Wow, ada sekolah untuk para penipu! Hebat warga Nigeria ni kan? Bertambah hebat bila ada wanita Malaysiayang terpedaya dengan mereka sehingga mengalami kerugian beribu ribu ringgit. Apa yang hebat sangat warga Nigeria ni? Rasanya lelaki lelaki di Malaysia ni (bukan orang asing) jauh lebih kacak kot. Tapi satu je yang warga Nigeria ni hebat. Mengayat! Mereka tahu wanita lemah dengan ayat ayat manis. Itu salah satukelemahan wanita yang diambil kesempatan oleh lelaki yang digelar jantan. Wanita pula, terutama yang sudah agak berumur dan kesunyian akan terjebak dengan taktik mereka. Salah siapa? Erk, tak perlu cari salah siapa, kerana ianya useless.
Lelaki warga Nigeria yang memperdaya mangsa terutama golongan wanita di Malaysia dikesan menjalani latihan kemahiran menipu di beberapa sekolah khas yang diwujudkan di beberapa kawasan terpencil di negara mereka sebelum dihantar ke negara sasaran.
Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipudiwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan.
Kewujudan sekolah menipu itu didedahkan Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berdasarkan siasatan pihaknya selepas mendapati ramai warga negara ini diperdaya warga Nigeria sejak beberapa tahun lalu.
Beliau berkata, sekolah itu hanya menetapkan satu syarat iaitu pelatih hanya perlu tahu berkomunikasi dengan menggunakan komputer dan Internet.
“Pusat itu tidak berkonsepkan sekolah harian atau institusi pendidikan secara terbuka, sebaliknya beroperasi secara sembunyi bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa negara itu.
ADMIN F2JL : Wahai wanita Malaysia, tolonglah jangan terpedaya. Bukan ini caranya dalam mencari kasih sayang.
No comments:
Post a Comment