Tuesday, October 11, 2011

OH ~ LAWAK : JGN RABA SESUKA HATI

        PADAH YG MENANTI..MANE LAGI NAK CARI 
                        JANTAN CAM GINI?..HEHE





OH ~ FAKTA : DIARI KEHIDUPAN STEVE JOB

Steve Jobs Timeline.


HE IS THE MAN...WITH GADGET.

OH ~ LAWAK : HAHA...MEMANG GENIUS

El Hadji Diouf = FAIL

OH ~ ISU PANAS : POSTER PERRSENDAKAN HUDUD


Tadi terbaca satu kisah dari blog neh berhubung penyebaran poster2 yang memburukkan hukum hudud di mata rakyat. Antara contoh2 poster yang disebarkan ialah ;





Dari apa yang aku faham melalui poster2 di atas neh ialah ;

1. Si pembuat poster benci pada pas.

2. Alasan benci mungkin disebabkan politik.

3. Dan dia menggunakan isu hudud untuk menyalurkan kebencian dia terhadap pas.

Hurm.. aku pun heran. Bukan kah kalau mempersendakan hudud itu bererti mereka mempersendakan hukum Allah swt? Tapi kenapa masih berbuat demikian? Benci pas? Lantaklah, tapi apsal jadikan hudud sebagai pelepas kebencian pada pas? Patut ke cara tue? Patut ke dengan mengutuk hudud semata2 nak menyalurkan kebencian pada pas? Mungkin mereka tidak sengaja terkutuk hudud sebab arus politik. Yelah kerajaan tidak mahu laksanakan hudud. Mereka pula nak membela kerajaan. 

Tetapi cara dan strategi mereka dah salah. Dengan mengutuk2 pas menggunakan isu hudud hanya akan menambahkan lagi persepsi dan sangkaan buruk terhadap hudud dan islam. Suka kah anda jika orang lain sangka buruk terhadap islam? Sudah lah kita hidup di dunia yang rata2 masyarakatnya tidak faham apa itu islam dan sering salah sangka terhadap ajaran islam. Kini, terdapat segolongan umat islam yang bersikap demikian pula. Apa nak jadi neh? Adakah mereka neh ialah golongan munafiq yang dimaksudkan oleh Allah swt dalam Alquran? [<-- tanya, bukan tuduhan, harap maklum].

OH ~ LAWAK : CARA SELAMAT KETIKA MEMOTONG BAWANG



Gilalah!. Mungkin inilah teknik terbaru untuk golongan lelaki yang baru mahu berjinak dalam dunia masakan!. Aksi memotong bawang dengan menggunakan helmet full face!. Kini tiada lagi masalah menangis akibat bawang!. Hahahaha

OH ~ SHOCK : KUCING NIH BADAN BERBENTUK KHINZIR DAN SEIRAS SINGA.



Haiwan yang di beri nama Ugly Bad Boy ini boleh jadi adalah seekor kucing yang lain daripada yang lain. Kucing satu ini tidak punya bulu sama sekali dibadannya kecuali di bahagian lehernya dan bulu-bulunya seakan-akan bulu singa!. Ugly Bad Boy yang berusia 8 tahun itu terpaksa tinggal di klinik haiwan kerana tidak ada yang mahu memeliharanya meskipun pekerja klinik haiwan itu sudah berusaha menyebarkan risalah yang menyatakan yang kucing itu adalah seekor kucing yang normal,suka minta perhatian dan manja seperti kucing-kucing lainnya walaupun penampilannya agak luar biasa. Namun ternyata dengan penampilannya itu, Ugly Bad Boy mendapat perhatian para pelancong di Exeter, New Hampshire, Amerika.



“Orang-orang datang dan mengambil gambarnya menggunakan telefon bimbit mereka. Dia hebat. Dia membuatkan orang-orang yang datang menyangka dirinya itu hanya patung kucing kerana dirinya hanya duduk diam dan tidak bergerak sama sekali. Namun ketika dia bergerak, dia membuat orang-orang takut. Tapi mereka masih menganggap dia seekor haiwan yang memikat hati,” jelas Christie Hartnett, seorang pekerja klinik pada Dailymail. Ugly Bad Boy bukan satu-satunya kucing yang tidk mempunyai bulu. Adiknya yang berjantina betina lahir tanpa bulu seperti dirinya namun sayang adik Ugly hanya mampu bertahan hidup selama beberapa minggu saja dan Ugly pula telah berusia 8 tahun.

OH ~ COOL : TEMBIKAI YG PALING KECIL SAIZNYA BERJAYA DIHASILKAN

Meskipun kecil, tembikai Pepquino ini 100 peratus asli dan mempunyai warna dan rasa yang sama dengan tembikai normal yang lainnya. Pepquino dan Allsweet mempunyai variasi tembikai yang tumbuh dengan ukuran sekitar 19 inci.

Meskipun mirip dengan tembikai yang normal namun Pepquino memiliki rasa segar sama seperti dengan tembikai yang mengandungi banyak air. Kelebihan dari Pepquino ini adalah kulit buahnya begitu rangup sehingga dapat dimakan, bahkan bijinya juga boleh dimakan.


“Pepquino dapat dimakan sebagai manisan atau pembuka selera seperti zaitun yang diadun bersama salad,” kata Koppert Cress.

Schatje Cuppen, pengurus pemasaran di Koppert Cress, mengatakan Pepquino boleh dipesan di pasar di Birmingham dan London. “Saat ini permintaan tembikai ini kebanyakannya datang dari hotel dan restoran. Kami berharap dapat menjual 50-100 kotak dalam seminggu. Kami sangat senang dengan produk ini kerana sangat fleksibel dan dapat digunakan dalam berbagai menu dari salad hingga menjadi makanan pencuci mulut,” ujarnya

Tembikai ini juga disukai golongan muda. Molly Power, 5 tahun, yang diberi kesempatan untuk mencuba tembikai ini mengaku seronok. “Tembikai ini sangat enak, rasanya sama dengan tembikai yang biasa saya makan. Awalnya saya tidak percaya tembikai ini asli, rasanya sungguh enak. Strawbery masih menjadi buah kegemaran saya namun Pepquino mengagumkan,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...