KUALA LUMPUR, pengambilalihan kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) oleh pemilik pasukan Formula Satu (F1), Team Lotus Tony Fernandes secara tidak langsung memberi impak positif kepada bola sepak Malaysia.
Tony mengumumkan pengambil alihan kelab itu dengan pembelian 66 peratus saham bernilai 35 juta pounds (RM173 Juta) milik Bernie Ecclestone dan bekas prinsipal pasukan Renault F1, Flavio Briatore menerusi Tune Sports Sdn Bhd.
Pembelian tersebut turut menyaksikan Tune Sports menjadi syarikat Malaysia pertama memiliki pasukan Liga Perdana Inggeris.
Tony, 47, yang juga pemilik syarikat penerbangan tambang murah Air Asia, akan menjadi pengerusi kelab dan akan disertai dalam lembaga pengarah oleh Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Air Asia, Datuk Kamaruddin Meranun.
Kamaruddin, dalam temubual dengan pihak media berkata, selain mengetengahkan syarikat Malaysia di arena antarabangsa, sukan bola sepak tempatan juga boleh meraih manfaat daripada pembelian QPR itu.
“Pelbagai cara boleh dilakukan pada masa depan yang antaranya ialah dalam bentuk kerjasama dan juga mungkin mewujudkan akademi bola sepak,” katanya.
GPR kembali ke kancah utama Liga Perdana Inggeris selepas 15 tahun beraksi di liga bawahan dan mengelak daripada keciciran di akhir musim pastinya menjadi misi utama pengerusi, peminat dan pengurus kelab itu.
Penyokong kelab sebelum ini melahirkan rasa tidak puas hati dengan kurangnya pelaburan luar musim sejak mendaki ke Liga Perdana Inggeris, dan kekalahan 4-0 di tempat sendiri kepada Bolton dalam saingan pembuka tirai minggu lalu, menambahkan lagi kerisauan peminat.
Bagaimanapun, Tony berjanji akan menyediakan sumber kewangan dan membuat pelaburan pemain untuk pengurus Neil Warnock sebelum mengakhiri jendela perpindahan pada 31 ogos ini, dengan harapan dapat membantu kelab itu mengarungi saingan liga dengan lebih baik.

----------Agak2..ade peluang x pemain malaysia main kat EPL nih?..-----------
AllBlogToolsFacebook comments for blogger brought to you by AllBlogTools.com , Get Yours?
No comments:
Post a Comment