Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini.
"Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Menceritakan kembali "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, A Samad (kiri) mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.
Ketika diwawancaraMalaysiakini di sebuah restoran di Bangsar hari ini, A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam".
"Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.
"Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya.
Kepimpinan 'bangsawan'
Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang.
"Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang.
"Ada perdana menteri Jepun tidak sampai satu penggal pun, (letak jawatan). Tapi di sini tentu, orang sangat mengidam kuasa," katanya sambil menambah kerajaan tidak lagi memerintah "dengan sukaan umum".
Bagaimanapun, ditanya tentang perdana menteri mana yang yang paling bagus, A Samad tidak menjawabnya secara langsung, sebaliknya menyebut tentang penguasaan "bangsawan" bagi jawatan itu.
Katanya, sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan, kecuali Dr Mahathir, kesemua perdana menteri disandang oleh golongan itu yang disifatkannya "hidup mudah".
"Laporan-laporan yang sampai ke telinga (mereka) itu, semuanya yang cantik sahaja. Jadi, mereka tidak merasakan (kesusahan rakyat).
"Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari bawah, bukan dari atas," tegasnya lagi.
Thursday, July 14, 2011
WINE DARI VIETNAM....SANGGUP KAH ANDA^^
Pernah dengar tak yang kerajaan Malaysia ada wat usahasama dari syarikat negara Arab untuk mengeluarkan wine halal. Bermakna, rasanya macam wine tapi tidak memabukkan..
Lepas tu dapat ke budak-budak jahilliah kat Malaysia nie, dia minum wine halal dan pura-pura mabuk.. konon nak kenakan kawan-kawan dia yang dia minum wine.. Tanpa sedar dah tanggung dosa free sebab menggayakan kemabukan satu satu minuman..HMMM
Tapi wine dari Vietnam ni tak boleh lawan..memang hebat gile..nak tau kenapa hebat.. sebab hanya yang bodoh.. lagho,, sombong,, badigol dan bangang je sanggup minum.. kenapa??
Inilah jawapannya
ingat cara minumnye. 2 kali sehari sahaja, itupun sebelum makan dan diambil dalam kuantiti yang kecik!!! perghghhghghgh

Peserta BERSIH: Polis ancam nak bunuh saya
Beberapa peserta perhimpunan BERSIH menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat dakwaan keganasan polis yang dialami mereka semasa perhimpunan Sabtu lalu.
Diketuai ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah, kira-kira 30 peserta menyerahkan memorandum kepada Timbalan Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee di ibu pejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum menyerahkan memorandum tersebut, empat peserta mengimbas kembali pengalaman traumatik mereka dengan pihak polis pada hari berkenaan.
Salah seorang daripada mereka mendakwa seorang anggota polis mengancam untuk membunuhnya ketika menangkapnya.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika dia sedang berjalan kaki di hadapan Dataran Pahlawan dengan sepupunya pada jam 4.10 petang selepas perhimpunan itu bersurai.
Menurutnya, dia kemudiannya ternampak sekumpulan FRU hendak menyerbu ke arah seorang lelaki muda yang tidak melakukan apa-apa, sedang berdiri di atas jalan.
Berikutan itu, dia meminta mereka jangan memukul lelaki itu kerana dia tidak berbuat apa-apa pun.
Sebaliknya, kata beliau, anggota FRU menyerbu ke arahnya. Manakala sepupunya yang meminta polis jangan memukulnya, turut ditangkap.
Beliau mendakwa polis menendang dan menumbuknya semasa ditangkap, dan mencederakan dahinya (atas) dan tangan (bawah).
Pengadu lain termasuk aktivis Sarawak Hii Tiong Huat, yang ditahan sehari sebelum perhimpunan tersebut, dan anak saudara Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia selepas ditangkap pada hari Sabtu.

Subscribe to:
Posts (Atom)