Hampir semua dari kita kalau hari ini ada simpan komputer pada tahun 1990 mesti berasa takjub dengan pantasnya peredaran teknologi.
Dan admin sendiri sangat suka mencari koleksi-koleksi komputer zaman silam. kalau pergi ke pejabat kerajaan dan mereka print guna printer lama yang ada keluar bunyi kuat-kuat rasa nostalgia sangat.
Yerla.. budak-budak zaman sekarang mana sempat nak tengok kecanggihan produk zaman dulu.Kalau tak,, takkan la main games tape awal tahun 90-an merupakan fenemone. Cuba buat perkhidmatan sewa game tape zaman sekarang,,takdenye yang nak main..
Jadi, admin nak kongsikan rupa hard disc tahun 1985 yang mana harganya mencecah USD7500. dan saiz hard disc ini hanyalah 55mb.. perghhh
camne la komputer 10 tahun akan datangkan? Jangan terkejut kalau CPU sebesar jam tangan dan monitor hangalah dinding. Betul tak?
Wednesday, October 5, 2011
OH ~ FAKTA : WANG KERTAS RM50 YG TERBARU !!
Contoh bahagian depan
Contoh bahagian belakang
Ini antara fakta mengenai RINGGIT MALAYSIA.
- Ringgit atau turut dikenali sebagai Ringgit Malaysia ialah unit mata wang Malaysia dengan kod mata wang MYR. Ringgit boleh dibahagi kepada 100 sen dan mempunyai wang kertas bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1 serta syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen. Nama “Ringgit” berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman dahulu. Dollar Brunei juga dikenali sebagai ringgit bagi masyarakat tempatan.
- Mulai bulan Ogos 1975, nama “Ringgit” diterima secara rasmi sebagai nama khas mata wang Malaysia. Sebelumnya, wang dikenali sebagai dollar dalam Bahasa Inggeris dan ringgit dalam Bahasa Melayu. Namun penggunaan simbol $ terus digunakan sehingga ditukar kepada RM pada 1990an.
Antara ciri-ciri keselamatan wang kertas malaysia
- Pengenalan jalur holografi ini merupakan usaha berterusan
Bank Negara Malaysia untuk mempertingkat ciri-ciri keselamatan wang kertas Malaysia. Jalur holografi ini membuatkan wang kertas lebih sukar dipalsukan tetapi mudah dikenal pasti oleh orang ramai.
Entri Asal Di Sini : http://hazissac.blogspot.com/2011/10/gambar-design-duit-baru-rm50-malaysia.html#ixzz1ZtQgS4dj
Tuesday, October 4, 2011
OH ~ SERIUS :HEBATNYA!! BUTA HURUF DULU DAN PEROLEH PhD SKRNG.
KUALA LUMPUR – Biarpun tidak mampu menulis dan membaca ketika belajar di sekolah rendah suatu ketika dahulu namun, ia bukanlah penghalang kepada Dr. Mohd. Nawi Ismail untuk memperoleh ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam pengajian Usuluddin dan Pemikiran Islam di Universiti Malaya (UM) semalam.
Mohd. Nawi, 43, yang merupakan seorang pensyarah mengalami rabun mata dan cacat sebelah kaki sejak dilahirkan mengakui, dia adalah murid lemah ketika itu tetapi anak jati Pasir Puteh, Kelantan itu mula bangkit ketika berusia 15 tahun.
“Apabila melangkah ke sekolah menengah selepas menjalani pembedahan membuang selaput di mata, saya mula berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya memperoleh Ph.D hari ini (semalam).
“Kejayaan ini juga disebabkan oleh sistem pendidikan negara yang baik di samping berkat sokongan keluarga dan Universiti Malaya sendiri,” katanya selepas istiadat konvokesyen ke-50 universiti itu di sini semalam.
Sementara itu, penerima Ph.D daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Mohamad Muzammil Mohamad Noor, 38, pula berkata, dia merupakan graduan Ph.D berkerusi roda pertama yang lulus daripada fakulti tersebut.
SUMBER: KOSMO
EM ~ TAZKIRAH :Maksud syahid
Dalam Islam, mati syahid (Arab: شَهيد šyahīd, jamak: شُهَداء šyuhadā') ertinya Muslim yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah membela kebenaran atau mempertahankan hak dengan penuh kesabaran dan keikhlasan untuk menegakkan agama Allah.

Siapa yang berjuang membela harta miliknya, jiwanya, keluarganya, agamanya, dan meninggal dalam perjuangannya itu, maka ia meninggal fi sabilillah atau mati syahid. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah satu jalan menuju mati syahid adalah berjuang di jalan Allah (jihad fi sabilillah).
Orang-orang yang termasuk golongan yang meninggal dalam keadaan syahid telah dijelaskan dalam dalam Al-Quran dan hadis, adalah sebagai berikut:
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Surah Ali ‘Imran:169-171)
BAGI ADMIN SYAHID ITU SEPERTI SATU GANJARAN BESAR DARI ALLAH.

Siapa yang berjuang membela harta miliknya, jiwanya, keluarganya, agamanya, dan meninggal dalam perjuangannya itu, maka ia meninggal fi sabilillah atau mati syahid. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah satu jalan menuju mati syahid adalah berjuang di jalan Allah (jihad fi sabilillah).
Orang-orang yang termasuk golongan yang meninggal dalam keadaan syahid telah dijelaskan dalam dalam Al-Quran dan hadis, adalah sebagai berikut:
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Surah Ali ‘Imran:169-171)
BAGI ADMIN SYAHID ITU SEPERTI SATU GANJARAN BESAR DARI ALLAH.
OH ~ LAWAK : BARANG KALAU DAH LAMA..GINILAH JADINYA...(KOMIK)
Realitinya bila kita beli barang baru terjadi cam komik kat bawah ni
Tapi kalau dah bertahun berlalu?..
setuju tak realitinya selalu camni?
Tapi kalau dah bertahun berlalu?..
setuju tak realitinya selalu camni?
OH ~FAKTA : FAKTA YANG KORANG HARUS TAHU SEBAGAI UMAT ISLAM!
1. Casey Station, Antartika: imsak pukul 6:30 pagi dan berbuka puasa pada pukul 15:48 petang (Berpuasa selama 9 jam 18 minit)
2. Perth (Australia Barat): imsak pukul 5:42 pagi dan berbuka puasa pada pukul 17:41 petang (Berpuasa selama 11 jam 59 minit)
3. Jakarta : imsak pukul 4:52 pagi dan berbuka puasa pada pukul 17:55 petang (Berpuasa selama 13 jam 3 minit)
4. Mekkah di Arab Saudi: imsak pukul 4:31 pagi dan berbuka pada pukul 19:01 petang (Berpuasa selama 14 jam 30 minit)
5. Tokyo, Jepun: imsak pukul 3:11 pagi dan berbuka pada pukul 18:47 petang (Berpuasa selama 15 jam 36 minit)
6. New York di Amerika Syarikat: imsak pukul 4:25 pagi dan berbuka pada pukul 20:12 malam (Berpuasa selama 15 jam 47 minit)
7. London, United Kingdom: imsak pukul 2:45 pagi dan berbuka pada pukul 20:50 malam (Berpuasa selama 18 jam 5 minit)
8. Rovideniya, Rusia: imsak pukul 1:46 pagi dan berbuka puasa pada pukul 21:43 malam (Berpuasa selama 19 jam 57 minit)
9. Kuala Lumpur, Malaysia: imsak pukul 5:41 pagi dan berbuka pada pukul 730 malam (Berpuasa selama 11 jam 47 minit)
Pertanyaan, mengapa ada saudara-saudara kita yang berpuasa lebih lama?
Jawaban :
Bumi mengelilingi matahari tidaklah lurus melainkan mengiring kecuali dalam waktu tertentu (mac – september), negara-negara di bahagian utara bumi menerima cahaya matahari lebih lama dari yang di selatan, dan di waktu yang lain (oktober – februari) negara-negara di bahagaian selatan bumi menerima cahaya matahari lebih lama dari yang di utara.
Inilah salah satu hikmah Kalender Islam (Hijriyah) yang menggunakan peredaran bulan sebagai pedomannya, berbeza dengan kalender biasa (kalender Masihi) yang menggunakan peredaran matahari. Sehingga waktu Ramadhan selalu berbeza 11 hari dibandingkan dengan kalender Masihi.
Jika seperti puasa yang lalu, Ramadhan jatuh pada bulan Ogos maka negara-negara di bahagian utara bumi mengalami waktu puasa yang lebih lama. Namun Ramadhan akan terus bergerak ke bulan Julai, Jun, Mei dan seterusnya sampai masuk waktu dimana negara-negara di bahagian selatan bumi mengalami waktu puasa yang lebih lama (oktober – februari).
Negara-negara di khatulistiwa pula cenderung mengalami waktu puasa yang sama.
Jadi, beruntunglah kita yang tinggal di Malaysia kerana tempoh masa berpuasa kira-kira sekitar 12 jam jika dibandingkan dengan negara lainnya seperti Eropah yang tempoh puasanya rata-rata 15-16 jam. Itu pun masih ada yang tidak berpuasa. Bersyukurlah jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain. bagaimanapun adakah kalian tahu di Finland,Norway mahupun Denmark, waktu berpuasa akan menjangkau sehingga 20 - 22 jam apabila berada tepat pada musim panas?. Apapun walau selama mana pun, kewajipan kita tetap harus dijalankan sebagai seorang umat Islam.
OH ~ SHOCK :LELAKI YG BOLEH MELUKIS SERENTAK GUNA KEDUA-DUA TANGAN
Bukan main… Seniman dari china ini boleh melukis dua wajah dengan kedua-dua tangan sekaligus!. Dengan kreativiti yang tinggi seorang pelukis yang berasal dari China memperlihatkan kebolehannya melukis dua wajah manusia dengan dua tangan sekaligus dalam waktu yang sama. Teruja mendengarnya?. Kalian boleh lihat dalam video dibawah. Aksinya melukis wajah di atas kertas. Tangan pelukis tersebut cukup cekap menggoreskan pensil lukisannya berselang seli dari sisi yang berlawanan. Kelihatan unik sekali tetapi yang lebih hebat ialah hasil dari lukisan ini cukup indah.
Anda mungkin juga meminati:
Subscribe to:
Posts (Atom)














