1. Casey Station, Antartika: imsak pukul 6:30 pagi dan berbuka puasa pada pukul 15:48 petang (Berpuasa selama 9 jam 18 minit)
2. Perth (Australia Barat): imsak pukul 5:42 pagi dan berbuka puasa pada pukul 17:41 petang (Berpuasa selama 11 jam 59 minit)
3. Jakarta : imsak pukul 4:52 pagi dan berbuka puasa pada pukul 17:55 petang (Berpuasa selama 13 jam 3 minit)
4. Mekkah di Arab Saudi: imsak pukul 4:31 pagi dan berbuka pada pukul 19:01 petang (Berpuasa selama 14 jam 30 minit)
5. Tokyo, Jepun: imsak pukul 3:11 pagi dan berbuka pada pukul 18:47 petang (Berpuasa selama 15 jam 36 minit)
6. New York di Amerika Syarikat: imsak pukul 4:25 pagi dan berbuka pada pukul 20:12 malam (Berpuasa selama 15 jam 47 minit)
7. London, United Kingdom: imsak pukul 2:45 pagi dan berbuka pada pukul 20:50 malam (Berpuasa selama 18 jam 5 minit)
8. Rovideniya, Rusia: imsak pukul 1:46 pagi dan berbuka puasa pada pukul 21:43 malam (Berpuasa selama 19 jam 57 minit)
9. Kuala Lumpur, Malaysia: imsak pukul 5:41 pagi dan berbuka pada pukul 730 malam (Berpuasa selama 11 jam 47 minit)
Pertanyaan, mengapa ada saudara-saudara kita yang berpuasa lebih lama?
Jawaban :
Bumi mengelilingi matahari tidaklah lurus melainkan mengiring kecuali dalam waktu tertentu (mac – september), negara-negara di bahagian utara bumi menerima cahaya matahari lebih lama dari yang di selatan, dan di waktu yang lain (oktober – februari) negara-negara di bahagaian selatan bumi menerima cahaya matahari lebih lama dari yang di utara.
Inilah salah satu hikmah Kalender Islam (Hijriyah) yang menggunakan peredaran bulan sebagai pedomannya, berbeza dengan kalender biasa (kalender Masihi) yang menggunakan peredaran matahari. Sehingga waktu Ramadhan selalu berbeza 11 hari dibandingkan dengan kalender Masihi.
Jika seperti puasa yang lalu, Ramadhan jatuh pada bulan Ogos maka negara-negara di bahagian utara bumi mengalami waktu puasa yang lebih lama. Namun Ramadhan akan terus bergerak ke bulan Julai, Jun, Mei dan seterusnya sampai masuk waktu dimana negara-negara di bahagian selatan bumi mengalami waktu puasa yang lebih lama (oktober – februari).
Negara-negara di khatulistiwa pula cenderung mengalami waktu puasa yang sama.
Jadi, beruntunglah kita yang tinggal di Malaysia kerana tempoh masa berpuasa kira-kira sekitar 12 jam jika dibandingkan dengan negara lainnya seperti Eropah yang tempoh puasanya rata-rata 15-16 jam. Itu pun masih ada yang tidak berpuasa. Bersyukurlah jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain. bagaimanapun adakah kalian tahu di Finland,Norway mahupun Denmark, waktu berpuasa akan menjangkau sehingga 20 - 22 jam apabila berada tepat pada musim panas?. Apapun walau selama mana pun, kewajipan kita tetap harus dijalankan sebagai seorang umat Islam.
AllBlogToolsFacebook comments for blogger brought to you by AllBlogTools.com , Get Yours?
No comments:
Post a Comment