Thursday, September 8, 2011
oh! SOCCER : Safee sambut tawaran percubaan dua minggu di Cardiff
Image © AFP
Safee Sali (kanan) berpeluang melebarkan kariernya di Liga Inggeris kerana kriteria mewakili kelab dalam Divisyen Satu lebih longgar berbanding mewakili kelab EPL. (gambar arkib)
Safee Sali (kanan) berpeluang melebarkan kariernya di Liga Inggeris kerana kriteria mewakili kelab dalam Divisyen Satu lebih longgar berbanding mewakili kelab EPL. (gambar arkib)
KUALA LUMPUR (D5) - Penyerang prolifik negara, Safee Sali bakal muncul sebagai pemain Malaysia pertama yang diuji Cardiff City selama dua minggu.
Penyerang Pelita Jaya itu yang menyerlah bersama kelab dan negara kebelakangan ini, sudah cukup untuk menawan hati pemilik Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee untuk diberi peluang bersama pasukan berpangkalan di Wales itu dari 12-27 September.
Safee merupakan pemain kedua yang ditawarkan untuk menguji nasib selepas kapten kebangsaan, Safiq Rahim yang terlebih dahulu mendapat tawaran tetap terpaksa menangguhkan hajatnya berikutan ingin memberi komitmen bersama Selangor dan pemain berusia 24 tahun itu dijangka berangkat ke sana sebaik kempen Piala Malaysia berakhir.
Safee sering dibandingkan dengan arwah Mokhtar Dahari dan dianggap sebagai penyerang terbaik generasinya. Perkhabaran terbaru ini memberi erti besar kepadanya yang menganggap sebagai kemuncak dalam kariernya.
"Setiap peminat bola sepak di Malaysia mengikuti perkembangan bola sepak Inggeris dan begitu juga saya. Ketika kecil, saya selalu berangan-angan untuk beraksi di liga Inggeris satu hari nanti. Dan sekarang saya memiliki kesempatan itu untuk menjalani percubaan selama dua minggu.
"Pintu sudah terbuka buat saya. Ini peluang sekali seumur hidup dan saya akan memberikan yang terbaik untuk membuktikan kemampuan saya," kata pemain berusia 27 tahun itu.
Sementara itu, Datuk Chan berharap lebih ramai lagi pemain Malaysia yang memiliki potensi untuk menggegarkan arena bola sepak.
"Apabila Safiq diuji oleh Cardiff, timbul banyak laporan baik di sini dan juga Malaysia. Sekarang Safee juga tersenarai, semoga keghairahan ini akan meningkatkan dan memberi inspirasi kepada pemain muda kita untuk menjadi menjadi pemain tersohor.
"Usaha ini adalah baik untuk kelab dan Malaysia. Ramai bakat tanahair kita dan kini adalah masanya untuk kita menghargai bakat mereka dengan memberi mereka pendedahan yang betul. Saya rasa ini akan menjadi pemangkin kepada revolusi," kata Datuk Chan yang mengambil alih Cardiff tahun lalu.
Menurut pengurusnya, Zakaria Rahim berkata Safee sedang berada di Indonesia berlatih dengan pasukan kelabnya dan dijangka akan tiba di ibu negara sehari sebelum berlepas ke England.
Beliau menjelaskan Safee ketika ini hanya berlatih di sana sebagai persiapan menghadapi musim baru namun belum tahu tarikh sebenar.

oh! ISU:Siti Al-Wuzara, JAKIM enggan bertindak, tolak memorandum
MANUSIA biadap yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, sehingga ke hari ini bebas menghina dan mencaci Islam di internet. Menyedari bahawa menjaga dan memelihara kesucian Agama Islam menjadi tanggung jawab setiap umat Islam secara keseluruhannya.
Jingga 13, sebuah badan NGO, yang terdiri daripada sukarelawan, facebooker dan blogger hari ini telah menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.
Memorandum itu diserahkan kepada salah seorang pegawai SKMM di pejabat rasmi suruhanjaya itu di Cyberjaya kira-kira pukul 12:30 tengah hari tadi.
Memorendum itu diterima dengan baik, malah pegawai tersebut meskipun mengakui tidak boleh membuat sebarang keputusan, difahamkan beliau akan membawa perkara ini kepada pihak pentadbiran atasan.
Jingga 13 bertujuan memberikan desakan yang kuat kepada pihak berkuasa ini agar melancarkan tindakan besar-besaran kepada manusia biadap yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.
Manusia biadap ini masih bebas menghina, mencaci, mencarut serta menyiarkan gambar-gambar menghina Allah SWT dan Rasullulah SAW di internet. Malah semakin banyak laman blog, Twitter dan facebook diwujudkan untuk menghina dan mencaci Islam.
Di bawah ini salinan memorendum yang telah dihantar kepada SKMM.
Kira-kira jam 2:30 petang, Jingga 13 menghantar satu lagi memorandum ke pejabat rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM di Putrajaya.
Pihak Jingga 13 disuruh menunggu sementara pegawai jabatan itu akan dihantar untuk menerima memorandum tersebut. Malangnya selepas kira-kira sejam menunggu, pegawai yang ditunggu tak kunjung tiba, sebaliknya Polis yang dihantar.
Pihak Polis yang dihantar itu memaklumkan bahawa pihak kementerian tidak mahu menerima memorandum ini kerana penghinaan terhadap Islam ini bukan di bawah bidang kuasa JAKIM.
Maka jawapan ini jelas membuktikan bahawa Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara akan terus bebas menghina, mencaci Islam, Allah SWT dan Rasulullah SAW tanpa dikenakan apa-apa tindakan.
Maka tidak hairanlah sehingga ke hari ini manusia biadap ini terus-terusan memaki hamun, menganjing, membabi, serta mencarutkan Allah dan Rasul kerana badan Islam paling besar di Malaysia, JAKIM mendakwa mereka tiada kuasa.
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/09/sitt-al-wuzara-jakim-enggan-bertindak.html#ixzz1XKmmNhUE
oh! SOCCER : "Safee Sali Seperti David Beckham Malaysia" - Warnock
KUALA LUMPUR, Safee Sali yang dikaitkan dengan Queens Park Rangers (QPR) dianggap sebagai "David Beckham" versi Malaysia oleh pengurus kelab itu, Neil Warnock.
"Semua orang mengenalinya (Safee) namun halangannya untuk bermain di EPL buat masa ini ialah isu permit kerja.
'Namun masalah itu tidak akan menghalang untuk membawa pemain (Malaysia) ke mari. Kami akan cuba dan meyakinkan pemain muda Malaysia untuk terlibat dengan kelab ini," jelasnya.
Bercakap kepada media Malaysia menerusi sidang akhbar online, Warnock tidak menolak idea QPR mewujudkan akademi di Malaysia, mengikuti jejak usahasama yang dijalinkan Liverpool dengan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur baru-baru ini.
"Tidak menghairankan bagi saya jika Tony (Fernandes) berminat untuk mewujudkan akademi remaja bukan sahaja di England dan QPR, tetapi juga di Malaysia.
"Hubungan QPR dan Malaysia akan meningkat dalam beberapa tahun akan datang. Langkah seterusnya ialah akademi bersama jurulatih Inggeris untuk membantu (bola sepak) Malaysia," tambahnya. - ARENA

oh! SEJARAH : Keluarga tuntut bersihkan nama Mat Indera.
KUALA LUMPUR, 7 Sept: Kerajaan diminta membersihkan imej Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara kerana beliau ternyata seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar. Sehubungan itu, sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula memandangkan sejarah yang ada kini terdapat terlalu banyak penyelewengan dari fakta yang sebenar. Adik kepada Mat Indera, Baharom Shah Indera, 65, berkata, fakta sejarah perjuangan sebenar mengenai abangnya sememangnya terlalu banyak yang diselewengkan dan amat perlu dikaji semula oleh ahli-ahli sejarah. [Gambar: Baharom Shah (tengah) menunjukkan buku Pengukir Nama Johor bersama Suhaizan dan Khairul Faizi pada sidang media di Pejabat Agung PAS.] Menurut beliau, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan. Katanya, namun abangnya telah dituduh sebagai pengkhianat oleh pihak British ketika menjajah negara kita dulu dan ia perlu dikaji semula bagi membersihkan imej dan nama baik ahli keluarganya. "Dalam hal ini, para pemimpin Umno perlu bersikap jujur terhadap pejuang-pejuang kemerdekaan yang sebenar. Ahli-ahli sejarah juga perlu mengkaji semula fakta-fakta sejarah yang telah diselewengkan itu dan jangan hanya sekadar bercakap sahaja. "Bagaimana abang saya boleh dituduh pengkhianat, sedangkan beliaulah yang telah menyelamat salah seorang anggota polis, Yusof Rono dan Jamilah Abu Bakar, anak kepada anggota polis marin di Bukit Kepong," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. Selain itu, menurut beliau, terdapat ramai lagi mangsa yang telah diselamatkan oleh abangnya dalam tragedi di Bukit Kepong. "Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, Mat Indera datang lewat ke Bukit Kepong semasa kejadian pada 23 Februari 1950. Beliau datang bukan untuk bertempur sebaliknya datang untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat," katanya yang berasal dari Bakri, Muar, Johor. Mat Indera, jelas beliau, mendapat ancaman tangkapan daripada penjajah sebelum dari peristiwa Bukit Kepong sehingga ditawarkan sejumlah $25 ribu dan selepas peristiwa Bukit Kepong tawaran telah ditingkatkan sebanyak $75 ribu. Katanya, akhirnya Mat Indera telah ditangkap cara tipu helah di Parit Warijo, Seri Medan, Batu Pahat pada tahun 1952 dan beliau ada menziarahi abangnya di lokap Batu Pahat bersama ibu dan neneknya. "Sebelum kejadian Bukit Kepong, abang saya, Johan Shah dan ayah telah dibuang daerah ke Singapura. Ibu, ayah dan nenek telah diseksa oleh polis British. Abang saya telah dihukum gantung sampai mati oleh Kerajaan British di Taiping, Perak," jelasnya. Mat Indera mempunyai 12 orang adik beradik dari satu bapa dan dua ibu. Adik beradiknya dari ibu pertama seramai 8 orang, manakala dari ibu kedua seramai 4 orang. Mat Indera adalah anak kedua dari ibu pertama dan Johan adalah anak bongsu kepada ibu yang sama dengannya, manakala Baharom adalah anak pertama kepada isteri kedua ayahnya. Katanya, kini negara kita telah sekian lama terlepas dari cengkaman penjajahan British tetapi beliau amat kesal Kerajaan BN masih juga belum mengambil sebarang usaha untuk membersihkan imej abangnya. Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan langkah yang diambil oleh pihak PAS untuk membersihkan imej abangnya itu dan juga imej pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air yang lain yang dituduh pengkhianat oleh pihak British, dalam usaha untuk mengkaji semula sejarah kemerdekaan tanah air. "Usaha murni ini amat perlu dilakukan sama oleh Umno dan Kerajaan tanpa mengira ideologi politik kerana ia adalah untuk kepentingan tanah air yang kita cintai," ujar beliau. Aziz Muda ~harakahdaily.net~ |
Subscribe to:
Posts (Atom)