Wednesday, October 5, 2011

OH ~ FAKTA : BEZA SEBATAN SIVIL NGAN SEBATAN CARA ISLAM (AGAMA)


Sejak terjadinya tragedi 11 September, pihak Barat telah banyak menanamkan rasa benci masyarakat dunia terhadap Islam. Mereka kata Islam itu ganas, kejam dan susah. Tapi hakikatnya tak macam tu! Agama Islam itu mudah. Salah satu perkara yang dianggap kejam dalam Islam adalah hukuman hududnya. Antaranya, cara sebatan. Di sini, admin nak share satu gambar yang membezakan cara sebatan cara Islam dan civil. Sama sama kita lihat, bezakan, dan fikirkan. 

[Terbakor Artikel] Beza cara sebatan cara Islam dan civil
Dah nampak kan? Gambar yang cukup ringkas tapi jelas menunjukkan perbezaan cara sebatan cara Islam dan civil. Mana yang lebih kejam? 

OH ~ SHOCK : HOSPITAL GUNA VIDEO GAME SEBAGAI RAWATAN TERAPI



LONDON - Sebuah rumah sakit jiwa di United Kingdom, Hospital Broadmoor  kini dilengkapi dengan 22 unit Nintendo Wii. Permainan video tersebut dimanfaatkan sebagai alat terapi untuk menyembuhkan pesakit yang mengalami gangguan jiwa.

Hospital Broadmoor merupakan rumah sakit tempat merawat penjenayah-penjenayah zalim yang dirasakan mempunyai kelainan mental di Eropah dan  diantaranya adalah pembunuh yang mendapat julukan "The Yorkshire Ripper" . Jumlah Nintendo Wii yang telah berada di Hospital Broadmoor mungkin belum cukup banyak. Namun Hospital Broadmoor sangat bersyukur kerana Nintendo Wii yang berharga GBP5000 tersebut merupakan sumbangan yang berasal dari wang hasil pajakan.

Permainan video keluaran Nintendo tersebut kini digunakan untuk membantu menyembuhkan penyakit pesakit di Hospital Broadmoor.

"Ketika berfikir mengenai kejahatan dan ketakutan yang mereka lakukan, anda jangan lupa pula untuk memikirkan hak mereka untuk mendapatkan hiburan. Dana hasil pajakan ini akan sangat membantu meningkatkan kualiti kesihatan yang lebih meluas yang diselenggarakan National Healt Service," kata juru cakap Hospital Broadmoor seperti diberitakan oleh Joystick Division.




Untuk menyokong sistem perubatan terapi dengan permainan video itu, rumah sakit tersebut kini dilengkapi juga dengan TV plasma dan permainan video lainnya seperti Xbox 360 dan PlayStation.

Wii Nintendo memang telah terbukti memiliki fungsi yang luas. Tidak hanya sekadar permainan video yang menhilangkan kebosanan tetapi Wii pun sudah pernah digunakan sebagai alat bantuan pembedahan, alat untuk menyegarkan tubuh, terapi tekanan dan lain sebagainya.

OH ~ SERIUS : PANDANGAN SISTER IN ISLAM MENGENAI HUDUD




Tolak satu ayat dari Al-Quran, maka terbatal iman, gugur syahadah KAFIR
. Inikan pula mengkritik hukum Allah di dalam Al-Quran.





source: http://milosuam.blogspot.com/2011/10/hudud-kejam-dan-keras-tidak-adil-kepada.html#ixzz1ZukYtDQo

OH ~ COOL : HARD DISK PALING MAHAL DENGAN 55MB..(?)

Hampir semua dari kita kalau hari ini ada simpan komputer pada tahun 1990 mesti berasa takjub dengan pantasnya peredaran teknologi.

Dan admin sendiri sangat suka mencari koleksi-koleksi komputer zaman silam. kalau pergi ke pejabat kerajaan dan mereka print guna printer lama yang ada keluar bunyi kuat-kuat rasa nostalgia sangat.

Yerla.. budak-budak zaman sekarang mana sempat nak tengok kecanggihan produk zaman dulu.Kalau tak,, takkan la main games tape awal tahun 90-an merupakan fenemone. Cuba buat perkhidmatan sewa game tape zaman sekarang,,takdenye yang nak main..

Jadi, admin nak kongsikan rupa hard disc tahun 1985 yang mana harganya mencecah USD7500. dan saiz hard disc ini hanyalah 55mb.. perghhh








camne la komputer 10 tahun akan datangkan? Jangan terkejut kalau CPU sebesar jam tangan dan monitor hangalah dinding. Betul tak?

OH ~ FAKTA : WANG KERTAS RM50 YG TERBARU !!



Contoh bahagian depan


Contoh bahagian belakang


Ini antara fakta mengenai RINGGIT MALAYSIA.
  • Ringgit atau turut dikenali sebagai Ringgit Malaysia ialah unit mata wang Malaysia dengan kod mata wang MYR. Ringgit boleh dibahagi kepada 100 sen dan mempunyai wang kertas bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1 serta syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen. Nama “Ringgit” berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman dahulu. Dollar Brunei juga dikenali sebagai ringgit bagi masyarakat tempatan.
  • Mulai bulan Ogos 1975, nama “Ringgit” diterima secara rasmi sebagai nama khas mata wang Malaysia. Sebelumnya, wang dikenali sebagai dollar dalam Bahasa Inggeris dan ringgit dalam Bahasa Melayu. Namun penggunaan simbol $ terus digunakan sehingga ditukar kepada RM pada 1990an.
Antara ciri-ciri keselamatan wang kertas malaysia
  • Pengenalan jalur holografi ini merupakan usaha berterusan Bank Negara Malaysia untuk mempertingkat ciri-ciri keselamatan wang kertas Malaysia. Jalur holografi ini membuatkan wang kertas lebih sukar dipalsukan tetapi mudah dikenal pasti oleh orang ramai.
Sumber : Leypark.com


Entri Asal Di Sini : http://hazissac.blogspot.com/2011/10/gambar-design-duit-baru-rm50-malaysia.html#ixzz1ZtQgS4dj
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...