Monday, August 15, 2011

NAIK DAH BILANGAN MANUSIA YG MENGHIDU GAM...


KUANTAN – Jumlah remaja dan kanak-kanak yang terbabit dengan kegiatan menghidu gam semakin serius dan kerajaan perlu memperkenalkan akta khusus untuk membendung gejala buruk itu.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata remaja seawal 12 tahun telah terjebak dalam aktiviti tidak bermoral itu kerana gam mudah diperolehi di kedai dengan harga murah.
“Kami menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai gejala tersebut yang semakin membimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifudin Abdul Ghani bagi membincangkan program pencegahan jenayah di sini, hari ini.
Lee juga berkata kegiatan jenayah membabitkan remaja turut membimbangkan dan perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa, ibu bapa dan masyarakat.
Beliau berkata, berdasarkan statistik bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 635 kes jenayah kekerasan dilaporkan membabitkan remaja dengan 201 kes melibatkan pelajar dan 434 bukan pelajar.
Bagi jenayah harta benda katanya, sebanyak 1,526 kes dilaporkan dengan 540 kes melibatkan pelajar dan 986 kes bukan pelajar yang majoritinya terbabit dalam kegiatan mencuri motosikal.
Lee berkata, dalam tempoh itu, seramai 1,164 pelajar dan 1,877 bukan pelajar telah ditahan.
Katanya, ia meningkat berbanding tempoh sama tahun lepas dengan 584 kes jenayah kekerasan melibatkan 239 pelajar dan 345 bukan pelajar dilaporkan.
Sementara bagi jenayah harta benda, sebanyak 1,319 kes melibatkan 522 kes membabitkan pelajar dan 797 bukan pelajar.
Bagi tahun itu, katanya, seramai 1,142 pelajar dan 1,593 bukan pelajar ditahan. – BERNAMA












            

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...