Sunday, October 16, 2011

OH ~ SHOCK : PASANGAN MATI DIHEMPAP POKOK




Seorang remaja perempuan 14 tahun maut setelah dihempap pokok tua ketika sedang bersiar siar dengan teman lelakinya di Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau. Teman lelaki mangsa yang berumur 22 tahun cuma cedera di kepala. Ketika  kejadikan, dikatakan teman lelaki mangsa baru sahaja meletakkan motor hampir dengan pokok berkenaan. Pokok yang berusia 200 tahun dan seberat lapan tan itu dipercayai sudah reput. Hmm, bahaya ni. Agak trauma nak dekat dekat dengan pokok besar dah lepas dengar berita macam ni. Penjaga kawasan hutan berkenaan, takde ambil apa apa tindakan ke dengan pokok yang dah reput tu? Jangan lepas ni ada yang meninggal lagi.
[Terbakor Berita] Pasangan kekasih remaja dihempap pokok

Hasrat seorang remaja menghabiskan cuti hujung minggu bersama rakan dipercayai teman lelakinya meragut nyawanya selepas dia terbunuh dihempap dahan pokok pulai seberat lapan tan di Hutan Lipur Gunung Datuk, di sini, semalam.
Nor Syahira Mat Edde, 14, dari Kem Terendak, Melaka dikejarkan ke Hospital Tampin kerana cedera parah di badan, tangan dan kaki, namun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di bilik kecemasan.
Rakannya, Mohammad Zul Afiq Abdullah, 22, turut dihempap pokok berkenaan namun hanya cedera di kepala.
Difahamkan, dalam kejadian jam 11.40 pagi, kedua-dua mangsa baru meletakkan motosikal yang ditunggangi berhampiran pokok berkenaan.
Menurut saksi yang juga penyelia hutan lipur itu, Abdul Rahman Idrus, 40, ketika kejadian, dianggarkan lebih 200 pengunjung dan pendaki berada di kawasan tapak kaki gunung itu.
“Difahamkan dua remaja dari Kampung Melekai, Johol, itu baru meletakkan motosikal berhampiran pokok berkenaan.
 ADMIN F2JL : sudah reput tapi x mau tebang..yg x reput tu la yg tebang..aihh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...