Sunday, October 23, 2011

OH ~ SERIUS : JENAZAH MUAMMAR GADDAFI DAN ANANKNYA DI TAYANGKAN DI BILIK SEJUK


Klik SINI Untuk Join !
JENAZAH bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi (depan) dan anak lelakinya, Mutassim dipamerkan di dalam sebuah bilik sejuk beku di bandar Misrata, Libya semalam.


MISRATA, Libya - Kejam, jenazah Muammar Gaddafi yang masih berlumuran darah dipamerkan kepada umum di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar raya di sini.
Orang ramai semalam berbaris panjang untuk menatap jenazah bekas pemimpin Libya berusia 69 tahun itu yang diletakkan di atas sebuah tilam di bilik berkenaan.
Pada mulanya, jenazah Gaddafi disimpan di bilik itu untuk mengelakkan daripada tatapan umum. Namun, orang awam berpusu-pusu tiba untuk melihat jenazah pemimpin yang mereka benci itu sebaik sahaja rahsia lokasi tersebut terbongkar.
Malah, untuk memudahkan orang ramai melawat arwah, pengawal-pengawal di premis itu menetapkan masa lawatan berasingan untuk keluarga dan lelaki bujang.
"Kami mahu melihat anjing ini (Gaddafi)," kata beberapa penduduk setempat.
Berpuluh-puluh lelaki, wanita dan kanak-kanak turut tidak ketinggalan bergambar bersama jenazah bekas pemimpin Libya tersebut.
Jenazah Gaddafi dibiarkan terbujur dalam keadaan terdedah hingga ke paras pinggang dengan dada dan tangannya berlumuran kesan darah sebelum ditutup dengan sehelai selimut.
Kesan luka akibat tembakan turut dilihat pada dada, perut dan bahagian kiri kepala jenazah.
Turut diletakkan di dalam bilik sejuk beku tersebut ialah jenazah anak lelakinya, Mutassim Gaddafi.
Gaddafi meninggal dunia pada Khamis lalu selepas dia ditangkap pejuang-pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) ketika cuba meninggalkan bandar kelahirannya, Sirte bersama pengawal-pengawalnya.
NTC yang memerintah Libya masih tidak dapat memutuskan bila dan di mana jenazah Gaddafi akan dikebumikan.
Penduduk di sini yang merupakan bandar paling teruk dibedil tentera Gaddafi dalam perang saudara sejak beberapa bulan lalu mendakwa jenazah Gaddafi adalah hak milik mereka.
Pertelingkahan itu menyebabkan rancangan untuk mengebumikan jenazah Gaddafi kelmarin terpaksa ditanguhkan.
Pemerintah tentera NTC di bandar ini juga tidak membenarkan pembedahan autopsi dilakukan keatas jenazah Gaddafi untuk mengetahui punca kematiannya.

ORANG RAMAI berbaris untuk menatap jenazah Muammar Gaddafi di sebuah pusat membeli belah di Misrata kelmarin.


"Tiada pembedahan autopsi keatas jenazahnya akan dilakukan hari ini (semalam) atau pada mana-mana hari," kata jurucakap majlis tentera Misrata, Fathi al-Bashaagha.
Sementara itu, NTC mengeluarkan kenyataan bahawa satu pentadbiran sementara akan ditubuhkan dalam masa sebulan. Rakyat Libya pula akan memilih pentadbiran baru dalam pilihan raya umum yang dijadual diadakan dalam tempoh lapan bulan lagi.
NTC akan mengisytiharkan pembebasan Libya di bandar Benghazi, timur Libya hari ini untuk membuka laluan kepada usaha-usaha mengubah negara yang kaya dengan minyak itu menjadi sebuah negara demokrasi. - Agensi

OH ~ COOL : Trailer Filem "Gua ikut Enta The Movie" lakonan ust Azhar Idrus



Wahaha,, korang ingat ini main2? jangan lupa saksikan filem ini..
Penerbit filem ketika mengeluarkan kenyataan di laman muka buku berkata

"Jangan ketinggalan, saksikan Filem terbaru terbitan Dewan Pemuda PAS Malaysia "Gua Ikut Enta The Movie" menampilkan pelakon - pelakan baru yang berkaliber... Ustaz Nik Mohamad Abduh, Ustaz Riduan Mohd Nor, Kamal, Man John, Ust Azhar Idrus .... nanti dan saksikan kemunculannya........"

OH ~ SHOCK : BUAYA TIGA RASA





Bosan ngan kepala ikan..try plak KEPALA 






BUAYA..BARU GANAZZZZ... HA2













OH ~ LAWAK : (STORY) PRESIDEN OBAMA DI MALAYSIA



Sewaktu Presiden Obama mengunjungi Malaysia baru-baru ini... dia dibawa mengeliling ibukota dengan menaiki sebuah kereta mewah. Pemandu kereta mewah itu tiba-tiba berkata...
"Tuan Cakap aje apa yang nak di ibukota ini... saya pasti tunaikan.."

"Well", kata Obama...
"Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US.. .kalau saya mahu keluar kemana-mana pastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri... tapi tidak pernah mendapat melakukannya."

"Wah," kata pemandu..
"Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah.."

Dan kemudian mereka pun bertukar tempat. Presiden Obama memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya. Tetapi bila sampai di persimpangan pertama... Obama lupa untuk berhenti di lampu merah..

Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya... polis turun dari motornya, dan menghampiri kereta tersebut. Tetapi sebaik sahaja dia mendekati.. ia melihat Presiden Obama... dan ia segera kembali ke motornya dan menghubungi pegawai atasannya.

"Tuan.." kata Polis itu
"Saya baru saja menahan seorang pembesar."

"Apa?" kata atasannya,
"Ketua Polis ke?"

"Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita"

"Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?"

"Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi."

"Well, siapa yang kamu tahan itu?" tanya pegawai atasan kebingungan.

"Tidak tahu Tuan.." jawab Polis
"Tapi siapapun dia, yang pastinya pemandunya saja sudah Presiden Obama!"



ADMIN F2JL : Tipu ler kalau x knal barack obama..

OH ~ ISU PANAS : FAKTA BERCANGGAH DI DALAM AKHBAR UTUSAN DENGAN AKHBAR2 LAIN

 PERHIMPUNAN SEJUTA UMAT YG BERLANGSUNG SEMALAM TELAH MEMBERI PELBAGAI REAKSI DIKALANGAN MASYARAKAT.


 Namun,sebagai wartawan yg bertugas mengupas tentang perhimpunan tersebut,nampaknya ramai dikalangan mereka tidak TAHU UNTUK MENGIRA.


Mengapa Admin sebut sebegitu?..


LIHAT GAMBAR YG AKAN DIPAPARKAN DI DADA2 AKHBAR NIH.TERTIPU KAH ANDA?

Namun laporan berita portal propaganda tersebut menulis angka dua kali ganda lebih ramai iaitu 10,000. Nampak sangat wartawan yang menulis berita ni main belasah je asalkan jadi berita.



Portal Berita Harian pula melaporkan kurang dari 1,000 peserta menghadiri perhimpunan itu, malah menyifatkan ia sebagai satu perhimpunan yang gagal, kerana tidak mencapai sasaran.



ADMIN F2JL : Sekejap 5000..skjp 10000..skjp 1000...diorng nih keje guner sebelah mate ke?..x ngutuk..tapi nmpk sngt bohongnyer...


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/10/himpunan-sejuta-umat-utusan-buat-lawak.html#ixzz1bYnEakVz

Saturday, October 22, 2011

OH ~ LAWAK : CARA YANG BERETIKA DALAM MENJAWAB PANGGILAN TELEFON


▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀
Cara Jawab Telefon Yang Betul 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀...▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀

"Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama.. terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi di sini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).

Soalan: haloo, may i speak to bedah please
Jawapan: maap. sini bukan balai polis.

Soalan: haloo, siapa di sana
Jawapan: ntah. saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323
Jawapan: maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.

Soalan: haloo, mak ade rumah
Jawapan: mak takde rumah. bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

Soalan: haloo timah, buat ape tu
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

Soalan: boleh saya bercakap ngan siti
Jawapan: maap. nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.

Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk. maap

Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental di sini. anda ingin mendaftar

Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp..terus letak tepon. salam kite wajib jawab)

▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀
Share kalau suka thank you :)
Lihat seterusnya..

ADMIN F2JL : YAKIN JE LEH BUAT...

                       

OH ~ SERIUS : YUE YUE SUDAH MENINGGAL (SAD),KINI WANITA YG MENOLONGNYA PULAK DITUDUH CUBA MENCARI POPULARITI !


Yue yue, kanak-kanak yang kes kecelakaannya telah memancing perhatian masyarakat dunia dikhabarkan telah meninggal dunia. Sementara itu, wanita yang menolongnya pertama kali, Chen Xianmei, memilih untuk meninggalkan tempat tinggalnya kerana dituduh mencari populariti.



Kes langgar lari seorang anak berumur 2 tahun yang kemudian dibiarkan terkapar begitu saja oleh masyarakat sekitarnya telah menyita perhatian dunia. Kini anak malang itu yang bernama Yue yue atau Wang yue, dikhabarkan telah meninggal. Kepergiannya meninggalkan luka serius bagi sejarah kemanusiaan di China. Orang-orang yang terlibat dalam kes ini diekspos secara habis-habisan, baik itu pemandu yang melanggar, mahupun orang-orang yang menunjukan sikap tak pedulinya dalam rakaman kamera CCTV. Kita tentu berharap kes ini akan menjadi cermin bagi masyarakat di sana untuk lebih memperhatikan sisi manusiawi mereka. Namun sayangnya, harapan itu masih terlalu jauh.

Ketika Yue yue terbaring tak berdaya di lokasi kejadian, hanya ada satu orang yang peduli dengan kondisi gadis itu. Ia adalah Chen Xianmei. Mungkin berkat Chen, Yueyue masih sempat dirawat di hospital selama seminggu sebelum gadis malang itu menghembuskan nafasnya yang terakhir hari ini.

Setelah itu Chen segera dianggap sebagai seorang pahlawan. Ia diberi kesempatan kerja tetap dan sejumlah wang dari perusahaan tempatan. Namanya langsung melambung setelah terpampang di berbagai macam media. Banyak orang yang kagum padanya, tetapi, seperti yang ditulis oleh Shanghaiist, tidak sedikit pula orang yang membenci wanita ini. Bagi sebagian orang, apa yang dilakukan Chen terhadap Yue yue, tak lebih dari sekadar mencari populariti dan wang. Mereka menuduh Yen sebagai orang yang oportunis.

Gelombang reaksi dari orang-orang yang membenci (atau iri) terhadap Chen semakin hari semakin meningkat. Dibarengi dengan orang pemerintah dan wartawan yang tak henti-hentinya berkunjung ke rumah Chen siang dan malam. Wanita itu akhirnya memilih untuk angkat kaki dari tempat tinggalnya di Foshan. Chen begitu trauma, bahkan kini menonton acara berita di televisyen saja ia tidak berani.

"Banyak orang yang mengatakan bahwa saya melakukan itu untuk mendapatkan ketenaran dan wang. Bahkan kini tetangga saya juga mengatakan hal yang sama!" ujar Chen. "Saya sama sekali tak bermaksud demikian, dan saya sekarang takut mendengar perkataan dari orang lain sampai-sampai saya tak berani untuk melihat siaran berita di televisyen. Saya tidak melakukan itu untuk mendapatkan wang."

Air matanya mengalir ketika ia mengatakan, "Saya tidak mencuri atau merampok. Apa yang saya lakukan hanyalah untuk menyelamatkan anak itu."

Fenomena sosial yang menyedihkan seperti ini tentu membuat kita bertanya. Apa gerangan yang menyebabkan tumpulnya rasa kemanusian dari sebagian masyarakat di China?

Menurut the-diplomat.com, fenomena ini terjadi kerana jati diri China itu sendiri. Sebagai negara yang tingkat ekonominya mengalami peningkatan secara pesat dan tajam, ekonomi kini telah menjadi tolak ukur utama bagi sebagian masyarakat di sana.

Masyarakat China telah berkembang menjadi terlalu utilitarian, mereka telah mencapai tingkat dimana mereka tidak dapat lagi mentoleransi orang-orang yang bertindak atas dasar altruistik (mementingkan kepentingan orang lain dibandingkan kepentingan dirinya sendiri). Mereka hanya boleh menganalisa tindakan heroik Chen atas dasar untung dan rugi yang hujung-hujungnya selalu dikaitkan dengan adanya reward berupa wang.

Mereka ini adalah orang-orang yang protes ketika Chen berhasil mendapatkan banyak pujian dan wang dari tindakan pertolongannya tersebut, sedangkan ketika dulu mereka pernah menolong orang lain, mereka tidak mendapat perlakuan yang sama.

Terlepas dari benar atau tidaknya analisa diatas, Chen adalah bukti nyata bahwa di China masih ada orang-orang yang rasa kemanusiaannya tidak tergores oleh fenomena pergesekan moral dan sosial. Dan mereka tidah hanya satu atau dua. Hingga saat ini, situs jejaring sosial di China masih dipenuhi oleh orang-orang yang menyesali kepergian Yue yue. Dan tidak sedikit pula dari mereka yang merasa malu atas perlakuan 'tidak peduli' yang ditunjukan oleh teman-teman sebangsa mereka di China.-idbite.com

sumber: shanghaiist, the-diplomat

ADMIN F2JL : SENANG CRITE..KALAU BERLAKU KAT AHLI KELUARGA KORNG??..BARU LAH TAHU MENOLONG ITU SATU NIKMAT MEGA BESAR...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...