Tuesday, October 4, 2011

OH ~ SERIUS : APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG JALAN KARAK (PAHANG)


Lebuhraya Karak






Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.


1.Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2.Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.







3.Volkswagen kuning..selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…..

Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus….



4.Kereta Misteri





KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.

Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.

Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.

“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.

Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.

Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.

Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..

Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.

Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.

Usaha mengangkat


Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!

(sumber dari kosmo!)


Jalan Lama Karak





1.Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik…Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).

2.Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram!

3.Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?..

4.Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..

5.mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6.Tentang hantu yang makan orang




ini pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!


Sumber: Syok.org:ultras malaya

OH ~ SHOCK : AIR MINERAL PALING MAHAL DI DUNIA



Air mineral atau yang biasa kita sebut sebagai air putih memang sudah tidak asing lagi. Sudah banyak produk air mineral yang berada di pasaran. Kebiasaannya air mineral ini harganya murah bukan?. Namun berbeza dengan air mineral yang satu ini. “Fillico Beverly Hills” adalah air mineral dari mata air yang diproduksi oleh perusahaan dengan nama Vieluce di Osaka, Jepun. Sumber air yang digunakan adalah mata air yang berada di kaki gunung Rokko, Kobe, Jepun. Mata air ini sudah terkenal sebagai air mata terbaik untuk pembuatan  sake.



Kerana sumber air ini sangat terhad maka setiap bulan hanya dikeluarkan sebanyak 5000 botol sahaja. Anda dapat membeli air mineral ini dengan harga RM350 sebotol. Masih murah?. Ternyata dalam setiap keluaran air mineral ini, terdapat dua botol khusus yang digelar “Raja dan Ratu” dengan tutup botol yang mirip dengan mahkota Kaisar Fredrick II dari Kerajaan Rom dan dihiasi dengan kristal Swarovski. Tersedia bagi anda yang rela membayar RM905 hanya untuk sebotol berisi air mineral sebanyak 750 ml!.
SUMBER: INDAH

Monday, October 3, 2011

OH ~ SHOCK : AKIBAT SUKA SANGAT MESIN PERMAINAN PATUNG


SYDNEY - Seorang kanak-kanak yang berasal dari Australia telah diselamatkan oleh pihak bomba setelah masuk ke dalam sebuah mesin permainan anak patung.

Tyler Bussier berusia tiga tahun sebelumnya berusaha mengambil sebuah anak patung di dalam mesin itu.

Ketika ibunya Catherine Bussier sedang terlalu sibuk berbelanja. Entah bagaimana kanak-kanak itu akhirnya boleh termasuk ke dalam mesin permainan.

"Tyler sebelum itu bertanya, 'Ibu, bolehkah saya memiliki anak patung itu?'. Saya mengatakan bahawa saya tidak memiliki duit syiling," cerita si ibu.

Ketika Catherine masuk ke dalam kedai, dia baru menyedari anak lelakinya sudah tidak ada di sampingnya. Ketika itu dia terlihat Tyler berusaha untuk masuk ke dalam mesin tersebut, Catherine berusaha menarik kakinya namun tubuh kecil kanak-kanak tersebut sudah masuk dan terjatuh di dalam.

"Dia tidak terlihat bersedih saat itu malah bahagia berada di lautan anak patung. Saya hanya terpikir adakah dia bisa bernafas di dalam sana," kata Catherine.

Petugas bomba pun akhirnya dipanggil untuk membantu mengeluarkan Tyler dan mereka terpaksa membuatkan "pintu kecemasan" agar kanak-kanak tersebut boleh ke luar.

"Kini dia sudah memiliki anak patung itu," kata Catherine penuh kelegaan.

OH ~ SERIUS : HABISKAN RM4500 UNTUK FARMVILLE (FB)



United Kingdom - Bagi anda para penggemar permainan game online di Facebook mungkin mengetahui tentang permainan FarmVille. Permainan virtual yang mengharuskan pemainnya mengembangkan ladang yang dimilikinya.


Permainan ini memberikan syiling emas virtual pada pemain baru untuk mengembangkan ladangnya tapi bagi mereka yang ingin cepat mengembangkan ladangnya boleh membeli syiling emas virtual dengan menggunakan wang sebenarnya dan yang pasti dibeli menggunakan kad kredit.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu menghabiskan kira-kira GBP900  atau kira-kira RM4500 untuk mengembangkan kawasan pertaniannya di permainan virtual itu. DIa menghabiskan GBP625 dengan menggunakan kad kredit milik ibunya serta GBP288 menggunakan duit tabung peribadinya.


Ibunya pun menghubungi HSBC bank yang telah mengeluarkan kad kreditnya bagi melaporkan kejadian itu. Tapi sayangnya pihak bank hanya akan mengembalikan wang itu apabila si ibu melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan membawa bukti laporan.


Kanak-kanak itu pun terlihat sangat seronok setelah mengetahui jumlah yang telah ia keluarkan dan dia nampaknya seperti tahu apa yang telah dia lakukan.


"Ketika saya bertanya kenapa dia melakukan hal itu, dia hanya berkata, mereka memberikan barang bagus yang dia inginkan," cerita ibu kanak-kanak itu seperti diberitakan oleh web.orange.co.uk.


Dia tidak menyalahkan pihak Facebook, Zynga yang menjadi pencipta permainan tersebut atau HSBC atas kejadian itu.


Tapi dia mengatakan, "Saya rasa mereka harus bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan ini serta harus menggunakan sistem agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi," katanya.

OH ~ SERIUS : PERMAINAN GADIS2 RUSIA DI MASA LAPANG




Remaja-remaja di Rusia sekarang memiliki permainan baru, sebuah permainan yang menguji keberanian menentang kelajuan kereta api.
Permainan ini harus dilakukan dengan cepat, kerana apabila si penentang terlalu cepat muncul dan dilihat oleh pemandu keretapi, keretapi tersebut akan berhenti mengejut secara serta merta dan pemain dikira gagal. Jadi penentang akan bersembunyi terlebih dahulu dan berlari beberapa saat sebelum kereta api itu datang dekat dengan lokasi pemain bersembunyi lalu mengambil posisi tidur atau menerap sehingga kereta api akan tetap berjalan seperti biasa. Tepat hanya beberapa inci di atas badan dan kepala!. Wow!, jangan tidak percaya. Permainan menentang kelajuan keretapi ini juga dilakukan oleh gadis-gadis!!






AMARAN : JANGAN MENIRU AKSI BERBAHAYA INI DI RUMAH. 

Saturday, October 1, 2011

OH ! THUMBS UP : TIPS GILA MENGUBAH JAKET MENJADI BEG SERBA GUNA!

Tips gila bagaimana untuk mengubah jaket menjadi beg serba guna..Diantaranya:


1. Bagaimana untuk menukarkan jaket anda kepada beg komputer riba


2. Bagaimana untuk menukarkan jaket anda kepada sebuah bantal


3. Bagaimana menukar jaket anda kepada sebuah beg galas


4. Bagaimana untuk menukar jaket anda kepada sebuah beg sandang

5. Bagaimana untuk menukar jaket anda kepada sebuah beg galas bayi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...