Saturday, September 24, 2011

OH ! COOL : Facebook Timeline termantop, evolusi Facebook terkini bakal menjelma





Salam kepada semua pembaca F2JL. Facebook Timeline adalah satu inovasi baru di mana profile Facebook anda akan bertukar menjadi seperti sebuah mesin masa untuk semua post post dan aktiviti anda di Facebook sejak dari tarikh anda mendaftar dengan Facebook sehingga ke hari ini, di mana anda dapat melihat kembali updates anda dengan lebih teratur. Banyak fungsi baru diperkenalkan pada profile facebook yang baru ini.
Profile baru anda hanya boleh dilihat oleh pengguna lain yang telah menukar profile mereka kepada Facebook Timeline sahaja. Selain itu, profile anda akan kelihatan seperti biasa kepada pengguna yang belum bertukar kepada Facebook Timeline. Facebook Timeline akan secara rasminya di gunakan oleh semua pengguna Facebook pada 30 September ini, namun jika anda tak sabar mahu melihat dan mengunakannya, sila ikuti tutorial kami di bawah :-

1. Mula mula log in akaun Facebook anda dan pergi ke link ini :-  https://developers.facebook.com/apps

2. Pada yang kali pertama mencipta Facebook Application, anda akan dibawa ke halaman ini. Sila klik ‘Allow’. 
tutorial menukar facebook lama kepada facebook timeline
 3. Kemudian, anda akan dibawa ke halaman ini, sila klik ‘Create New App’
tutorial menukar facebook lama kepada facebook timeline
4. Anda akan dibawa ke halaman ini. Isilah apa apa sahaja nama pada ‘App Display Name’ dan ‘App Namespace’ . Kemudian, tick pada checkbox ‘ I agree to the Platform Privacy Policy’ dan klik ‘Continue’. 
tutorial menukar facebook lama kepada facebook timeline
5. Selepas mengisi captcha, klik ‘Submit’
6. Jika keluar halaman seperti gambar dibawah, itu bermakna anda belum mengesahkan akaun Facebook anda. Jika tidak keluar halaman seperti ini, abaikan langkah ini dan skip pada langkah seterusnya. Klik pada perkataan ‘mobile phone’.
tutorial menukar facebook lama kepada facebook timeline
7. Akan keluar satu pop up window seperti gambar di bawah. Isi nombor telefon anda. 
tutorial menukar facebook lama kepada facebook timeline
8. Setelah isi, satu code akan dihantar ke nombor telefon yang anda isikan tadi. Isi code itu ke dalam ruang yang diberikan seperti dibawah. 
tutorial menukar facebook lama kepada facebook timeline
9. Anda akan dapat satu notis pengesahan bahawa akaun Facebook anda telah diverify.
tutorial menukar facebook lama kepada facebook timeline
10. Kembali pada halaman ini, isi apa yang perlu seperti di langkah no 4 dan klik ‘Continue’.
tutorial menukar facebook lama kepada facebook timeline
11. Anda akan diminta mengisi capctha lagi sekali. Isi dan klik ‘Submit’. Kemudian anda akan dibawa pada halaman seperti gambar di bawah. Jika anda belum mengisi ruang ‘App Namespace’, isi sekarang dan klik ‘Save Change’. Kemudian lihat di sebelah kiri anda, klik pada ‘Open Graph’.
tutorial menukar facebook lama kepada facebook timeline
12. Apabila anda dibawa ke halaman ini, isi tempat yang dibulatkan dengan apa saja perkataan yang relevan, kemudian, klik ‘Get Started’
tutorial menukar facebook lama kepada facebook timeline
13. Anda akan dibawa ke halaman seterusnya seperti gambar di bawah. Jangan buat apa apa. Anda hanya perlu scroll ke bawah dan klik ‘Save Changes and Next’.
tutorial menukar facebook lama kepada facebook timeline
14. Selepas itu, anda akan dibawa ke halaman seterusnya. Di sini, anda tidak perlu berbuat apa apa kecuali scroll ke bawah dan klik ‘Save Changes and Next’.
 tutorial menukar facebook lama kepada facebook timeline
15. Di halaman seterusnya, juga jangan buat apa apa, anda hanya perlu scroll ke bawah dan klik ‘ Save and Finish’. 
tutorial menukar facebook lama kepada facebook timeline
16. Seterusnya, anda dibawa ke halaman ini. Tunggu seketika dan selepas itu kembali ke Home Facebook anda. 
 tutorial menukar facebook lama kepada facebook timeline
17. Di Home Facebook anda, akan keluar seperti ini di bahagian atas sekali. Klik ‘Get it Now’.
tutorial menukar facebook lama kepada facebook timeline
18. Sekarang anda sudah nampak perubahan pada Facebook anda!. Anda boleh ‘Start Tour’ untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perubahan ini. Selepas itu, klik sahaja ‘Publish’. 
tutorial menukar facebook lama kepada facebook timeline

19. Anda sudah selesai update Facebook Profile anda kepada yang baru!. Nikmati perubahan ini sebagai sesuatu yang sangat smart dan elegan.  Anda boleh ubah profile anda mengikut kesesuaian.

 20.  Nota penting : saiz cover fit adalah 849×313

 ADMIN : Selamat mencuba! 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...