Thursday, September 8, 2011

oh! SOCCER : "Safee Sali Seperti David Beckham Malaysia" - Warnock



KUALA LUMPUR, Safee Sali yang dikaitkan dengan Queens Park Rangers (QPR) dianggap sebagai "David Beckham" versi Malaysia oleh pengurus kelab itu, Neil Warnock.

"Semua orang mengenalinya (Safee) namun halangannya untuk bermain di EPL buat masa ini ialah isu permit kerja.

'Namun masalah itu tidak akan menghalang untuk membawa pemain (Malaysia) ke mari. Kami akan cuba dan meyakinkan pemain muda Malaysia untuk terlibat dengan kelab ini," jelasnya.

Bercakap kepada media Malaysia menerusi sidang akhbar online, Warnock tidak menolak idea QPR mewujudkan akademi di Malaysia, mengikuti jejak usahasama yang dijalinkan Liverpool dengan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Tidak menghairankan bagi saya jika Tony (Fernandes) berminat untuk mewujudkan akademi remaja bukan sahaja di England dan QPR, tetapi juga di Malaysia.

"Hubungan QPR dan Malaysia akan meningkat dalam beberapa tahun akan datang. Langkah seterusnya ialah akademi bersama jurulatih Inggeris untuk membantu (bola sepak) Malaysia," tambahnya. - ARENA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...