Thursday, October 20, 2011

OH ~ COOL : HANDSET VERTU = MOST EXPENSIVE PHONE

Mahal gila seh!

Vertu ialah jenama telefon bimbit mewah yang dulunya dipunyai Nokia. Vertu pernah mengeluarkan telefon bimbit paling mahal didunia iaitu Vertu Signature Cobra yang dijual pada harga GBP 213 000. Vertu kini mengeluarkan telefon bimbit Vertu Constellation yang merupakan telefon pitar berskrin sesentuh pertama mereka. Harga Vertu Contellation bergantung kepada jenis dibeli. Model paling asas dengan kulit lembu dijual pada harga saranan GBP 4000 (RM19 000)sementara model mewah bertatahkan permata, skrin dari nilam, kulit buaya dan butang kamera dari delima dijual pada harga GBP 16000 (RM79 000). Ianya diperkasakan oleh perisian Symbianyang diubah suai, kamera 8 megapixel dan memori dalaman 32 GB. Selain daripada itu beberapa aplikasi ekslusif seperti Vertu Concierge Live, Vertu Club Access, Vertu Select, Vertu City Brief dan Vertu Me yang memberikan anda ekses kepada kemudahan mewah di 200 bandar utama dunia.




Laporan asal MyNokiaBlog

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...