BREMEN - Entah kebetulan atau pihak polis bosan tidak ada penjenayah yang boleh ditangkap, seorang polis di Jerman menangkap dan memenjarakan seekor kambing.
Seperti diberitakan Ananova, kambing yang bernama Billy The Kid seperti nama penjahat terkenal Amerika Syarikat di masa lalu terpaksa bermalam di penjara atas tuduhan mengganggu lalu lintas. Billy ditangkap setelah berdiri di tengah jalan raya yang sedang padat di Kota Bremen.
Kambing "nakal" tersebut malah sempat menghuru-harakan petugas polis serta warga setempat yang berusaha menangkapnya. Kejadian itu telah membuat keadaan lalu lintas di Bremen semakin sesak.
Setelah beberapa lama mengejarnya, pihak polis akhirnya berhasil menangkap kambing tersebut setelah beberapa polis dengan kereta perondanya dikerahkan membantu.
Setelah melakukan penangkapan, polis berusaha keras mencari siapa pemilik haiwan tersebut. Meskipun ditelinga kambing terdapat penanda pemilik, pihak polis gagal mengembalikan kambing tersebut kepada pemiliknya.
Pihak polis akhirnya memutuskan memasukkan kambing ke penjara dengan repot penangkapan yang bertajuk "bau yang tidak sedap".
Ketika ini haiwan tersebut masih dijaga seorang polis wanita di penjara. Bukan hanya mendapat tempat baru, kambing ini juga mendapatkan makanan sepertimana tahanan manusia iaitu roti dan air.
ADMIN: kambing pun kne penjara...memang kambing la.
AllBlogToolsFacebook comments for blogger brought to you by AllBlogTools.com , Get Yours?
No comments:
Post a Comment