Salam pembaca semua. Pertama sekali, ADMIN nak cakap post ni bukanlah berniat untuk menjatuhkan nama Heliza Helmi. Korang kenal siapa itu Heliza Helmi? Dia adalah seorang artis kelahiran Akademi Fantasia ke empat. Kesantunannya, keperibadiannya yang baik, bertudung labuh dan baik budi pekerti telah memikat ramai peminat. Heliza tak macam artis bertudung yang lain. Tapi baru baru ni keluar satu kenyataan di akhbar Sinar Harian tentang komen komen artis mengenai hukum hudud. Banyak artis yang beri komen termasuk Heliza. Mari lihat apa komen mereka.
Kalau tak nampak, di bawah ada yang lebih terang,
Ok, setelah membaca pendapat Heliza mengenai hukum hudud. Apa pendapat korang? Tapi tunggu, kita lihat pendapat peminat peminat Heliza dulu di fan page rasmi miliknya. Memandangkan Heliza tutup wall dia dari post orang luar, jadi peminat telah meluahkan kekesalan mereka tentang komen Heliza mengenai hudud itu di status di bawah.
Dan dibawah ini pula komen komen peminat Heliza.
Jelas menunjukkan di situ yang peminat marah sangat dengan Heliza. Heliza boleh hilang ramai peminat disebabkan keterlanjuran kata katanya. Ok, mungkin ada yang tanya, kenapa Heliza? Post ni berniat untuk menjatuhkan Heliza ke? Oh tidak sama sekali. Ramai yang marah Heliza sebab expectation mereka sangat tinggi terhadap Heliza. Heliza dianggap sebagai contoh artis Islam yang sangat baik. Sebab tu lah, bila dia komen macam tu ramai yang marah. Sebab mereka menjangkakan Heliza seorang yang bijak dalam agama. Tapi tak sangka dia boleh keluarkan kenyataan macam tu.
Mengenai artis lain, serius ADMIN tak sangka mereka berani buat kenyataan begitu tentang hukum hudud. Ini soal hukum Allah. Bukan hukum main main. Tapi antara artis artis itu, Heliza yang sepatutnya jadi lebih bijak dalam memberi komen kan? Dari segi positif, mungkin wartawan yang menulis itu sengaja mahu memutar belitkan kenyataan. Atau memang benar itu adalah komen artis artis itu sendiri. Apa kata Heliza? Sama sama kita nantikan.
F2JL : Lumrah hidup jadi artis. Ada satu masa disanjung tinggi bagai nak rak, tapi bila buat salah sikit kena hemtam kaw kaw punya!
AllBlogToolsFacebook comments for blogger brought to you by AllBlogTools.com , Get Yours?
No comments:
Post a Comment