Thursday, September 29, 2011

OH ! SHOCK : CARA PALING BODOH UNTUK MEMBUKTIKAN RASA CINTA!




Kini anda boleh membuktikan cinta anda dengan cara yang sangat berbeza sebagai bukti cinta sejati anda. Tatu kekal pada jantung anda tanpa risiko komplikasi (catatan: menurut doktornya!). Ini adalah kesempatan untuk membuktikan betapa anda mencintai si dia dengan menempatkan tatu di jantung anda (untuk yang beragama Islam adalah haram ok?).

Mengekspresikan emosi cinta melalui tatu di tubuh seseorang sekarang sudah bukan hal baru lagi (biasa . . ini juga menurut doktornya!). Apakah tatu itu terlukis dihatimu?. Sekarang anda dapat membuktikan cinta anda dengan cara yang sangat unik, iaitu dengan cara melukis tatu di hati anda.

Operasi untuk seluruh prosedur dari pentatuan, (untuk penghasilan terbaik sebagai bukti cinta) memerlukan waktu sekitar tiga jam. Dikatakan oleh pasukan perubatan dan pelukis tatu Jepun yang sangat profesional telah berhasil melakukan lebih dari 500 kali pentatuan jantung tanpa kesan sampingan dan komplikasi.

Doktor-doktor menyediakan berbagai pilihan gambar yang boleh ditatukan. Anda dapat memilih rekaan yang anda inginkan untuk ditatukan pada jantung anda. Setelah seluruh operasi selesai, anda akan diberikan video dari seluruh prosedur sebagai bukti.

Menurut individu yang melakukan operasi ini, pentatuan pada jantung adalah pengabadian  jiwa untuk menunjukkan betapa anda komited terhadap perhubungan dengan pasangan anda. Kata-kata dalam iklan yang disampaikan untuk menarik peminat adalah: "Apakah anda benar-benar mencintai pasangan anda sebanyak yang anda katakan? Inilah kesempatan anda untuk membuktikannya".

Jujur saya katakan apabila saya diberi kesempatan untuk melakukan tatu tersebut, saya TIDAK akan bersedia melakukannya, bahkan jika percuma sekalipun .  ha ha ha . Saya beragama Islam!. Anda bagaimana? 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...