Thursday, October 13, 2011

OH ~ FAKTA : SETAKAT MANE ANDA TAU PASAL SELUAR JEANS ???





Admin ngaku awal2 yg admin pakai je seluar jeans tapi x penah amik tau sal poket kecik tu... rupe2 rupenyer ini ha sbb dia....LAYANNN...


Jeans pertama kali dicipta di Genoa, Italia pada tahun 1560. Jeans ini biasa dipakai oleh tentera laut disana. Seluar yang dipanggil orang Perancis sebagai “bleu de GĂ©nes“ yang bererti biru Genoa ini, pertama kali diperkenalkan dan dipakai di Eropah. Tetapi dalam dunia fesyen, jeans dipopularkan di Amerika Syarikat oleh Levi Strauss, seorang lelaki yang mencuba nasib di San Francisco sebagai penjual pakaian. Ketika itu, Amerika Syarikat sedang dilanda demam emas.trans Alasan Mengapa Celana Jeans Ada Kantong Kecilnya
Akan tetapi apabila sampai di California semua barangnya habis terjual kecuali sebuah kain yang terbuat dari kain kanvas. Kain  ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar dan dijual kepada para pekerja lombong emas. Ternyata mereka menyukainya kerana tahan lama dan tidak mudah koyak. Kemudian Strauss menyempurnakan jeansnya dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut “Genes” yang diubah panggilannya oleh Strauss menjadi “Blue Jeans“.
Akhirnya kerana para pekerja lombong sangat menyukai jeans buatannya ini, mereka menobatkan seluar ini sebagai seluar rasmi untuk pekerjaan mereka. Para pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan sebutan “those pants of Levi`s” atau “Seluar Levi”. Sebutan inilah yang menjadi gelaran seluar jeans pertama di dunia.
Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatkannya mengajak pengusaha  berjaya Jakob Davis untuk bekerjasama dan pada tahun 1880 kerjasama itu melahirkan fabrik seluar jeans pertama dan produk rekaan mereka yang pertama adalah “Levi’s 501“.

Alasannya:
Produk rekaan pertama memang dikhususkan bagi para pelombong emas. Seluar ini memiliki 5 poket. 2 di belakang dan 2 di depan dan 1 poket kecil dalam poket depan sebelah kanan.
Kerana dicipta khas buat para pekerja lombong, poket ini tentu bukan digunakan untuk bergaya bersuka ria. Tetapi poket kecil ini dihasilkan untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil. Meskipun kini jeans dihasilkan dalam berbagai rupa dan bukan hanya untuk para pelombong tetapi  poket kecil itu masih tetap ada. Tentu sahaja sekarang fungsinya tidak lagi digunakan sebagai tempat menyimpan butiran emas. Tetapi kini fungsinya digunakan untuk menyimpan duit syiling!.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...