Laporan asal Coolbuzz
Thursday, October 13, 2011
OH ~ LAWAK : PONDAN + GUNDAM = PONDAM???
OH ~ LAWAK : TANDA AMARAN YG SEDIKIT MUNASABAH
OH ~ SHOCK : BABI DALAM TIN ADA COP HALAL??
Halala....
OH ~ FAKTA : GOLONGAN REMAJA MALAYSIA MELAYARI FB 19 JAM SEMINGGU
Betul ke 19 jam seminggu? Rasa macam lebih je. Hehe. Sekarang ni daripada budak budak umur 7 tahun sehingga nenek berumur 100 tahun pun ada Facebook. Tapi ketagihan Facebook yang melampau ni memang serius tidak elok untuk remaja dan kanak kanak terutamanya yang masih bersekolah. Facebook boleh jadi macam dadah. Kalau pandai guna, maka eloklah dia. Tapi kalau tak pandai guna, maka negatiflah Facebookjadinya. Ibu bapa perlu mengawasi laman web yang anak anak mereka lawat, kerana ia akan mempengaruhi cara mereka menjalani kehidupan.
Kanak-kanak dan remaja Malaysia yang berusia lapan hingga 18 tahun didapati melayari internet pada purata 19 jam seminggu, menyebabkan mereka sentiasa terdedah kepada ancaman atau budaya negatif dunia siber seperti buli, penipuan identiti dan pornografi.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata berdasarkan laporan antarabangsa, Norton Online Family Report 2010, hanya empat daripada 10 ibu bapa di negara ini yang mengawasi kandungan laman yang diakses oleh anak mereka.Oleh yang demikian adalah amat penting bagi ibu bapa memberi lebih perhatian kepada anak-anak dengan turut mengawasi laman web yang diakses mereka, katanya selepas merasmikan seminar mengenai perlindungan kanak-kanak “Child Online Protection” di sini, hari ini.
ADMIN : Siapa yang masih tiada Facebook tu admin salute sangat sangat kerana dia berjaya menahan diri dari perkembangan IT dunia.
OH ~ LAWAK : CARA STUDENT NERD NAK MENGORAT
CONFIRM RAMAI YG NAK TRY PASNIH ^^
SWEET GAK LA...
OH ~ FAKTA : SETAKAT MANE ANDA TAU PASAL SELUAR JEANS ???
Admin ngaku awal2 yg admin pakai je seluar jeans tapi x penah amik tau sal poket kecik tu... rupe2 rupenyer ini ha sbb dia....LAYANNN...
Akan tetapi apabila sampai di California semua barangnya habis terjual kecuali sebuah kain yang terbuat dari kain kanvas. Kain ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar dan dijual kepada para pekerja lombong emas. Ternyata mereka menyukainya kerana tahan lama dan tidak mudah koyak. Kemudian Strauss menyempurnakan jeansnya dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut “Genes” yang diubah panggilannya oleh Strauss menjadi “Blue Jeans“.
Akhirnya kerana para pekerja lombong sangat menyukai jeans buatannya ini, mereka menobatkan seluar ini sebagai seluar rasmi untuk pekerjaan mereka. Para pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan sebutan “those pants of Levi`s” atau “Seluar Levi”. Sebutan inilah yang menjadi gelaran seluar jeans pertama di dunia.
Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatkannya mengajak pengusaha berjaya Jakob Davis untuk bekerjasama dan pada tahun 1880 kerjasama itu melahirkan fabrik seluar jeans pertama dan produk rekaan mereka yang pertama adalah “Levi’s 501“.
Alasannya:
Produk rekaan pertama memang dikhususkan bagi para pelombong emas. Seluar ini memiliki 5 poket. 2 di belakang dan 2 di depan dan 1 poket kecil dalam poket depan sebelah kanan.
Kerana dicipta khas buat para pekerja lombong, poket ini tentu bukan digunakan untuk bergaya bersuka ria. Tetapi poket kecil ini dihasilkan untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil. Meskipun kini jeans dihasilkan dalam berbagai rupa dan bukan hanya untuk para pelombong tetapi poket kecil itu masih tetap ada. Tentu sahaja sekarang fungsinya tidak lagi digunakan sebagai tempat menyimpan butiran emas. Tetapi kini fungsinya digunakan untuk menyimpan duit syiling!.
Subscribe to:
Posts (Atom)