Friday, October 7, 2011

OH ~ FAKTA : WOW!.DI INDIA KOMPUTER TABLET HANYA BERHARGA RM140!



NEW DELHI - India melancarkan komputer kos rendah keluaran tempatan, semalam dengan harga AS$45 (RM140) bagi menyalurkan teknologi maklumat kepada puluhan juta pelajar di negara itu.

Komputer berskrin sentuh itu mempunyai akses Internet tanpa wayar, pemain media dan 180 minit kuasa bateri.

Dinamakan sebagai Akash (Langit), peranti keluaran tempatan tersebut dilancarkan di New Delhi oleh Menteri Pembangunan Sumber Manusia, Kapil Sibal selepas beberapa tahun projek itu tertangguh.

“Sebanyak 500 buah komputer akan diserahkan kepada kumpulan pertama pelajar selepas pelancaran ini,” menurut jurucakap kementerian, Mamata Varma. 



Penghasilan komputer tersebut adalah untuk meningkatkan bilangan pelajar dalam pendidikan tinggi dan untuk memberikan mereka kemahiran teknologi bagi membantu pertumbuhan pesat ekonomi India.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...