Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru mulai13 Disember 2011 untuk tempoh lima tahun setelah Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khas bersetuju. Sebenarnya ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang Sultan menjadi Yang di-Pertuan Agong untuk kali kedua dalam sejarah pemerintahan. Kali pertama baginda menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong adalah 1970 hingga 1975 sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima waktu itu. Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk penggal yang sama.
ADMIN : Tahniah diucapkan kepada Sultan Kedah.
AllBlogToolsFacebook comments for blogger brought to you by AllBlogTools.com , Get Yours?
No comments:
Post a Comment