Thursday, October 6, 2011
OH ~ SHOCK : FOTO BEBERAPA SAAT SEBELUM KEMATIAN STEVE JOBS TERSEBAR!
Berita kematian pengasas Apple memang sangat menggemparkan dunia. Berita ini dengan cepat menjadi berita popular saat ini mengalahkan berita mengenai Ayu ting ting. Berita ini diterima pada pagi hari 6 Oktober 2011 dari salah satu media iaitu washingtonpost.com.
Disitu dijelaskan bahawa pengasas Apple Steve Jobs meninggal dunia pada hari Rabu 5 Oktober 2011 di usia 56 Tahun. Penyebab utama kematian pengasas Apple ini memang belum diketahui dengan jelas tetapi khabar angin kuat mengatakan bahawa Steve meninggal kerana penyakit kanser pankreas yang dideritainya selama ini. Khabar angin ini memang ternyata masuk akal kerana beberapa bulan yang lalu Steve bercuti sebagai CEO Apple kerana dikhabarkan mengalami gangguan kesihatan.
Kami mendapatkan foto sebelum Steve Jobs meninggal dan juga perbezaan sewaktu steve masih sihat dan sedang sakit, foto-foto seperti berikut:
Foto ini dibawah diambil sekitar tahun 2011 yang lalu, kemudian kita bandingkan dengan foto Steve Jobs yang diatas ketika Apple melancarkan produk iPad 2 tahun lalu.
Gambar dibawah diambil beberapa bulan setelah Steve mengundurkan diri dari CEO Apple. Disitu Steve benar-benar terlihat sangat kurus sedang menuju ke keretanya.
Banyak yang merasakan Steve hanya kurus biasa tetapi sebetulnya Steve sedang sakit dan menghidap kanser pankreas. Gambar berikut ini adalah gambar beberapa saat sebelum Steve meninggal dunia!:
Ada banyak yang mengatakan foto tersebut diubahsuai tetapi ketika ini ternyata sudah bahawa Steve memang benar-benar sedang sakit parah yang mengakibatkan kematian dirinya.
OH ~ SUKAN : PENJAGA GOL PALING PANTAS DI DUNIA
Penjaga gol Man City, Joe Hart cuba untuk menjaringkan gol ketika tendangan sudut. Tetapi ketiadaannya di gawang Man City menyebabkan MU mengambil peluang keemasan tersebut untuk menjaringkan gol. Namun, kepantasannya cukup mengagumkan dan dia berjaya menahan tendangan daripada pemain MU, Rooney
Read more: http://video-gempak.blogspot.com/2010/11/penjaga-gol-terpantas.html#ixzz1Zyj9gfU5
OH ~ SUKAN : SAFEE SALI SUDAH ADA PEMINAT DARI ENGLAND
Wow! Safee Sali memang hebat la. Tak sangka beliau mempunyai peminat di England sana. Safee Sali sekarang sedang di dalam latihan percubaan bersama Cardiff City. Baru baru ini timbul isu permit kerja yang menghalangnya untuk berkerja di sana disebabkan syarat syarat yang ketat. Namun begitu,ADMIN harap agar Safee Sali terus bersemangat dalam usaha menaikkan taraf kerjaya bola sepaknya. Dan kami juga berharap agar David Beckham Malaysia terus maintain dalam prestasinya dan jauhilah segala kontroversi. Jaga lah isteri tersayang dan juga banggakanlah rakyat Malaysia.
![[Terbakor Hot] Safee Sali dah ada peminat di England!](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMaMV3kkXuKt1A1CevvT-6dxvPogwenNpoQwsyqzCjxqwu5q-RepCIJpUjBQ6Me1rt5Pu8ZWycNtzMzopPgZA6mbF8_kAX2tVSRRBY8_BgjX0x2_y-qi1Vm4V_aEq4UqdHkatFMnMeMVz_/s1600/Safee+Sali+1.jpg)
![[Terbakor Hot] Safee Sali dah ada peminat di England!](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7x2_bqrZ2uXEq4rjWR0IFOC6K5sLuqGatvX8S8pw0bNpxsbJ-puNXZpECCoa5GQSpoaaM9F16n4P_2pcYKV34qOblkQevHr_o8LPSnKaQEzZ1XCtLkRFzsQ2qSkjfFftwLWeg4eptMD90/s1600/Safee+Sali+3.jpg)
![[Terbakor Hot] Safee Sali dah ada peminat di England!](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaqiiSsddlemWLaBwqASwsNQnyWuXOzEvkZw7XvUTohaTaXkcUW_fKwxlaF6FO2ReRXXcyvA-LneIYRbKqwBeRP0DSozdWX3yOEWM7FK3NTE_Cd2Oh_RJ5GR7VQSOhkiOCzKfFNew51W8U/s1600/Safee+Sali+4.jpg)
OH ~ ISU PANAS : UTUSAN MEMPERSENDA HUKUM HUDUD
Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26 September 2011 telah mendapat kritikan pembaca kerana dikatakan telah menghina hukum hudud melalui karikatur yang disiarkan. Rata rata pembaca memberi pandangan mereka kecewa kerana undang undang hudud Islam dipermainkan. Ok, anda tengok dulu gambar karikatur di di bawah :-
Bagaimana pendapat anda semua? ADMIN pun rasa memang sangat tak patut Utusan Malaysia keluarkan karikatur seperti ini. Undang undang Hudud bukan boleh dijadikan bahan mainan politik seperti ini. Kita semua orang Islam, biar sejahat mana pun kita, beranikah kita menentang hukum Allah? Jangan persendakan hukum Allah, ia bererti sama dengan mempersendakan Allah. Secara umumnya, kita dapat lihat zaman sekarang ni, agama Islam sering dijadikan bahan mainan politik. Tak sayangkah mereka dengan agama Islam? Atau tak takutkah mereka kepada Allah?
sumber gambar : fan page Nik Aziz Nik Mat
OH ~ ISU PANAS :Heliza Helmi disembur peminat di Facebook gara gara komen tentang hudud
Salam pembaca semua. Pertama sekali, ADMIN nak cakap post ni bukanlah berniat untuk menjatuhkan nama Heliza Helmi. Korang kenal siapa itu Heliza Helmi? Dia adalah seorang artis kelahiran Akademi Fantasia ke empat. Kesantunannya, keperibadiannya yang baik, bertudung labuh dan baik budi pekerti telah memikat ramai peminat. Heliza tak macam artis bertudung yang lain. Tapi baru baru ni keluar satu kenyataan di akhbar Sinar Harian tentang komen komen artis mengenai hukum hudud. Banyak artis yang beri komen termasuk Heliza. Mari lihat apa komen mereka.
Kalau tak nampak, di bawah ada yang lebih terang,
Kalau nak laksanakan hukum hudud banyak perkara yang perlu diberikan pertimbangan dan penilaiannya. Kita kena lihat keberkesanan hukum ini dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, mungkin di negara Arab ia sesuai dijalankan kerana mereka sudah biasa mengamalkannya sejak dulu lagi. Tetapi jika kita baru hendak melaksanakannya di sini, pasti ramai tak dapat terima. Bagaimanapun hukum hudud ditetapkan dalam agama Islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini. -heliza helmi
Ok, setelah membaca pendapat Heliza mengenai hukum hudud. Apa pendapat korang? Tapi tunggu, kita lihat pendapat peminat peminat Heliza dulu di fan page rasmi miliknya. Memandangkan Heliza tutup wall dia dari post orang luar, jadi peminat telah meluahkan kekesalan mereka tentang komen Heliza mengenai hudud itu di status di bawah.
Dan dibawah ini pula komen komen peminat Heliza.
Jelas menunjukkan di situ yang peminat marah sangat dengan Heliza. Heliza boleh hilang ramai peminat disebabkan keterlanjuran kata katanya. Ok, mungkin ada yang tanya, kenapa Heliza? Post ni berniat untuk menjatuhkan Heliza ke? Oh tidak sama sekali. Ramai yang marah Heliza sebab expectation mereka sangat tinggi terhadap Heliza. Heliza dianggap sebagai contoh artis Islam yang sangat baik. Sebab tu lah, bila dia komen macam tu ramai yang marah. Sebab mereka menjangkakan Heliza seorang yang bijak dalam agama. Tapi tak sangka dia boleh keluarkan kenyataan macam tu.
Mengenai artis lain, serius ADMIN tak sangka mereka berani buat kenyataan begitu tentang hukum hudud. Ini soal hukum Allah. Bukan hukum main main. Tapi antara artis artis itu, Heliza yang sepatutnya jadi lebih bijak dalam memberi komen kan? Dari segi positif, mungkin wartawan yang menulis itu sengaja mahu memutar belitkan kenyataan. Atau memang benar itu adalah komen artis artis itu sendiri. Apa kata Heliza? Sama sama kita nantikan.
F2JL : Lumrah hidup jadi artis. Ada satu masa disanjung tinggi bagai nak rak, tapi bila buat salah sikit kena hemtam kaw kaw punya!
Wednesday, October 5, 2011
OH ~ FAKTA : BEZA SEBATAN SIVIL NGAN SEBATAN CARA ISLAM (AGAMA)
Sejak terjadinya tragedi 11 September, pihak Barat telah banyak menanamkan rasa benci masyarakat dunia terhadap Islam. Mereka kata Islam itu ganas, kejam dan susah. Tapi hakikatnya tak macam tu! Agama Islam itu mudah. Salah satu perkara yang dianggap kejam dalam Islam adalah hukuman hududnya. Antaranya, cara sebatan. Di sini, admin nak share satu gambar yang membezakan cara sebatan cara Islam dan civil. Sama sama kita lihat, bezakan, dan fikirkan.
Dah nampak kan? Gambar yang cukup ringkas tapi jelas menunjukkan perbezaan cara sebatan cara Islam dan civil. Mana yang lebih kejam?
OH ~ SHOCK : HOSPITAL GUNA VIDEO GAME SEBAGAI RAWATAN TERAPI
LONDON - Sebuah rumah sakit jiwa di United Kingdom, Hospital Broadmoor kini dilengkapi dengan 22 unit Nintendo Wii. Permainan video tersebut dimanfaatkan sebagai alat terapi untuk menyembuhkan pesakit yang mengalami gangguan jiwa.
Hospital Broadmoor merupakan rumah sakit tempat merawat penjenayah-penjenayah zalim yang dirasakan mempunyai kelainan mental di Eropah dan diantaranya adalah pembunuh yang mendapat julukan "The Yorkshire Ripper" . Jumlah Nintendo Wii yang telah berada di Hospital Broadmoor mungkin belum cukup banyak. Namun Hospital Broadmoor sangat bersyukur kerana Nintendo Wii yang berharga GBP5000 tersebut merupakan sumbangan yang berasal dari wang hasil pajakan.
Permainan video keluaran Nintendo tersebut kini digunakan untuk membantu menyembuhkan penyakit pesakit di Hospital Broadmoor.
"Ketika berfikir mengenai kejahatan dan ketakutan yang mereka lakukan, anda jangan lupa pula untuk memikirkan hak mereka untuk mendapatkan hiburan. Dana hasil pajakan ini akan sangat membantu meningkatkan kualiti kesihatan yang lebih meluas yang diselenggarakan National Healt Service," kata juru cakap Hospital Broadmoor seperti diberitakan oleh Joystick Division.
Untuk menyokong sistem perubatan terapi dengan permainan video itu, rumah sakit tersebut kini dilengkapi juga dengan TV plasma dan permainan video lainnya seperti Xbox 360 dan PlayStation.
Wii Nintendo memang telah terbukti memiliki fungsi yang luas. Tidak hanya sekadar permainan video yang menhilangkan kebosanan tetapi Wii pun sudah pernah digunakan sebagai alat bantuan pembedahan, alat untuk menyegarkan tubuh, terapi tekanan dan lain sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)








