jadi macam kat bawah ni la..
Monday, October 10, 2011
OH ~ LAWAK : RABUN LUTSINAR
OH ~ COOL : BISKUT BERBENTUK I-PHONE
Para penggemar iPhone Apple yang geram melihat gadget itu kini, dapat pergi ke Jepun untuk makan kuih yang lazat itu yang dibuat berupa seperti model telefon pintar iPhone.
Satu kedai kecil yang menjual roti di barat Jepun telah membuat kejutan kerana mencipta "kuih iPhonenya", biskut coklat yang dihiasi dengan hiasan warna-warni yang boleh dimakan.
Green Gables yang merupakan perusahaan kuih di Tokushima mempelopori sajian tersebut pada 2008 sebagai hadiah ulang tahun khusus buat suami seorang pelanggan, kata Kumiko Kudo, pemilik kedai roti yang berusia 44 tahun itu.
Namun biskuit itu mendapat perhatian di seluruh dunia setelah satu gambar kuih tersebut tersebar dii laman Twitter, berkat muat turun dari dua pemilik akaun Twitter terkenal iaitu pakar ekonomi jepun iaitu Kazuyo Katsuma dan penyanyi pop Komi Hirose.
Sejak itu Kudo telah menjual ratusan biskut iPhone tersebut.
"Benar-benar satu kejutan untuk menerima respon sebanyak itu," katanya. "Mula-mula, kuih itu dibuat hanya untuk memenuhi permintaan seorang teman dan saya tidak bermaksud menerima pesanan lain."
Pada Mac lalu, dia menyajikan salah satu biskutnya kepada presiden Softbank, seorang pengarah iPhone dan iPad di Jepun iaitu Masayoshi Son, yang sebagaimana dilapor mengatakan, "Saya suka sekali. Aku tak bisa memakan ini!"
Tapi harga iCookie buatan tangan tersebut bukanlah murah. iCookie dijual pada harga 2730 yen (sekitar USD33 dolar) dan hanya disediakan berdasar pesanan dan di Jepun, pelanggan harus menunggu selama dua bulan untuk boleh menikmati biskut itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)