Anda perlu tahu sesuatu pekara yang selama ini mungkin anda tak perasan. apakah bendenye..
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.
Tuesday, September 27, 2011
OH ! FAKTA? : ADAKAH ANDA PERASAN BAHAWA..
OH ! SHOCK :SKIL MEMPERMAINKAN RAKAN SEPEJABAT^^
Admin selalu dengar orang sebut sebagai politik pejabat.Betul tak? Apa kata kita tengok idea-idea yang boleh digunakan untuk balas dendam.
walaupun guna anak patung..tapi awek mesti tak berani masuk tempat keje dia.. sesuai untuk bos perempuan
Kalau berani bukak la..habis terabur
yang ini memang nampak selekeh gile..
idea yangs sama,tapi lebih kejam sebab kalau terabur memang puas la nak vakuum
gile panas hati nampak pejabat jadi camni
ni prank ke hasil seni?/
ini untuk pekerja lelaki yang bajek hensem 24 hour.. biar nampak gay sikit..hehe
nampak cam kotor..
heheheh..gay sejati.. walaupun ada topeng tapi bukan topeng k.r.. hehehe
pesanan.. tak baik balas dendam..lebih baik memaafkan..
walaupun guna anak patung..tapi awek mesti tak berani masuk tempat keje dia.. sesuai untuk bos perempuan
Kalau berani bukak la..habis terabur
yang ini memang nampak selekeh gile..
idea yangs sama,tapi lebih kejam sebab kalau terabur memang puas la nak vakuum
gile panas hati nampak pejabat jadi camni
ni prank ke hasil seni?/
ini untuk pekerja lelaki yang bajek hensem 24 hour.. biar nampak gay sikit..hehe
nampak cam kotor..
heheheh..gay sejati.. walaupun ada topeng tapi bukan topeng k.r.. hehehe
pesanan.. tak baik balas dendam..lebih baik memaafkan..
OH ! SERIUS : KEJAM!! CAMPAK HAIWAN KE LAUT!!
Admin tidak sangka akan tengok gambar sekejam ini. Inilah yang dapat ditangkap apabila sekumpulan remaja telah mencampakkan seekor anjing ke dalam laut.Mujurlah ada yang berani pergi berenang menyelamatkan anjing itu.
kenapala sampai begitu sekali kejamnya?
gila hati kering campak binatang camtu je..
kenapala sampai begitu sekali kejamnya?
gila hati kering campak binatang camtu je..
OH ! COOL : Telefon Samsung Galaxy Skin, Telefon Konsep Terbaru Dari Samsung
Ianya direkabentuk oleh Heyon You. Antaranya telefon pintar @ smartphone ini boleh dilentur, menjadi personal tabletop stereo, multi-projektor, kamera mini, jam pintar dan camam-camam lagi.
Apabila ia keluar nanti (itupun kalau ia keluar), Blackberry, iPhone dan sewaktu dengannya mungkin dah jadi teknologi lapuk. Begitulah teknologi dunia sekarang, terutamanya barang-barang elektronik dan komputer, terlalu cepat bertukar dan berkembang.
Entri Asal Di Sini : http://hazissac.blogspot.com/2011/09/telefon-samsung-galaxy-skin-telefon.html#ixzz1Z8NBCWSY
OH ! TAZKIRAH : DOA DIPERCEPATKAN JODOH DAN DOA MENDAPAT ISTERI YANG BAIK.
Setiap insan ingin jodoh yang baik agar hidup berkekalan sehingga akhir hayat. Jodoh yang baik akan mendapat keturunan yang baik. InsyaAllah jika seseorang berusaha dan berdoa untuk mendapat jodoh yang dipinta nescaya Allah akan perkenankan. Jodoh bukan datang dan pergi seperti seperti angin yang lalu. Kadang-kadang berkawan dan berdating bagai nak rak kehulu dan kehilir, akhirnya berkahwin dengan orang lain.
Yang lebih malang selepas berkahwin tidak sampai dua tahun sudah panjat pejabat agama dan akhirnya bercerai. Jika begitu mereka ini yang bercerai tidak ada jodoh ke? Tidak pernah baca doa mendapat jodoh yang baik atau pakai tangkap muat sahaja. Tengok muka licin dan berharta, itu jodoh aku barangkali?? Tak pernah buat solat Istikharah sebelum berkahwin?. Atau pakai berserah sahaja tanpa berusaha. Nak minta perlu ada usaha iaitu doa. Doa adalah ibadah dan senjata orang-orang mukmin.
Sekiranya kita memohon dan berusaha dengan pertolonganNya insyaAllah. Jodoh kita akan berkekalan. Sebelum ini penulis telah memasukkan DOA PENDEKAT JODOH. Kali ini DOA DIPERCEPATKAN JODOHdan DOA MENDAPAT ISTERI SOLEHAH. Biar lengkap doa ini.
DOA DIPERCEPATKAN JODOH.
Amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu :
Ertinya:
Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. (ayat 131).
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Ayat 132).
Selain itu, perbanyak membaca salawat Nabi Muhammad saw. Perbanyakkan setakat yang terdaya. Lagi banyak salawat lagi baik.
ISTERI DAN SUAMI YANG BAIK.
Suami atau isteri yang dikahwini boleh dibimbing untuk menjadi soleh atau solehah. Sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dengan ilmu agama. Yang tidak lari dari membuat kesilapan. Boleh didoakan mereka untuk menjadi baik dari sebelumnya. Semua lelaki atau wanita yang dikahwini, kita anggap seperti kain putih yang kosong. Jika ada sedikit kekotoran perlu dicuci hanya dengan berdoa disusuli dengan hati yang ikhlas.
Menceraikan atau memukul isteri jalan terakhir sekali jika tiada pilihan lain. Begitu juga isteri yang mendapat suami yang sedemikian. Mencari suami yang "perfect" seperti Junjungan Rasulullah saw memang susah dan sukar. Apatah lagi yang perangai macam malaikat.
Kita disarankan untuk berusaha mendoakan yang terbaik bagi diri sendiri dengan ayat-ayat suci. DOA KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA DAN KETURUNAN selepas solat wajib begitu juga dengan doa-doa yang lain. Selepas berdoa baru tawakal dengan-Nya. InsyaAllah.
FIRMAN ALLAH SWT:
"Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". (Al-Baqarah, ayat 152).
Apabila doa dimakbulkan anda mendapat suami yang soleh jangan pula anda tidak ikut bersama melakukan amal ibadah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.
Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami mengejutkan suruh solat tahajud.
"Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.
Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya! Begitu juga untuk suami yang mendoakan supaya mendapatkan isteri yang soleh. Jangan membantah jika digerakkan bangun untuk solat tahajjud tengah malam.
DOA MENDAPAT ISTERI YANG BAIK/SOLEHAH:
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Muga-muga diperkenankan Allah swt akan doa kita. ADAB-ADAB KETIKA BERDOA dan ADAB-ADAB SELEPAS BERDOA supaya dimakbulkan.
OH ! TAZKIRAH : DOA PENUNDUK DAN JUGA PERISAI DARI FITNAH/ILMU HITAM.
DIMARAHI OLEH BOSS ANDA
Ini doa penunduk yang sekian lama diamalkan oleh penulis dan penulis pernah memberi pada kawan-kawan yang terdekat. Penulis juga memberi doa ini kepada anak saudara penulis yang selalu berurusan dengan VIP hal kerja dan projek. Beliau selalu membaca dan mengamalkan doa ini sebelum pergi mesyuarat. InsyaAllah setakat ini berjalan lancar.
Doa ini juga sebagai doa penunduk kepada orang atasan yang garang dan tidak bertimbang rasa. Jika diizin Allah SWT , insyaAllah boss yang garang akan hormati kamu. Jika berjumpa seseorang yang kita baru kenal dan orang itu ada niat yang tidak baik insyaAllah, Allah akan pelihara kita dari perbuatannya seperti menggunakan lmu hitam. Dan banyak kafiatnya ayat ini.
BACA BAHAGIAN INI DARI SURAH AL-ANFAL: AYAT 17
Maksud Ayat 17
Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir) dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Cara mengamalkan dan menggunakan:
1. Baca selepas solat sebanyak yang boleh sekurangnya 9x. Jadikan zikir sebaiknya.
2. Bacakan doa ini semasa dalam perjalanan untuk sesuatu urusan sebelum mesyuarat/perjumpaan/mengadap orang atasan yang akan kita jumpa nanti.
InsyaAllah, Allah akan sentiasa melindungi kita dan tidak memberi peluang kepada orang lain yang mempunyai niat yang tidak baik seperti memfitnahkan, memarahi,dengki, guna sihir dan perkara-perkara yang tidak baik. Gunakan untuk kebaikan.
Wasallam.
Sumber: Dari kakak angkat isteriku yang selalu berguru. Semuga beliau dirahmatiNya.
"DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN, MAKA BERDOALAH KERANA DIA MAHA PENDENGAR"
Subscribe to:
Posts (Atom)