Friday, September 23, 2011

OH ! FAKTA : FAKTA YANG BERCANGGAH MENGENAI MINUMAN TENAGA!





Minuman tenaga dipercayai mampu memberikan tenaga tambahan bagi penggunanya. Minuman ini juga dikatakan berupaya meningkatkan prestasi seseorang yang gemar bersukan. Adakah anda mengetahui bahawa  tenaga tersebut sebenarnya dibekalkan melalui kandungan kafein dan gulanya yang cukup tinggi?.

Minuman tenaga dikatakan mampu meningkatkan prestasi jelas menimbulkan kontroversi kata beberapa pakar malah mereka menyatakan minuman tenaga ini berbahaya!. 



"Minuman yang mengandungi kafein yang sangat tinggi berpotensi mengganggu kesihatan," kata Roland Griffiths, profesor psikiatri dan ahli saraf dari Johns Hopkins University School of Medicine.

Berikut adalah empat bahayanya minuman tenaga:

1. Mengandung paras gula yang tinggi

Kandungan gula yang tinggi dalam minuman tenaga mampu mengakibatkan  peningkatan kadar gula dalam darah, merosakkan gigi dan menyebabkan pertambahan berat badan. Cuba anda memeriksa isi kandungan minuman tenaga untuk mengetahui berapa jumlah gula dalam minuman tersebut. Bandingkan dengan minuman soda dan anda akan mendapati kandungan gula dalam minuman tenaga lebih tinggi.

2. Bahaya untuk anak

Kandungan kafein dan gula yang tinggi pada anak-anak lebih berbahaya daripada pada orang dewasa. Anak-anak masih dalam masa pertumbuhan sehingga akan mendapat kesan negatifnya lebih buruk di masa depan. Lagi pun minuman tenaga tidak mengandung zat gizi apa pun.

3. Menyebabkan dehidrasi

Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan penyerapan air ke dalam tubuh terhambat sehingga menimbulkan risiko dehidrasi. Tubuh yang mengalami dehidrasi akan menyebabkan prestasi yang buruk kepada anda disaat anda sedang melakukan aktiviti. Jika anda merasa tidak boleh untuk meninggalkan minuman tenaga disarankan untuk minum segelas air kosong setelah minum minuman tenaga.

4. Menyebabkan jantung berdebar

Kafein boleh menyebabkan tekanan darah meningkat dan jantung terasa berdebar-debar terutama bagi mereka yang sensitif. Reaksi berbahaya pada minuman tenaga yang boleh terjadi antara lainnya ialah rasa pening, mual, sakit dan kehilangan deria rasa.


ADMIN : KALAU 100 PLUS CAMNER PLAK YE?...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...