Saturday, June 25, 2011

TEMA 1 : SISTEM BUMI. KERTAS 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL)

TAJUK :
Kedudukan bumi dalam sistem suria.
HASIL PEMBELAJARAN :
Setelah mempelajari bab ini pelajar akan dapat :
Menghuraikan :
Putaran dan peredaran bumi dan kesannya.
SISIPAN KONSEP :
Kecondongan paksi bumi.
Peredaran bumi.
Putaran bumi.
ISI-ISI UTAMA :
Memahami kedudukan dan pergerakan bumi dalam system suria.
AKTIVITI PEMBELAJARAN :
Gambar kejadian 4 musim.
Perbincangan kumpulan.
i. Kumpulan 1 – Musim Bunga
ii. Kumpulan 2 – Musim Panas
iii. Kumpulan 3 – Musim Luruh
iv. Kumpulan 4 – Musim Sejuk
CONTOH SOALAN (RELEVAN) :

a) “ Pada musim tertentu sesetengah kawasan mengalami waktu siang yang lebih panjang 
daripada waktu malam”. Bincangkan pernyataan ini. (12m)
b) Mengapakah sesetengah tempat mengalami musim sejuk dan musim panas sementara 
tempat-tempat lain tidak. (10m)
c) Mengapakah bumi hanya menerima sebahagian kecil sahaja (0.2 x 10 -9) daripada seluruh tenaga matahari dan jumlahnya berubah-ubah mengikut masa? (5m)
d) Mengapakah jumlah bahang matahari yang diterima berbeza-beza mengikut bahagian dunia. (10m)

PENILAIAN JAWAPAN :
a) 2 faktor utama :
i. Peredaran bumi mengelilingi matahari.
ii. Putaran bumi pada paksinya yang condong.
+ Ketika solstis musim panas 21 Jun matahari akan berada tegak di atas kepala di kawasan 
garis lintang sartan (23 ½ U). Kawasan dalam lingkungan garis lintang yang sama menerima 
siang dan malam sama panjang selain kawasan khatulistiwa. Kawasan hemisfera utara waktu 
siang lebih panjang daripada malam. Manakala hemisfera selatan waktu malam lebih panjang
 daripada siang. Hemisfera utara mengalami musim panas sementara hemisfera selatan mengalami 
musim sejuk. (4m)
+ Pada 22 Disember iaitu ketika solstis musim sejuk berlaku, Garisan Jadi (23 ½ S) mempunyai
 sudut pancaran matahari tegak di atas kepala. Hemisfera Utara mengalami waktu malam yang 
lebih panjang daripada waktu siang kerana bahagian bumi ini agak agak terlindung daripada 
pancaran matahari. Hemisfera selatan mengalami siang lebih panjang daripada malam.Hemisfera
 selatan mengalami musim panas 
sementara hemisfera utara musim sejuk. (4m)
+ Putaran bumi di atas paksinya yang condong sebanyak 23 ½ daripada satah tegak. 
Bumi berputar sebanyak 360 mengambil masa 24 jam atau 15 longitud dalam masa satu 
jam. Putaran bumi ini akan menyebabkan bahagian bumi yang menghadap matahari akan
 mengalami waktu siang sementara bahagian bumi yang terlindung daripada pancaran matahari
 akan mengalami waktu malam. Perbezaan panjang waktu malam dan siang berlaku mengikut
 garis lintang tertentu di mana garis lintang yang berada 90 dengan matahari akan mengalami 
waktu siang dan malam yang sama panjang sementara kawasan yang terletak pada sudut 
yang lebih kecil daripada 90 akan mengalami waktu malam dan siang yang berbeza. (4m)
b)-Peredaran bumi mengelilingi matahari

Konsep peredaran
i. peredaran bumi mengeluiligi matahari 2m
ii. putaran bumi di atas paksinya yang condong 2m
Huraian tentang kejadian ekuinoks dan solstis
i. kedudukan matahari (pada garis lintang : khatulistiwa,
sederhana, kutub) 2m
ii. Jangka masa siang / malam tak sama panjang
Dalam masa satu tahun 2m

Penggunaan gambar rajah yang sesuai empat musim
- kedudukan matahari
- 4 kedudukan bumi
- Garis relevan
- Paksi yang condong
- Garisan khatulistiwa 2m
Jarak bumi daripada matahari ; huraian tentang
Keadaan aphelion (jauh) dan keadaan perihelion (dekat) 2m
c)- Jarak dari matahari dengan bumi (150 juta km) jarak semasa perihelion dan
afehelion.
- Peredaran bumi mengelilingi matahari menyebabkan kejadian solstis dan
ekuinoks.
-Tompok matahari (sunspot) – lebih banyak tenaga electromagnet mengikut kiraan
tompok matahari (tempoh 11 tahun setiap kiraan).
-Pemantulan dilapisan atas atmosfera dan pemantulan oleh awan.
-Penyerakan oleh zarah yang halus seperti molekul gas, udara, wap air, debu, habuk
dan hablur ais. Bahan-bahan tersebut dapat menyerakkan sinaran matahari.
-Penyerapan – zarah wap air, gas-gas, habuk dan debu menyerap kira-kira 15 %
daripada jumlah sinaran
-Albedo – keputihan atau kecerahan sesuatu permukaan (yang lebih cerah akan
memantulkan jumlah sinaran yang lebih tinggi)
*catatan : terima mana-mana 3 sebab (2, 2, 1 markah)
Terima juga jawapan melalui gambarajah yang betul.
d)-Putaran bumi mewujudkan siang dan malam.
-Peredaran bumi mengelilingi matahari yang mewujudkan kejadian musim mengikut kedudukan garis lintang.
-Kecondongan pancaran matahari.
-Ketebalan atmosfera.
-Perbezaan permukaan dari segi jenis (daratan, air dan tumbuh-tumbuhan) dan bentuk (topografi).
*catatan : terima mana-mana 3 sebab dengan huraian x 3 markah.
terima gambarajah yang sesuai x 1 markah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...