Otak tak center. Itulah dia orang yang menyebarkan sms palsu sehingga menyebabkan orang islam dan kristian saling berbunuhan. Walaupun umat islam dan kristian masing2 patut belajar untuk bersabar dan mengawal emosi tetapi individu yang menyebarkan sms palsu neh harus bertanggungjawab sebab dengan sengaja ada niat mencetuskan hura hara. Lihat bawah neh ;
JAKARTA: Penyebaran mesej pesanan ringkas (SMS) palsu menjadi punca pertempuran di Ambon antara penduduk Islam dan Kristian menyebabkan tiga orang maut dan 89 cedera selain memaksa 400 anggota keselamatan dikerah berkawal di bandar itu.
Pergaduhan itu dilaporkan meletus di ibu kota Maluku, kelmarin selepas SMS menyatakan seorang pemandu teksi Muslim diserang dan dibunuh penduduk Kristian.Satu kumpulan dipercayai turut disertai anggota keluarga pemandu teksi itu bersenjatakan parang dan batu terbabit dalam pergaduhan.
Jurucakap polis kebangsaan, Anton Bachrul Alam, berkata pihak yang menyebarkan SMS palsu itu sudah diketahui tetapi tangkapan belum dibuat.
“Kami gesa penduduk Ambon tidak menyebarkan SMS yang boleh mencetuskan masalah,” katanya.
Anton berkata, rusuhan tercetus selepas kemalangan jalan raya membabitkan seorang pemandu teksi.
SMS palsu itu menyatakan, seorang pemandu teksi, Darmin Saiman, diserang dan dibunuh. Pergaduhan meletus selepas dia dikebumikan. – Agensi
Perkara yang sama tak mustahil berlaku di malaysia andai terdapat penyebaran sms2 palsu yang menghasut rakyat terutamanya orang islam untuk benci kristian dan masyarakat bukan islam. Ahti2 larh dengan apa yang anda lihat dan baca. Jangan anggap ia benar sehingga terbukti sahih.
ADMIN : Jalan damai ada.. yang ektrem gak jadi pilihan..
AllBlogToolsFacebook comments for blogger brought to you by AllBlogTools.com , Get Yours?
No comments:
Post a Comment