Friday, September 16, 2011

OH ! COOL : CLOCK THE GREAT

Seandainya kita beli jam loceng, kalau sekali tekan je dah boleh mati maknanya peratusan untuk kita sambung tidur balik adalah begitu tinggi.

Sebab hanya orang yang susah bangun tidur sahaja beli jam loceng.. Kalau tengok orang tua-tua punya petua, sebelum bantal, niat nak bangun pukul berapa dan tepuk bantal. Itu kalau memang kuat semangat la. Tapi kalau dah dasar pantang selimut dan bantal peluk atas badan memang tak bangunnye.

Jadi, terdapat beberapa rekaan jam loceng yang mampu membuatkan anda sakit hati. Sakit hati kerana.. kesukaran untuk memadamkannya apabila dia sudah mula berbunyi.. Jom tengok..

 Jam ini dinamakan Simon Says. Kerana anda perlu mengikut aturan warna yang telah di tentukan oleh jam. Selagi tidak mendapat kombinasi yang bertepatan!!, jam ini tidak akan berhenti berbunyi
Ini pula jam loceng Jack Bauer dalam siri 24.. Di mana anda kena meneka aturan yang telah ditetapkan sebelum ianya akan mengeluarkan bunyi lagi bingit dan memekakkan

Jam seterusnya pula ialah jam penyelesaian masalah matematik. Selagi tak dapat jawapan yang tepat selagi itu jam ini akan berbunyi

Dan jam terakhir merupakan jam paling nakal kerana ianya akan lari dari tempatnya bersembunyi supaya anda terpaksa bangun untuk mencarinya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...