Sunday, June 26, 2011

KENANG2 KENANGAN...^^


























kENANGAN KETIKA PASUKAN BOLA SEPAK FORM 6 TAHAP BERTANDANG DI SMK PADANG SAUJANA.

WALAUPUN DAKU BERUPAYA MENGHASILKAN JARINGAN CANTIK DAN ASSIST UNTUK ALI..NAMUN APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU PEROLEH TMPAT KETIGA..

SEMUANYA GARA2 KEJANG KAKI...YE LAH DAH LA MAIN STRAIGHT 4@5 JAM START DARI PAGI SMPAI TENGAH HARI.

^^

TAHNIAH KEPADA KUMPULAN NASYID AT-TAMMAM SMKA TAHAP




Saturday, June 25, 2011

http://www.facebook.com/Eusrah?sk=wall



SATU GROUP FACEBOOK UNTUK MENINGKATKAN USRAH...SILAKAN LIKE YE SEMUA?..

HELL KITCHEN!!


UIHH...SILAKAN MENONTONYA PADA ARI JUMAAT MLM SABTU DI CHANNEL 711.

OH ! SERIUS : CAREFUL WHAT YOU CHOOSE..

























ADUHAI!!!...JANGAN SEMATA-MATA MEMINATI MUZIK,LARANGAN AGAMA DILUPAKAN.!!!



AWAS BAGI ANDA YANG TIDAK TAHU KANDUNGAN MUZIK YANG DINYANYIKAN!!..

KAMI TAK GENTAR DILAYAN SEDEMIKIAN.!!!!



Pada kempen BERSIH 2.0 yg akan diadakan x lama lagi,pihak polis rasanya akan bertindak ganas secara sedemikian kerana alasan ingin mengelakkan kekecohan yg berpanjngan.

COME ON LA..!!!...Dengan cara nih lagi la naik semngt juang melawan mereka yg gilakan kuasa.!!

OH ~ ISU PANAS : Nik Aziz Sokong Perhimpunan BERSIH


KUBANG KERIAN –

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah mengadakan himpunan aman Bersh 2.0 terpaksa diambil oleh rakyat negara ini sebagai tanda mereka amat membenci ketidakadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diamanahkan untuk mengendalikan pilihan raya negara secara telus.
Katanya, perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan pada 9 Julai ini wajar diikuti oleh seluruh rakyat negara ini bagi memberi isyarat agar SPR bertindak seadil yang boleh.
“Kita diberi pilihan untuk membuat sesuatu yang baik, kita tidak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak orang lain, oleh itu bagi umat Islam tindakan membantah perkara ini adalah amat wajar dan sesuai dengan naluri manusia yang inginkan kebaikan bagi diri mereka,” ujar beliau.
Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang membantah sebahagian rakyat negara ini untuk mengadakan demonstrasi aman Bersih 2.0 tu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran derma pembinaan masjid dan perletakan batu asas Masjid Al-Qasimi Pasir Tumboh selepas solat Jumaat sebentar tadi.
Turut hadir Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian serta Adun Pasir Tumboh Ahmad Baihaki Atiqullah.
Menyentuh tindakan kerajaan negeri memboikot akhbar Utusan Malaysia, beliau berkata ia akan berterusan selagi akhbar tersebut berminat untuk menyiarkan sesuatu perkara yang melampaui batas seperti penghinaan terhadap agama Islam sendiri.
“Kalau mereka nak teruskan perangai tersebut, mereka boleh berbuat demikian, tetapi kita juga ada hak untuk tidak membenarkan liputan mereka,” kata beliau lagi.
Sementara itu, Salahuddin berharap masyarakat setempat dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha pihak jawatankuasa masjid Al-Qasimi untuk membina bangunan tambahan yang dijangka bernilai lebih RM1 juta.
“Kita boleh memberi sumbangan berbentuk kewangan, bahan binaan maupun tenaga bagi melihat pembinaan masjid ini berjalan lancar, saya juga menyeru badan-badan korporat agar sama-sama menyumbang bagi pembinaan masjid ini,” kata beliau.

HARAKAH.NET

TEMA 1 : SISTEM BUMI. KERTAS 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL)

TAJUK :
Kedudukan bumi dalam sistem suria.
HASIL PEMBELAJARAN :
Setelah mempelajari bab ini pelajar akan dapat :
Menghuraikan :
Putaran dan peredaran bumi dan kesannya.
SISIPAN KONSEP :
Kecondongan paksi bumi.
Peredaran bumi.
Putaran bumi.
ISI-ISI UTAMA :
Memahami kedudukan dan pergerakan bumi dalam system suria.
AKTIVITI PEMBELAJARAN :
Gambar kejadian 4 musim.
Perbincangan kumpulan.
i. Kumpulan 1 – Musim Bunga
ii. Kumpulan 2 – Musim Panas
iii. Kumpulan 3 – Musim Luruh
iv. Kumpulan 4 – Musim Sejuk
CONTOH SOALAN (RELEVAN) :

a) “ Pada musim tertentu sesetengah kawasan mengalami waktu siang yang lebih panjang 
daripada waktu malam”. Bincangkan pernyataan ini. (12m)
b) Mengapakah sesetengah tempat mengalami musim sejuk dan musim panas sementara 
tempat-tempat lain tidak. (10m)
c) Mengapakah bumi hanya menerima sebahagian kecil sahaja (0.2 x 10 -9) daripada seluruh tenaga matahari dan jumlahnya berubah-ubah mengikut masa? (5m)
d) Mengapakah jumlah bahang matahari yang diterima berbeza-beza mengikut bahagian dunia. (10m)

PENILAIAN JAWAPAN :
a) 2 faktor utama :
i. Peredaran bumi mengelilingi matahari.
ii. Putaran bumi pada paksinya yang condong.
+ Ketika solstis musim panas 21 Jun matahari akan berada tegak di atas kepala di kawasan 
garis lintang sartan (23 ½ U). Kawasan dalam lingkungan garis lintang yang sama menerima 
siang dan malam sama panjang selain kawasan khatulistiwa. Kawasan hemisfera utara waktu 
siang lebih panjang daripada malam. Manakala hemisfera selatan waktu malam lebih panjang
 daripada siang. Hemisfera utara mengalami musim panas sementara hemisfera selatan mengalami 
musim sejuk. (4m)
+ Pada 22 Disember iaitu ketika solstis musim sejuk berlaku, Garisan Jadi (23 ½ S) mempunyai
 sudut pancaran matahari tegak di atas kepala. Hemisfera Utara mengalami waktu malam yang 
lebih panjang daripada waktu siang kerana bahagian bumi ini agak agak terlindung daripada 
pancaran matahari. Hemisfera selatan mengalami siang lebih panjang daripada malam.Hemisfera
 selatan mengalami musim panas 
sementara hemisfera utara musim sejuk. (4m)
+ Putaran bumi di atas paksinya yang condong sebanyak 23 ½ daripada satah tegak. 
Bumi berputar sebanyak 360 mengambil masa 24 jam atau 15 longitud dalam masa satu 
jam. Putaran bumi ini akan menyebabkan bahagian bumi yang menghadap matahari akan
 mengalami waktu siang sementara bahagian bumi yang terlindung daripada pancaran matahari
 akan mengalami waktu malam. Perbezaan panjang waktu malam dan siang berlaku mengikut
 garis lintang tertentu di mana garis lintang yang berada 90 dengan matahari akan mengalami 
waktu siang dan malam yang sama panjang sementara kawasan yang terletak pada sudut 
yang lebih kecil daripada 90 akan mengalami waktu malam dan siang yang berbeza. (4m)
b)-Peredaran bumi mengelilingi matahari

Konsep peredaran
i. peredaran bumi mengeluiligi matahari 2m
ii. putaran bumi di atas paksinya yang condong 2m
Huraian tentang kejadian ekuinoks dan solstis
i. kedudukan matahari (pada garis lintang : khatulistiwa,
sederhana, kutub) 2m
ii. Jangka masa siang / malam tak sama panjang
Dalam masa satu tahun 2m

Penggunaan gambar rajah yang sesuai empat musim
- kedudukan matahari
- 4 kedudukan bumi
- Garis relevan
- Paksi yang condong
- Garisan khatulistiwa 2m
Jarak bumi daripada matahari ; huraian tentang
Keadaan aphelion (jauh) dan keadaan perihelion (dekat) 2m
c)- Jarak dari matahari dengan bumi (150 juta km) jarak semasa perihelion dan
afehelion.
- Peredaran bumi mengelilingi matahari menyebabkan kejadian solstis dan
ekuinoks.
-Tompok matahari (sunspot) – lebih banyak tenaga electromagnet mengikut kiraan
tompok matahari (tempoh 11 tahun setiap kiraan).
-Pemantulan dilapisan atas atmosfera dan pemantulan oleh awan.
-Penyerakan oleh zarah yang halus seperti molekul gas, udara, wap air, debu, habuk
dan hablur ais. Bahan-bahan tersebut dapat menyerakkan sinaran matahari.
-Penyerapan – zarah wap air, gas-gas, habuk dan debu menyerap kira-kira 15 %
daripada jumlah sinaran
-Albedo – keputihan atau kecerahan sesuatu permukaan (yang lebih cerah akan
memantulkan jumlah sinaran yang lebih tinggi)
*catatan : terima mana-mana 3 sebab (2, 2, 1 markah)
Terima juga jawapan melalui gambarajah yang betul.
d)-Putaran bumi mewujudkan siang dan malam.
-Peredaran bumi mengelilingi matahari yang mewujudkan kejadian musim mengikut kedudukan garis lintang.
-Kecondongan pancaran matahari.
-Ketebalan atmosfera.
-Perbezaan permukaan dari segi jenis (daratan, air dan tumbuh-tumbuhan) dan bentuk (topografi).
*catatan : terima mana-mana 3 sebab dengan huraian x 3 markah.
terima gambarajah yang sesuai x 1 markah.

MODUL GEOGRAFI FORM 6

SELAYANG PANDANG

Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya kami berjaya menghasilkan modul ini yang bertajuk “Modul Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang Geografi STPM ” yang berasaskan kepada sukatan baru yang akan diguna pakai mulai tahun 2006. Modul ini ditulis khusus untuk panduan guru dan pelajar tingkatan enam yang mengambil matapelajaran Geografi di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Sebagai panel, kami menyedari bahawa ketiadaan panduan yang khusus untuk ”guru mengajar dan murid belajar” pasti akan menyukarkan mereka untuk menguasai matapelajaran ini. Justeru itu kami terpanggil untuk menyambut inisiatif yang digerakan oleh ”Unit Penyeliaan Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Pahang” yang telah mengabungjalinkan tenaga pakar geografi di peringkat negeri bagi menghasilkan modul tersebut.

Modul ini dibahagikan mengikut kertas 1 dan 2 yang kandungannya meliputi semua tema di dalam sukatan baru Geografi STPM yang akan dilaksanakan pada tahun 2006. Geografi kertas 1 dibahagikan kepada 7 tema iaitu; tema 1 ialah berkaitan dengan sistem bumi, tema 2 sistem geomorfologi, tema 3 sistem atmosfera, tema 4 sistem hidrologi, tema 5 sistem ekologi dan tema 6 ialah saling kebergantungan sistem. Kami meletakkan tema 7 iaitu berkaitan dengan kajian luar atau kajian lapangan Geografi Kertas 1 sebagai penutupnya.

Geografi kertas 2 pula terdiri daripada 6 tema seperti berikut; Tema 1 ialah Penduduk, tema 2 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar , tema 3 Transformasi Desa dan Pembandaran, tema 4 Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau, tema 5 Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya. Tema terakhir ialah tema 6 iaitu berkaitan dengan kajian luar atau kajian lapangan Geografi Kertas 2. Tema kajian luar ini meliputi dua tajuk penting iaitu pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar serta transformasi desa dan pembandaran.

Penulisan bagi setiap tema berasaskan kepada perkara-perkara berikut; Tajuk dan sub tajuk, hasil pembelajaran atau objektif pembelajaran, sisipan konsep, isi atau kandungan pembelajaran, aktiviti pengajaran – pembelajaran, contoh soalan yang relevan berkaitan dengan tajuk berkenaan serta skema jawapannya. Seterusnya dimasukkan bahagian refleksi sebagai pengukuran pencapaian objektif pengajaran-pembelajaran, rujukan khusus serta tugasan pelajar sebagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan. Bukan semua tajuk atau sub tajuk bagi setiap tema yang kami sediakan, ia merupakan pilihan bagi tajuk-tajuk tertentu sebagai contoh atau model pengajaran-pembelajaran. Bagi tajuk-tajuk yang tidak disentuh perlulah dikembangluaskan oleh guru-guru disekolah menggunakan format yang telah disediakan. Seboleh mungkin bagi setiap tema difokuskan kepada aspek pengajaran soalan langsung dan soalan kemahiran amali.

Akhir sekali kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Pahang khususnya kepada sektor pengurusan sekolah yang julung kalinya mengambil inisiatif menggerak dan menjayakan pembinan modul ini untuk seluruh anak-anak Geografi Pahang.

Sekian, terima kasih.

PANEL GEOGRAFI STPM

SALAM PERKENALAN DARI ADMIN( aq la tu)

Salam alaik semua,nama kome MOHD FITRI.Perkenalan perlu dipendekkan sbb kome mmng dah feymes dikalangan shabt2 sekalian.

So,blog ni kome wat untuk dua tujuan sahaja.

1.Untuk memaparkan artikel mengenai kebenaran

2.Untuk nota pembelajaran yg akan di updatekan sentiasa.Insyaallah.^^

Sekian sahaja la ye?..salam alaik.^^

ALLAH HANYA MEMANGGIL KITA DGN 3 PANGGILAN SAHAJA...

Renung-renungkan dan selamat beramal..
Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju
Mekah....... .aku bertanya pada Ibu.
"Ibu, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?" Maklum,ini pertama kali
aku ber Umrah.
Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya.
Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di
bulan July 2007 yang
lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke
Mekah.Tujuannya adalah
mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk
bertanya tentang
Umrah.
Ibu berkata..."Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur
hidup..." Keningku berkerut.... ....
"Sedikit sekali Allah memanggil kita..?" Ibu tersenyum. "Iya, tahu tidak apa
3 panggilan itu..?"
Saya menggelengkan kepala.
"Panggilan pertama adalah Azan" ujar Ibu.
"Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas
terdengar di telinga kita, sangat kuat
terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah.
Tetapi Allah masih fleksibel, Dia
tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak
solat sama sekali
kerana malas. Allah tidak marah seketika.
Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya,
baik umatNya itu
menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya
ketika hari Kiamat nanti".
Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang, saya masih melambatkan
solat kerana
meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. MasyaAllah.. .....
Ibu melanjutkan, "Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji.
Panggilan ini bersifat
halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan
sifatnya 'bergiliran' .
Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain.
Jalannya> bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang
tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul.
Ketika kita mengambil niat Haji/Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan
'Labaik AllahumaLabaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab
panggilan Allah yang kedua. Saat itu kita
merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan
itu halus sekali.
Allah berkata, laksanakan Haji/Umrah bagi yang mampu".
Mata saya semakin berkaca-kaca.
.......Subhanallah. ......saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat
dari yang saya
rancangkan.. .....Alhamdulill ah...
"Dan panggilan ke-3", lanjut Ibu, "adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita
jawab dengan amal kita.
Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan
kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya
dengan amal soleh. Kerana itu Shinta, manfaatkan waktumu baik-baiknya.
..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul
Khotimah.... ......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ..."
** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi, saya sujud bertaubat pada Allah
kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ....Kala itu hati saya
makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat
menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..... ....Aku menjawab
panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ ...**
Huraisy
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari
timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang."
"Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Kesal saya dgn sikap buruk sangka saya terhadap org lain dan sikap tidak
tahu berterima kasih dgn kawan yg sentiasa berlapang dada......







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...