Thursday, October 6, 2011

OH ~ ISU PANAS : INGAT LAGIKAH ANDA PADA KARTUN INI?

 Persoalan hukum hudud.. adakah ianya hukuman Allah atau hukuman ciptaan manusia?? atau kalau dalam kisah di Malaysia ianya ciptaan PAS?


 Tapi bagaimana dengan gambar dari surat khabar yang memperjuangkan Melayu ni?

Setahu ADMIN, Islam bukan agama yang kita boleh kaji dengan logik akal.. kita kena percaya dengan dalil yang ada di dalam Al-Quran.. Ianya bukan boleh di Google untuk mencari logik akal.. sebab itu, kita hendaklah wajib patuh pada perintah Allah.. tak percaya, anda boleh dengar hujah dari 2 tokoh agama di Malaysia..

Yang pertama ini membantah hudud..

Dan yang kedua menyokong hudud..

Renung2kan dan selamat beramal..Ingatlah,, sejahat manapun kita.. tidak mustahil di dalam lubuk hati kita untuk menjadi umat islam yang soleh dan solehah..Ianya berat dipikirkan..tak bermakna sebagai umat islam kita kena biarkan sahaja..

OH ~ FAKTA : 5 lagu best yang dilupakan.. era 90-an




ADMIN malam ni ada banyak pulak enty.. tapi ADMIN tengah tengah nak menulis bukak YT teringatkan pulak beberapa lagu lama yang sudah dilupakan..

Kalau pembaca berusia awal 20-an ke bawah mesti tak pernah dengar atau sudah lupa lagu ini.. tapi kalau usia 30-an mesti masih ingat..

Lagu pertama pilihan admin ialah Shades yang bertajuk Malam.. Lagu ni bagi admin best kerana tidak menggunakan sebarang alat muzik.. sangat romantikk.


Lagu ke dua pula ialah lagu yang berentak laju dan ada unsur humor...dari kumpulan Aboi terdiri dari 3 orang anak muda...sesuai untuk mereka yang berjiwa muda..

 Lagu ke tiga pilihan admin ialah dari kumpulan 2 by 2.. tajuk lagu pak pom pak mustape.. Ikhlas admin katakan yang lagu ini sangat best untuk dinyanyikan kerana tak perlukan vokal yang power.. Kalau tak silap lagu ni gunakan loghat perok..


Kalau sebut nama pak pandir pernah dengar tak? Tapi ingat tak lagu dia.? Menggunakan irama melayu, Lagu pak pandir mengandungi unsur2 pengajaran dalam lagunya.. tajuk lagu pilihan admin ialah yang remah dan yang temeh.. paling suka masa wat persembahan final juara lagu 1992

Lau terakhir pilihan admin yang semakin yang dilupakan ialah nyanyian POE.. irama raggae.. .. siapa leh lupa lagunya.. ala ala la tok.. jom kita layan..POE.. ala la latok..hehe



 miss old day..

OH ~ SHOCK : BUAYA BERWARNA OREN !



Pemilik buaya ini bernama Tracey Sandstrom dari Reptilia Roaming. Dia berkata: "Saya fikir perkara itu terjadi disebabkan kadar pH dalam air yang tinggi yang menyebabkan perubahan warna pada Rewel Snappy."


Rewel Snappy, yang tidur di kolam renang  di malam hari dan mempunyai 2.6m panjang menjadi terkenal setelah menggigit Tracey selama pertunjukan reptilia  tahun lalu.


Dia kini ingin menjual buaya itu kerana buaya itu telah menjadi terlalu berbahaya untuk menjaganyaDia berkata, "Dia buaya tercantik yang pernah saya miliki dan dia adalah haiwan yang menarik".





Ada sesiapa yang mahu membeli Rewel Snappy sebagai haiwan peliharaan exotic?. hihihi

OH ~ SHOCK : FOTO BEBERAPA SAAT SEBELUM KEMATIAN STEVE JOBS TERSEBAR!



Berita kematian pengasas Apple memang sangat menggemparkan dunia.  Berita ini dengan cepat menjadi berita popular saat ini mengalahkan berita mengenai Ayu ting ting. Berita ini diterima pada pagi hari 6 Oktober 2011 dari salah satu media iaitu washingtonpost.com.

Disitu dijelaskan bahawa pengasas Apple Steve Jobs meninggal dunia pada hari Rabu 5 Oktober 2011 di usia 56 Tahun. Penyebab utama kematian pengasas Apple  ini memang belum diketahui dengan jelas tetapi khabar angin kuat mengatakan bahawa Steve meninggal kerana penyakit kanser pankreas yang dideritainya selama ini. Khabar angin ini memang ternyata masuk akal kerana beberapa bulan yang lalu Steve bercuti sebagai CEO Apple kerana dikhabarkan mengalami gangguan kesihatan.

Kami mendapatkan foto sebelum Steve Jobs meninggal dan juga perbezaan sewaktu steve masih sihat dan sedang sakit, foto-foto seperti berikut:





Foto ini dibawah diambil sekitar tahun 2011 yang lalu, kemudian kita bandingkan dengan foto Steve Jobs yang diatas ketika Apple melancarkan produk iPad 2 tahun lalu.



Gambar dibawah diambil beberapa bulan setelah Steve mengundurkan diri dari CEO Apple.  Disitu Steve benar-benar terlihat sangat kurus sedang menuju ke keretanya.




Banyak yang merasakan Steve hanya kurus biasa tetapi sebetulnya Steve sedang sakit dan menghidap kanser pankreas. Gambar berikut ini adalah gambar beberapa saat sebelum Steve meninggal dunia!:

Ada banyak yang mengatakan foto tersebut diubahsuai tetapi ketika ini ternyata sudah bahawa Steve memang benar-benar sedang sakit parah yang mengakibatkan kematian dirinya. 

OH ~ SUKAN : PENJAGA GOL PALING PANTAS DI DUNIA



Penjaga gol Man City, Joe Hart cuba untuk menjaringkan gol ketika tendangan sudut. Tetapi ketiadaannya di gawang Man City menyebabkan MU mengambil peluang keemasan tersebut untuk menjaringkan gol. Namun, kepantasannya cukup mengagumkan dan dia berjaya menahan tendangan daripada pemain MU, Rooney





Read more: http://video-gempak.blogspot.com/2010/11/penjaga-gol-terpantas.html#ixzz1Zyj9gfU5

OH ~ SUKAN : SAFEE SALI SUDAH ADA PEMINAT DARI ENGLAND


Wow! Safee Sali memang hebat la. Tak sangka beliau mempunyai peminat di England sana. Safee Sali sekarang sedang di dalam latihan percubaan bersama Cardiff City. Baru baru ini timbul isu permit kerja yang menghalangnya untuk berkerja di sana disebabkan syarat syarat yang ketat. Namun begitu,ADMIN harap agar Safee Sali terus bersemangat dalam usaha menaikkan taraf kerjaya bola sepaknya. Dan kami juga berharap agar David Beckham Malaysia terus maintain dalam prestasinya dan jauhilah segala kontroversi. Jaga lah isteri tersayang dan juga banggakanlah rakyat Malaysia. 
[Terbakor Hot] Safee Sali dah ada peminat di England!
[Terbakor Hot] Safee Sali dah ada peminat di England!
[Terbakor Hot] Safee Sali dah ada peminat di England!

OH ~ ISU PANAS : UTUSAN MEMPERSENDA HUKUM HUDUD


Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26 September 2011 telah mendapat kritikan pembaca kerana dikatakan telah menghina hukum hudud melalui karikatur yang disiarkan. Rata rata pembaca memberi pandangan mereka kecewa kerana undang undang hudud Islam dipermainkan. Ok, anda tengok dulu gambar karikatur di di bawah :- 
Utusan Malaysia hina hukum hudud
Bagaimana pendapat anda semua? ADMIN pun rasa memang sangat tak patut Utusan Malaysia keluarkan karikatur seperti ini. Undang undang Hudud bukan boleh dijadikan bahan mainan politik seperti ini. Kita semua orang Islam, biar sejahat mana pun kita, beranikah kita menentang hukum Allah? Jangan persendakan hukum Allah, ia bererti sama dengan mempersendakan Allah. Secara umumnya, kita dapat lihat zaman sekarang ni, agama Islam sering dijadikan bahan mainan politik. Tak sayangkah mereka dengan agama Islam? Atau tak takutkah mereka kepada Allah? 
sumber gambar : fan page Nik Aziz Nik Mat

OH ~ ISU PANAS :Heliza Helmi disembur peminat di Facebook gara gara komen tentang hudud


Salam pembaca semua. Pertama sekali, ADMIN nak cakap post ni bukanlah berniat untuk menjatuhkan nama Heliza Helmi. Korang kenal siapa itu Heliza Helmi? Dia adalah seorang artis kelahiran Akademi Fantasia ke empat. Kesantunannya, keperibadiannya yang baik, bertudung labuh dan baik budi pekerti telah memikat ramai peminat. Heliza tak macam artis bertudung yang lain. Tapi baru baru ni keluar satu kenyataan di akhbar Sinar Harian tentang komen komen artis mengenai hukum hudud. Banyak artis yang beri komen termasuk Heliza. Mari lihat apa komen mereka. 

[Terbakor Hot] Heliza Helmi disembur peminat di Facebook gara gara komen tentang hudud

Kalau tak nampak, di bawah ada yang lebih terang, 

Kalau nak laksanakan hukum hudud banyak perkara yang perlu diberikan pertimbangan dan penilaiannya. Kita kena lihat keberkesanan hukum ini dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, mungkin di negara Arab ia sesuai dijalankan kerana mereka sudah biasa mengamalkannya sejak dulu lagi. Tetapi jika kita baru hendak melaksanakannya di sini, pasti ramai tak dapat terima. Bagaimanapun hukum hudud ditetapkan dalam agama Islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini. -heliza helmi
Ok, setelah membaca pendapat Heliza mengenai hukum hudud. Apa pendapat korang? Tapi tunggu, kita lihat pendapat peminat peminat Heliza dulu di fan page rasmi miliknya. Memandangkan Heliza tutup wall dia dari post orang luar, jadi peminat telah meluahkan kekesalan mereka tentang komen Heliza mengenai hudud itu di status di bawah. 
[Terbakor Hot] Heliza Helmi disembur peminat di Facebook gara gara komen tentang hudud
Dan dibawah ini pula komen komen peminat Heliza. 
[Terbakor Hot] Heliza Helmi disembur peminat di Facebook gara gara komen tentang hudud
[Terbakor Hot] Heliza Helmi disembur peminat di Facebook gara gara komen tentang hudud
[Terbakor Hot] Heliza Helmi disembur peminat di Facebook gara gara komen tentang hudud
[Terbakor Hot] Heliza Helmi disembur peminat di Facebook gara gara komen tentang hudud
[Terbakor Hot] Heliza Helmi disembur peminat di Facebook gara gara komen tentang hudud
[Terbakor Hot] Heliza Helmi disembur peminat di Facebook gara gara komen tentang hudud
Jelas menunjukkan di situ yang peminat marah sangat dengan Heliza. Heliza boleh hilang ramai peminat disebabkan keterlanjuran kata katanya. Ok, mungkin ada yang tanya, kenapa Heliza? Post ni berniat untuk menjatuhkan Heliza ke? Oh tidak sama sekali. Ramai yang marah Heliza sebab expectation mereka sangat tinggi terhadap Heliza. Heliza dianggap sebagai contoh artis Islam yang sangat baik. Sebab tu lah, bila dia komen macam tu ramai yang marah. Sebab mereka menjangkakan Heliza seorang yang bijak dalam agama. Tapi tak sangka dia boleh keluarkan kenyataan macam tu. 

Mengenai artis lain, serius ADMIN tak sangka mereka berani buat kenyataan begitu tentang hukum hudud. Ini soal hukum Allah. Bukan hukum main main. Tapi antara artis artis itu, Heliza yang sepatutnya jadi lebih bijak dalam memberi komen kan? Dari segi positif, mungkin wartawan yang menulis itu sengaja mahu memutar belitkan kenyataan. Atau memang benar itu adalah komen artis artis itu sendiri. Apa kata Heliza? Sama sama kita nantikan. 

F2JL : Lumrah hidup jadi artis. Ada satu masa disanjung tinggi bagai nak rak, tapi bila buat salah sikit kena hemtam kaw kaw punya! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...