibeli. Model paling asas dengan kulit lembu dijual pada harga saranan GBP 4000 (RM19 000)sementara model mewah bertatahkan permata, skrin dari nilam, kulit buaya dan butang kamera dari delima dijual pada harga GBP 16000 (RM79 000). Ianya diperkasakan oleh perisian Symbianyang diubah suai, kamera 8 megapixel dan memori dalaman 32 GB. Selain daripada itu beberapa aplikasi ekslusif seperti Vertu Concierge Live, Vertu Club Access, Vertu Select, Vertu City Brief dan Vertu Me yang memberikan anda ekses kepada kemudahan mewah di 200 bandar utama dunia.




Laporan asal MyNokiaBlog

OH ~ LAWAK : LAGI ENGRISH FAIL #2

Universiti Malaya pulak

Oh noeeeeeeeeeeeeeeeees!

Thanks to @ikhwan_shah for the lulz

OH ~ SHOCK : TEMPAH PELACUR HANYA MELALUI FB


Ada sesiapa nak langgan pelacur? Kini korang boleh langgan pelacur dengan mudah melalui service di facebook. Ya betul pelacur untuk kegunaan orang yang tinggal malaysia. Betul ke kata2 admin neh? 

Ha Ha Ha..

Okey. Caranya mudah sahaja.

Lihat bawah neh ;



1. Cari bilik hotel ataupun mana2 lokasi yang berpatutan.

2. Telefon no yang tertera untuk memberi maklumat berhubung lokasi, jenis gadis dan berapa lama khidmat gadis neh diperlukan.

3. Beberapa gadis akan tiba di destinasi yang ditetapkan dan selepas anda memilih gadis yang anda berkenan, bayar dan boleh terus guna.

Mudah kan?

Antara gadis yang ditawarkan ialah ;



Hasil penaakulan admin ialah ;

1. No yang kita hubungi untuk cari gadis tidak dapat dihubungi.

2. Selepas beberapa ketika akan ada private no telefon korang.

3. Pemanggil itu akan bertanyakan sesuatu.

Dipercayai itulah taktik mereka menjaga bussiness mereka. Sebab itulah perniagaan khimat pelacur neh boleh ditawarkan secara terbuka. Kepada anda yang berminat langgan pelacur boleh baca sini terlebih dahulu. 

Nota : Blog bapa ayam disini. Ada sesiapa nak dengki dan lapor kepada SKMM?

ADMIN F2JL : Luar biasa betul perkhidmatan mereka. (GILER!!! HARAM BELAKA WEH)

OH ~ SHOCK : Sekolah khas untuk latih warga Nigeria menipu wanita Malaysia


Wow, ada sekolah untuk para penipu! Hebat warga Nigeria ni kan? Bertambah hebat bila ada wanita Malaysiayang terpedaya dengan mereka sehingga mengalami kerugian beribu ribu ringgit. Apa yang hebat sangat warga Nigeria ni? Rasanya lelaki lelaki di Malaysia ni (bukan orang asing) jauh lebih kacak kot. Tapi satu je yang warga Nigeria ni hebat. Mengayat! Mereka tahu wanita lemah dengan ayat ayat manis. Itu salah satukelemahan wanita yang diambil kesempatan oleh lelaki yang digelar jantan. Wanita pula, terutama yang sudah agak berumur dan kesunyian akan terjebak dengan taktik mereka. Salah siapa? Erk, tak perlu cari salah siapa, kerana ianya useless. 
[Terbakor Berita] Sekolah khas untuk latih warga Nigeria menipu wanita Malaysia

Lelaki warga Nigeria yang memperdaya mangsa terutama golongan wanita di Malaysia dikesan menjalani latihan kemahiran menipu di beberapa sekolah khas yang diwujudkan di beberapa kawasan terpencil di negara mereka sebelum dihantar ke negara sasaran.
Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipudiwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan.
Kewujudan sekolah menipu itu didedahkan Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berdasarkan siasatan pihaknya selepas mendapati ramai warga negara ini diperdaya warga Nigeria sejak beberapa tahun lalu.
Beliau berkata, sekolah itu hanya menetapkan satu syarat iaitu pelatih hanya perlu tahu berkomunikasi dengan menggunakan komputer dan Internet.
“Pusat itu tidak berkonsepkan sekolah harian atau institusi pendidikan secara terbuka, sebaliknya beroperasi secara sembunyi bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa negara itu.
ADMIN F2JL : Wahai wanita Malaysia, tolonglah jangan terpedaya. Bukan ini caranya dalam mencari kasih sayang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...