Saturday, September 10, 2011

oh! TAZKIRAH : Penyelesaian Atau Penambah Masalah?

Penyelesaian Atau Penambah Masalah?
www.iluvislam.com
Oleh : safiyyah_hatim  
Editor : arisHa27 

InsyaAllah saya akan berkongsi berkenaan isu gejala zina dan isu pembuangan bayi. Sebagai seseorang yang melihat daripada jauh dan hanya membacanya di dada akhabar menjadikan saya agak gerun dan sedih. Melihat keadaan masyarakat kini yang masih di dalam keadaan terumbang ambing dengan arus kehidupan yang makin mencabar. Saya yakin ada dalam kalangan kita yang sudah jemu apabila isu buang bayi ini sering kali dipaparkan di media massa.

Bilangan kes yang berlaku semakin meningkat dan kebanyakkannya melibatkan remaja-remaja di bawah umur. Kadangkala saya terfikir, mungkin bilangan kes yang dinyatakan itu sebenarnya tidak menggambarkan bilangan sebenar. Mungkin sahaja bilangannya adalah lebih tinggi. Jika benar, maka sebenarnya masyarakat kita semakin parah.

Andai kita melihat kemalangan jalan raya berlaku di hadapan mata kita, tentu kita terfikir, apalah nasib orang yang cedera parah itu. Ada dua sahaja kemungkinannya. Sama ada hidup dan mati. Dua pilihan ini yang kita nampak. Tapi bagaimana jika rohani manusia itu rosak? Bolehkah kita samakan bahawa individu ini akan terus hidup atau pilihannya mati sahaja?

Berurusan dengan manusia memerlukan sentuhan rohani. Saya sendiri pernah melawat tempat perlindungan remaja muslimat yang sudah terlanjur dan sedang menunggu masa untuk melahirkan bayi. Saya lihat wajah keanak-anakkan pada mereka. Mereka masih terlalu muda untuk merasai fitrah menjadi seorang ibu. Di kala kawan-kawan yang lain sibuk belajar, mereka sedang bersedia untuk melahirkan anak. Kasihan. Itu yang mampu saya katakan. Mungkin mereka tidak merasakan apa yang saya rasa. Saya sedih memikirkan punca kejadian seumpanya.

Bila ada pihak yang mencadangkan agar remaja yang terlanjur ini dikahwinkan, saya hanya menggelengkan kepala. Penyelesaian kepada 
"presenting problem" mungkin tidak akan menyelesaikan "root cause". Seakannya membelikan barang mainan kepada anak yang menangis di pasar malam hanya menjadikan mereka lebih suka menggunakan "trick"tersebut untuk mencapai keiginan mereka pada masa akan datang. 


" Kahwin memang penyelesaian yang mudah. Namun, adakah remaja ini bersedia dengan tanggungjawab yang bakal dipikul sesudah kelahiran bayi mereka nanti? "

Persoalan kedua ;
" Andai tidak dikahwinkan, adakah si lelaki akan bertanggungjawab kepada bayi yang dikandung pasangan mereka? "

Persoalan ketiga ;
" Adakah pembinaan rumah perlindungan memberikan kebaikan melebihi keburukan dengan memberi "ruang" untuk terus-terusan melakukan kesalahan? "

" Adakah penyesalan yang dituntut selepas tinggal di rumah perlindungan ini benar-benar terzahir dari sudut perbuatan? " 
" Adakah remaja-remaja ini benar-benar berubah? "


Saya bukanlah orang yang layak menilai perbuatan orang lain. Saya sedar khilaf saya sebagai manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Namun, sewajarnya setiap pendekatan yang diambil terarah kepada penyelesaian masalah pokok. Ya, keimanan kepada Allah. Jika dilihat remaja kini, bagaimana mereka? adakah mencukupi ilmu aqidah yang diajar selama ini. Bukan niat saya untuk menyalahkan guru agama, jauh sekali tidak menghargai usaha mereka yang bersungguh -sungguh memahamkan pelajar tentang konsep ketuhanan. Namun, perkara ini perlu diletakkan sebagai perkara utama.

Keteguhan iman kepada Allah membendung manusia dari terhanyut dalam keseronokan dunia. Saya sedar bukan sedikit dugaan dan godaan dunia luar. Namun, saya percaya keimanan yang mantap dan yakin bahawa setiap tindakan kita akan dinilai itulah yang mampu membimbing kita melawan arus kemusnahan hidup. Jika semasa kecil kita sering diingatkan ;
" Jangan buat tu...nanti Allah marah "

"Kenapa apabila sudah dewasa perkara tersebut tidak lagi dipercayai dan diimani? Pelik bukan?"


Menjadi tanggungjawab kita sebagai ahli masyarakat untuk mendalami masalah ini. Mungkin kes ini tidak melibatkan ahli keluarga kita. Namun tidak mustahil Allah akan menguji kita suatu hari nanti. Pendapat peribadi saya lebih cenderung untuk menilai kembali sistem kekeluargaan di Malaysia. Bagaimana ibu bapa memainkan peranan untuk mendekati dan memahami anak-anak mereka. Begitu juga dengan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa. Betapa banyak kes anak-anak menghantar ibu bapa ke pusat penjagaan orang tua. Semua isu ini sering berkait. Kita menjadi sebahagian daripadanya.

Sebagai generasi muda yang akan membina keluarga sendiri nanti. Kita juga akan mempunyai anak dan kita akan diuji dengan pelbagai dugaan. Bagaimana kita akan bertindak ketika itu? fikir-fikirkanlah. Jawapannya terletak kepada kebersediaan kita kini untuk melahirkan generasi Islam yang cemerlang bukan setakat di dunia tetapi turut cemerlang di akhirat. 

" Apa acuannya? Tentulah syariatullah dan sunnah Nabi SAW. "

" Senang diungkap namun, bersediakah kita? "


OH! TAZKIRAH :Lamakah Kita di Kubur?



Awan sedikit mendung ketika kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan untuk ke tanah perkuburan. Baju merahnya yang besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ais krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulut untuk dijamahi. Sementara tangan kirinya digenggam erat oleh ayahnya.


Yani dan ayahnya memasuki kawasan tanah perkuburan menuju ke pusara neneknya. Kemudian mereka duduk di atas tembok nisan yang bercatatan;

Hjh Aisyah Binti Marlia 19-10-1915 : 20-01-1965

"Nak, ini pusara nenekmu. Mari sayang...kita berdoa untuknya" 

Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yang diangkat ke atas dan dia ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Dia khusyuk mendengar ayahnya berdoa walaupun dia masih belum mampu memahami sepenuhnya setiap baris doa yang dititipkan oleh ayahnya itu.
"Ayah, nenek meninggal semasa umur 50 tahun ya?"

Ayahnya mengangguk dan tersenyum sambil memandang pusara ibunya.
"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 45 tahun ya, Yah?" Kata Yani sambil lagak matanya mengira dan jarinya menghitung. 
"Ya, nenekmu sudah di dalam kubur selama 45 tahun sayang... " 

Yani menoleh kepalanya dan memandang sekelilingnya. Banyak pusara di sana . Di samping pusara neneknya terdapat pusara tua yang sudah berlumut.

Muhammad Zaini 19-02-1882 : 31-01-1910

"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 100 tahun yang lalu ya Yah?", jarinya menunjuk nisan bersebelahan pusara neneknya itu.

Sekali lagi ayahnya mengangguk dan tangannya mengusap kepala anak tunggalnya itu.
"Ya nak. Benar katamu sayang. Mengapa?" tanya si ayah sambil menatap mata anaknya yang redup. "Hmmm, semalam ayah beritahu jika kita meninggal dan banyak dosa. Kita akan diseksa di kubur. Iya kan yah?" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.

Ayahnya tersenyum dan menggangguk.
"Benar, lalu?" tanya si ayah meminta penerangan si anak. "Iya... Kalau nenek banyak dosanya, bererti nenek sudah diseksa 45 tahun di kubur ya ayah? Kalau nenek banyak pahalanya, bererti sudah 45 tahun nenek bahagia dikubur. Betul tak ayah?"mata Yani bersinar ingin tahu.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas menampakkan keningnya yang berkerut dan perasaannya yang cemas.
"Iya nak, kamu pintar sayang," kata ayahnya pendek.

Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani kelihatan gelisah di atas sejadahnya. Dia memikirkan perkara yang telah diperkatakan oleh anak kesayangannya tadi.
"... 45 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...145 tahun diseksa .. atau bahagia dikubur?". Dia bermonolog sendirian.

Lalu dia tertunduk dan menitiskan air mata.

"Kalau dia meninggal dan banyak dosanya. Kiamat masih 1000 tahun lagi, bererti dia akan diseksa 1000 tahun?..'Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un'... "

Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah dia diseksa selama itu.

"Itu kalau benar kiamat lagi 1000 tahun tetapi kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itukah  dia akan diseksa di kubur. Mampukah dia bertahan dengan tiap seksaan? padahal melihat adegan pukul di salah satu rancangan televisyen pun dia sudah tidak tahan untuk melihatnya?". Jiwanya penuh dengan monolog.

"Ya Allah..."

Dia semakin menunduk. Tangannya diangkat dan air matanya semakin membanjiri pipinya.

"Allahumma as aluka khusnul khootimah" 

Berulang Kali di bacanya doa itu sehingga suaranya serak dan terhenti sejenak apabila terdengar batuk Yani. Dihampirinya anak kesayangannya yang sudah terlena dan membetulkan selimutnya.

Yani terus tertidur tanpa mengetahui betapa ayahnya amat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan dan kehidupan hakiki yang akan datang di hadapannya.

"Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."


oh! KREATIF : FACEBOOK PROFILE LAYOUT YG COOL...

Masa mule-mule facebook keluarkan layout baru ramai yang tak berkenan. Maklumlah, bende baru... tak biasa lagik. Tapi pada sesiapa yang pandai  dan kreatif..ianya menjadik bende yang paling menarik. hehe.. tak percaye? cube tengok!!




















oh! SKILL : 12 Cara buat kapal terbang kertas

kALI ni ADMIN  nak kongsikan cara buat kapal terbang kertas.. eleeehhh..korang mesti tau satu je kan?
yang ini ADMIN tunjukkan banyak.. pelbagai jenis.. hehehe















dalam 5 orang baca ni,3 orang akan ambil kertas A4 dan akan mula melipat..hehe

OH! SERIUS : Sitt Al-Wuzara gembira JAKIM enggan bertindak ke atasnya


SEBELUM ini Jingga 13 sebuah NGO yang terdiri daripada sukarelawan, facebooker, dan blogger telah menghantar memorandum kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM berhubung isu penghinaan ke atas Islam oleh Sitt Al-Wuzara.

Difahamkan Jingga 13 sebelum itu telah menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM. Pihak SKMM telah menerima memorandum tersebut dengan baik.

Malangnya, JAKIM yang diharapkan untuk membawa isu ini ke tengah, telah menolak untuk menerima memorandum tersebut dengan alasan "bukan bidang kuasa mereka", rujuk sini [JAKIM].

Tindakan JAKIM ini benar-benar menggembirakan manusia biadap, Sitt Al-Wuzara. Tinjauan di laman twitternya menunjukkan Sitt Al-Wuzara terus menghina Rasulullah SAW dengan makian yang melampau [Twitter].


Alasan JAKIM mengatakan bahawa mereka tiada kuasa jelas sekali satu alasan yang dangkal. Tindakan menolak memorandum Jingga 13 ini juga satu tindakan yang sangat-sangat mengguris hati jutaan umat Islam di negara ini.

JAKIM mencanangkan di laman sesawang rasmi jabatan itu, kononnya berfungsi sebagai pihak yang "Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam" [Fungsi JAKIM].



Ini membuktikan bahawa JAKIM gagal menjalankan fungsi utamanya. Lantaran itu, difahamkan, Jingga 13 akan membuat permohonan menghadap Yang Dipertuan Agong selaku ketua Agama Islam negara ini bagi menghantar memorandum berhubung isu ini.

(SESUNGGUHNYA AZAB KU AMAT LAH PEDIH- semoga kita jauh  dari azab allah)


oh! KREATIF: STYLE BARU MP3...^^..



Teringat algi time kne rampas mp3 waktu skola dulu...
abih redho dah/..muke abis lesu dah..

haha..Tapi yg bawah nih memang x leh bla...

CER TENGOK..

..
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



FAIL..^^

OH ! GAMER TERBAIK : UPIN IPIN VERSI GAME..^^


Agak korang la...kalu game usop sontorian ade nak beli x?..haha..

Walaupun upin dan ipin nih baru x smpai 2@3 tahun ceritanya..namun ianya sudah diiktiraf canggih setaraf dengan animasi antarabngsa/....

cuba tengok screenshot nih..








Tapi yg nih lain la..sbb yg ni create sndiri je..^^


ni semua..KREATIF..^^muahaha

oh! DUIT : WANG KERTAS RM 6 RINGGIT BAKAL DIHASILKAN MALAYSIA...



HA?..BESENYER KITE GUNER DUIT RM1,RM5,RM10....RM50..DAN LAIN2... DALAM KEGIATAN MEMBELI BELAH DIDUNIA INI..

TAPI NMPAKNYER BANK NEGARA KITE NIH ADA CARA LAIN UNTUK MEMAJUKAN EKONOMI NEAGRA DENGAN MENGHASILKAN DUIT BERNILAI RM 6...

TAK PERCAYA?..NIH ADE GMBR.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.















HAHA...X TIPU KAN?..

OH! FAKTA : SITUASI YG SERUPA BG PENGGUNA INTERNET..^^


HAHA..AM I RIGHT?..^^

oh! PSIKOLOGI : MEMANG PERNAH BUAT^^..


MENGAKU JE LAH YG KORANG SEMUA PERNAH BUAT CAM NIH^^/..



AM I RIGHT?..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...