Sunday, September 11, 2011

oh! POLITIK : Indonesia marah pada Malaysia.









Tadi ada baca news pasal neh. Sebenarnya dah tersiar dari semalam tapi tak sangka pula sasaran kemarahan rakyat indonesia ialah pada malaysia walhal bukan salah malaysia pun. Isu nya begini.

1. Bosch, syarikat dari jerman akan membina kilang di malaysia. Kilang tersebut ialah kilang solar panel yang mensasarkan indonesia sebagai pasaran mereka.

2. RIM, syarikat pengeluar blackberry yang berpengkalan di canada telah membuat keputusan untuk membina pusat pengeluaran blackberry di malaysia berbanding indonesia. Sedangkan indonesia pembeli blackberry yang lebih banyak daripada malaysia.

Dua isu neh menimbulkan kemarahan ramai rakyat indonesia apabila ia dibangkitkan secara meluas oleh media utama di indonesia. Sebenarnya aku faham kemarahan rakyat indonesia. Boleh larh marah andai benar bosch dan RIM neh ada buat perjanjian ke MOU ke dengan indonesia. Tapi kalau nak marah dan mempersoal ia semata2 sebab mereka nak melabur di malaysia jelas merepek larh.

Adakah jika BOSCH dan RIM bersetuju melabur di singapore maka ia bukan isu? Jelas di sini pihak sana sering je mencari salah seakan2 nak bagi benci sangat pada Malaysia. Indonesia, kita neh bukan orang lain. Singapore tue geng dengan israel. Sedangkan malaysia dan indonesia neh dah cam adek beradik. Kalaupun kilang bosch dibina disini, orang2 ko juga datang sini bekerja, so what's the problem? Sama gak macam pusat pengeluaran blackberry. Ko tetap untung gak walaupun ia dibina di malaysia sebab perjanjian duti import eskport malaysia-indonesia. 

Hidup neh fikir mesti mao positif. Janganlah nak benci je segala benda yang ada kaitan dengan malaysia. Apatah lagi bukan salah malaysia pun bila dorang memilih untuk melabur disini. Masing2 berhak buat keputusan masing2, so indonesia ko kena belajar hormati hak itu. Ada banyak pelaburan masuk ke dalam negara ko, tak pernah sekalipun malaysia waima media malaysia complaint macam neh secara besar2an. Kalau kami boleh hormat keputusan pelabur lain, apa masalahnya indonesia tak boleh nak hormat keputusan pelabur Bosch dan RIM pula?

You think too much larh indonesia. Too much!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...