Monday, August 15, 2011

OH ~ COOL : UKIRAN BUKU YG SMART GILER!!



  Jom kita tengok ukiran buku yang memang unik..tapi yang tak uniknya sebab buku ni tak boleh baca dah..ishhh..
Buku-buku ini diukir oleh Brian Dettmer yang merasakan buku adalah sesuatu yang lebih menarik berbanding gadget yang ada.. memang menarik..tapi takleh baca kira boleh tengok jerla kan?























 Benar lah bahawa allah itu maha bijaksana dengan mencipta akal yg boleh mempelbagaikan perkara...^^

OH ! COOL : Tempat letak CD yang menarik sehingga anda boleh kerek ngan member-member

Kalau dulu tempat CD adalah bekas plastik yang keras, kemudian bekas berzip, pastu bekas zip ada macam-macam bentuk, burgerlah, goku lah, macam macam.

Kini ada pelbagai rekaan yang super duper cun untuk anda simpan CD. Kirenye kalau ada tetamu datang hidung kembang tak dapat bayangkanlah. Silap-silap tetamu yang datang hilang dengan bekas-bekas CD nie semasa anda sedang buat sirap. hehe




                                              pilihan 1...
                                                     pilihan 2?....
                                                      lagi??....








                                  Kalau lah semua ni jadi koleksi KOme..peh...best ke?..ahhaha..

CARI TIGA PERKATAAN PERTAMA YG MENGGAMBARKAN DIRI ANDA^^..


HAHA..sila kemukakan tiga perkataan tersebut..^^


NAIK DAH BILANGAN MANUSIA YG MENGHIDU GAM...


KUANTAN – Jumlah remaja dan kanak-kanak yang terbabit dengan kegiatan menghidu gam semakin serius dan kerajaan perlu memperkenalkan akta khusus untuk membendung gejala buruk itu.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata remaja seawal 12 tahun telah terjebak dalam aktiviti tidak bermoral itu kerana gam mudah diperolehi di kedai dengan harga murah.
“Kami menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai gejala tersebut yang semakin membimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifudin Abdul Ghani bagi membincangkan program pencegahan jenayah di sini, hari ini.
Lee juga berkata kegiatan jenayah membabitkan remaja turut membimbangkan dan perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa, ibu bapa dan masyarakat.
Beliau berkata, berdasarkan statistik bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 635 kes jenayah kekerasan dilaporkan membabitkan remaja dengan 201 kes melibatkan pelajar dan 434 bukan pelajar.
Bagi jenayah harta benda katanya, sebanyak 1,526 kes dilaporkan dengan 540 kes melibatkan pelajar dan 986 kes bukan pelajar yang majoritinya terbabit dalam kegiatan mencuri motosikal.
Lee berkata, dalam tempoh itu, seramai 1,164 pelajar dan 1,877 bukan pelajar telah ditahan.
Katanya, ia meningkat berbanding tempoh sama tahun lepas dengan 584 kes jenayah kekerasan melibatkan 239 pelajar dan 345 bukan pelajar dilaporkan.
Sementara bagi jenayah harta benda, sebanyak 1,319 kes melibatkan 522 kes membabitkan pelajar dan 797 bukan pelajar.
Bagi tahun itu, katanya, seramai 1,142 pelajar dan 1,593 bukan pelajar ditahan. – BERNAMA












            

OH ~ SERIUS : Poster ucapan hari raya yang seksi.





Urm.. haizzhh.. entahlah. Susah nak cakap. Bulan2 ramadhan. Banyak kali gak tengok wanita2 yang bertudung jadi model slimming company. Boleh je. Tak perlu pun dedah aurat sana sini. Nak ucapkan hari raya? Hal yang mulia. Tapi tidak sensitif. Sangat tidak sensitif. 

Seperti yang kita sedia maklum ;

1. Puasa di bulan ramadhan = wajib ke atas setiap umat yang mengakui islam dan memenuhi syarat2.

2. Puasa di bulan ramadhan = salah satu rukun islam

3. Selepas berpuasa, kita menyambut syawal.

4. Syawal = bulan kita meraikan kemenangan akibat berjaya menahan nafsu dan godaan.

5. Syawal = sambut raya mengikut ketetapan islam. Which is aurat masih harus ditutup.

Nurul orang islam. Dia sepatutnya concern hal macam neh. Takan dengan badan yang terdedah sana sini then wish hari raya pula pada orang islam? Kalau dia bukan orang islam, kita faham sangat. Tapi pasal dia orang islam.. mendedahkan aurat memang berdosa padal bulan apa2 pun. Ya, kita semua tahu.

Tapi, apa salahnya dengan mengambil keberkatan di bulan ramadhan neh, nurul tutup apa yang terbuka? Tapi mungkin juga nurul tidak tahu gambar seksi nya digunakan bagi tujuan promosi dan wish hari raya. Hanya Allah swt yang maha mengetahui.. 



BADROL BAKHTIAR WILL JOIN WIGAN???? UISHHH...

  Kan aq sudah bilang,pemain malaysia ini bukan calang orangnya..TENGOK smua....kelab dari epl menjemput beliau untuk tempoh percubaan.Nampak cam simple je ak?..tapi berapa ramai yg layak untuk tempoh percubaan nih?...jawab2..haha..


 

Sah! Mentega ‘Pure Creamery Butter’ Tidak Halal


KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.
“Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.
Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lepas Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.
–BERNAMA


AQ memang x gune ape2 butter pun sbb aq gune planta..haha

OH ! SERIUS : ImaM muda asyraf bidas tv3.








Petikan neh di ambil dari facebook juara imam muda musim pertama iaitu imam muda asyraf. Memang aku bersetuju sangat-sangat dengan apa yang diperkatakan oleh imam muda. Tetapi janganlah mempolitikkan pandangan dia. Sebab dia cuma memberikan reaksi terhadap tindakan tv3 yang di anggap melampaui batas dan keji kerana mempromosikan web lucah secara terang-terangan menerusi media.

Intergriti tv3 pada malam itu teruk tercalar atas tiga sebab ;

1. Mempromosikan maksiat iaitu web lucah
2. Menghalalkan fitnah
3. Menyebarkan aib.

emm..benar katamu itu ustaz....malahan aq jugak bukan suke politik2 nih..^^

OH ! SERIUS : Gambar sebelum dan selepas riot di London

Bermula dari menuntut pembelaan kepada rusuhan tanpa henti sehingga memusnahkan harta benda dan sehingga mencederakan orang lain. KOme ingatkan keganasan dalam diri orang England ni hanya bila lawan bola sepak je.. Rupanya panas baran sungguh diorang nie.

Yang menyedihkan ialah, mereka ingin menunjuk perasaan pada kerajaan, namun apa yang mereka buat ialah menjahanamkan harta benda peniaga kecil yang ada. Tak ke naya namanya. Jujurnya KOme tak berapa mengikuti perkembangan rusuhan ni, walaupun hari2 KOme bukak surat khabar diorang.. surat khabar sendiripun KOme tak berapa nak baca.hehe.

Ingat!! Demontrasi dengan rusuhan adalah berbeza tau? Bersih 2.0 demontrasi. Riot london adalah rusuhan..

apa beza? bila demontrasi, polis jadi ganas.. bila rusuhan perusuh jadi ganas.



















     








  Agak2 korang semua la..leh x claim semua mende nih???....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...