PENGHINAAN Sitt Al-Wuzara terhadap Islam kini dilihat semakin menjadi-jadi. Tindakan SKMM sekadar menyekat blog manusia biadap ini dilihat tidak menyelesaikan masaalah.
Meskipun laman blog Sitt Al Wuzara disekat, namun selagi makhluk biadap ini tidak ditangkap, dia akan terus membina laman blog yang baru untuk terus menjalankan aktiviti biadapnya. Tambahan pula laman yang disekat ini masih lagi boleh diakses melalui open DNS.
Perkembangan isu penghinaan terhadap Agama Islam yang dilakukan oleh Sitt Al-Wuzara serta kegagalan pihak JAKIM dan SKMM di dalam menangani isu ini benar-benar menimbulkan kebimbangan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Jika Islam sebagai agama rasmi persekutuan boleh dihina dan dicaci sehingga sedemikian rupa, tidak mustahil agama lain juga akan dihina oleh manusia-manusia biadap seperti ini.
Saya bimbang jika SKMM dan JAKIM terus menerus gagal menyelesaikan hal ini, akan muncul lebih banyak individu atau kumpulan-kumpulan anti-agama yang berani menghina dan mencaci agama lain.
Hal ini boleh membawa kepada konflik yang lebih besar dan boleh mencetuskan ketegangan agama serta menimbulkan rasa curiga di kalangan rakyat di negara ini yang berbilang kaum dan agama. Jelas sekali jika perkara ini gagal ditangani dari sekarang, ia boleh menggugat keselamatan negara.
Saya menggesa pihak berkuasa menangkap dan menghukum Sitt Al-Wuzara untuk menunjukkan ketegasan penguatkuasaan dan juga amaran kepada manusia-manusia biadap yang tidak bertanggung jawab seperti ini.
Koordinator, Panitia,
Perpaduan dan Pehubungan Kaum Jingga 13
Difahamkan DK Vicky adalah salah seorang ahli bukan Melayu Jingga 13 yang beragama Hindu. Beliau akan bersama-sama memohon untuk menghadap Yang Dipertuan Agong pukul 10 pagi ini, bagi menghantar memorandum berhubung isu ini
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/09/bukan-islam-bimbang-sitt-al-wuzara-hina.html#ixzz1XjL23otp
AllBlogToolsFacebook comments for blogger brought to you by AllBlogTools.com , Get Yours?
No comments:
Post a Comment