Bila aku tengok gambar-gambar pekerja atau buruh Indonesia yang mempunyai semangat luar biasa menyabung nyawa untuk sesuap nasi ni, sebagai seorang warga Malaysia yang amat menitikberatkan tentang pengamalan keselamatan, kita kena ingat diri kita sendiri tentang betapa penting nya keselamatan di tempat kerja ini.
Tetapi hakikatnya, untuk pekerja dari luar Malaysia seperti Indonesia, Bangladesh, India dan etc, kebanyakkan mereka dilayan dengan layanan yang teruk. Di tempat kerja, depa tak dibekalkan dengan tali keselamatan. Cuai sedikit, terus mati. Insaflah diri. Mereka pun manusia juga kan. Aku tak rasa perkara macam ni berlaku di Malaysia (mungkin juga ya, sebab al maklum la orang Indonesia semua berbangga yang bangunan Kuala Lumpur City Centre KLCC tu depa yang buat kekeke). Apa-apa pun, kita sebagai bos atau mandur di tempat kerja perlu ingat, keselamatan pekerja jagaan kita adalah tanggungjawab kita.
Bukan sebagai bos sahaja, tapi sebagai khalifah Allah di muka bumi, yang memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada semua makhluk hidup di dunia ini, orang Indonesia pun termasuk juga. Tak gitu?
Untuk Mengetahui Lebih Lanjut: http://melayukini.net/category/luar-biasa-dan-pelik/page/2/#ixzz1YDn86gg3
AllBlogToolsFacebook comments for blogger brought to you by AllBlogTools.com , Get Yours?
No comments:
Post a Comment