Wednesday, October 5, 2011

OH ~ SHOCK : HOSPITAL GUNA VIDEO GAME SEBAGAI RAWATAN TERAPI



LONDON - Sebuah rumah sakit jiwa di United Kingdom, Hospital Broadmoor  kini dilengkapi dengan 22 unit Nintendo Wii. Permainan video tersebut dimanfaatkan sebagai alat terapi untuk menyembuhkan pesakit yang mengalami gangguan jiwa.

Hospital Broadmoor merupakan rumah sakit tempat merawat penjenayah-penjenayah zalim yang dirasakan mempunyai kelainan mental di Eropah dan  diantaranya adalah pembunuh yang mendapat julukan "The Yorkshire Ripper" . Jumlah Nintendo Wii yang telah berada di Hospital Broadmoor mungkin belum cukup banyak. Namun Hospital Broadmoor sangat bersyukur kerana Nintendo Wii yang berharga GBP5000 tersebut merupakan sumbangan yang berasal dari wang hasil pajakan.

Permainan video keluaran Nintendo tersebut kini digunakan untuk membantu menyembuhkan penyakit pesakit di Hospital Broadmoor.

"Ketika berfikir mengenai kejahatan dan ketakutan yang mereka lakukan, anda jangan lupa pula untuk memikirkan hak mereka untuk mendapatkan hiburan. Dana hasil pajakan ini akan sangat membantu meningkatkan kualiti kesihatan yang lebih meluas yang diselenggarakan National Healt Service," kata juru cakap Hospital Broadmoor seperti diberitakan oleh Joystick Division.




Untuk menyokong sistem perubatan terapi dengan permainan video itu, rumah sakit tersebut kini dilengkapi juga dengan TV plasma dan permainan video lainnya seperti Xbox 360 dan PlayStation.

Wii Nintendo memang telah terbukti memiliki fungsi yang luas. Tidak hanya sekadar permainan video yang menhilangkan kebosanan tetapi Wii pun sudah pernah digunakan sebagai alat bantuan pembedahan, alat untuk menyegarkan tubuh, terapi tekanan dan lain sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...