Thursday, October 6, 2011

OH ~ ISU PANAS : UTUSAN MEMPERSENDA HUKUM HUDUD


Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26 September 2011 telah mendapat kritikan pembaca kerana dikatakan telah menghina hukum hudud melalui karikatur yang disiarkan. Rata rata pembaca memberi pandangan mereka kecewa kerana undang undang hudud Islam dipermainkan. Ok, anda tengok dulu gambar karikatur di di bawah :- 
Utusan Malaysia hina hukum hudud
Bagaimana pendapat anda semua? ADMIN pun rasa memang sangat tak patut Utusan Malaysia keluarkan karikatur seperti ini. Undang undang Hudud bukan boleh dijadikan bahan mainan politik seperti ini. Kita semua orang Islam, biar sejahat mana pun kita, beranikah kita menentang hukum Allah? Jangan persendakan hukum Allah, ia bererti sama dengan mempersendakan Allah. Secara umumnya, kita dapat lihat zaman sekarang ni, agama Islam sering dijadikan bahan mainan politik. Tak sayangkah mereka dengan agama Islam? Atau tak takutkah mereka kepada Allah? 
sumber gambar : fan page Nik Aziz Nik Mat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...