Saturday, September 17, 2011

OH! TAZKIRAH :DR.ZAKIR NAIK (WHO CREATE GOD)


           Ini satu persoalan yang kadang-kadang terlintas di benak kita tapi kita selalu sahaja menafikan dia. Jadi, pada kali ini marilah kita sama-sama berfikir tentang kebesaran Allah. Kita sering mendengar saintis-saintis luar negara yang mendapat taufiq dan hidayah dari Allah untuk memeluk Islam selepas mereka melihat dan berjumpa sendiri dengan kebesaran Allah dalam penyelidikan mereka. Kita pula di sini, khususnya di bumi Malaysia ini rata-rata menerima Islam yang diwarisi sebab ibu bapa kita Islam, maka kita pun Islam. Dan tidak keterlaluan jika saya mengatakan yang rata-rata umat Islam hari ini bertaklik atau hanya mengikut-ikut sahaja dalam beribadah. Maka hari ni, mari kita membuka minda kita dengan persoalan yang dapat menambahkan keimanan kita kepada Allah insyaAllah.



           Video Dr. Zakir Naik ini bagi saya sangat bagus yang mengisahkan tentang soalan yang ditanya oleh pendengar ceramah beliau iaitu, “who created the God?” atau “siapa pencipa tuhan”. Saya kasi simpulan je lah, yang lain-lain tu anda boleh tengok sendiri video youtube di bawah. Ala, pendek je masa video ini, so jangan kata kat saya yang anda takde masa ye. Dr. Zakir Naik menjawab soalan hamba Allah itu dengan memberi analogi sesuatu yang mustahil dan merumuskan bahawa lebih kurang, “kalau tuhan itu dicipta oleh sesuatu, maka dia bukan tuhan, tuhan dengan erti maksud dari kamus sendiri pun, sesuatu yang tidak diperanakkan atau dicipta oleh sesuatu yang lain“. So apa pendapat anda?


Untuk Mengetahui Lebih Lanjut: http://melayukini.net/2009/10/dr-zakir-naik-siapa-pencipta-
tuhan/#ixzz1YDimTcz9


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...