Kan aq sudah bilang,pemain malaysia ini bukan calang orangnya..TENGOK smua....kelab dari epl menjemput beliau untuk tempoh percubaan.Nampak cam simple je ak?..tapi berapa ramai yg layak untuk tempoh percubaan nih?...jawab2..haha..
Monday, August 15, 2011
Sah! Mentega ‘Pure Creamery Butter’ Tidak Halal
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.
“Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.
Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lepas Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.
–BERNAMA
AQ memang x gune ape2 butter pun sbb aq gune planta..haha
OH ! SERIUS : ImaM muda asyraf bidas tv3.
Petikan neh di ambil dari facebook juara imam muda musim pertama iaitu imam muda asyraf. Memang aku bersetuju sangat-sangat dengan apa yang diperkatakan oleh imam muda. Tetapi janganlah mempolitikkan pandangan dia. Sebab dia cuma memberikan reaksi terhadap tindakan tv3 yang di anggap melampaui batas dan keji kerana mempromosikan web lucah secara terang-terangan menerusi media.
Intergriti tv3 pada malam itu teruk tercalar atas tiga sebab ;
1. Mempromosikan maksiat iaitu web lucah
2. Menghalalkan fitnah
3. Menyebarkan aib.
emm..benar katamu itu ustaz....malahan aq jugak bukan suke politik2 nih..^^
OH ! SERIUS : Gambar sebelum dan selepas riot di London
Bermula dari menuntut pembelaan kepada rusuhan tanpa henti sehingga memusnahkan harta benda dan sehingga mencederakan orang lain. KOme ingatkan keganasan dalam diri orang England ni hanya bila lawan bola sepak je.. Rupanya panas baran sungguh diorang nie.
Yang menyedihkan ialah, mereka ingin menunjuk perasaan pada kerajaan, namun apa yang mereka buat ialah menjahanamkan harta benda peniaga kecil yang ada. Tak ke naya namanya. Jujurnya KOme tak berapa mengikuti perkembangan rusuhan ni, walaupun hari2 KOme bukak surat khabar diorang.. surat khabar sendiripun KOme tak berapa nak baca.hehe.
Ingat!! Demontrasi dengan rusuhan adalah berbeza tau? Bersih 2.0 demontrasi. Riot london adalah rusuhan..
apa beza? bila demontrasi, polis jadi ganas.. bila rusuhan perusuh jadi ganas.
Agak2 korang semua la..leh x claim semua mende nih???....
Yang menyedihkan ialah, mereka ingin menunjuk perasaan pada kerajaan, namun apa yang mereka buat ialah menjahanamkan harta benda peniaga kecil yang ada. Tak ke naya namanya. Jujurnya KOme tak berapa mengikuti perkembangan rusuhan ni, walaupun hari2 KOme bukak surat khabar diorang.. surat khabar sendiripun KOme tak berapa nak baca.hehe.
Ingat!! Demontrasi dengan rusuhan adalah berbeza tau? Bersih 2.0 demontrasi. Riot london adalah rusuhan..
apa beza? bila demontrasi, polis jadi ganas.. bila rusuhan perusuh jadi ganas.
Agak2 korang semua la..leh x claim semua mende nih???....
Sunday, August 14, 2011
OH ~ LAWAK :Cara mengatasi kecemasan ketika kebakaran (kes menolong orang)
Admin sebenarnye x terlibat dalam mane2 kebakaran..tapi kalu gini lah caranya nak selamatkan
orng...pehh....agak2 la..^^..haha..ape2 hal FAHAM2 JE LAH ye...
orng...pehh....agak2 la..^^..haha..ape2 hal FAHAM2 JE LAH ye...
Perkahwinan Gay pertama di malaysia.
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Kerajaan digesa menghalang cadangan paderi gay warganegara Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng untuk berkahwin dengan 'kekasihnya' di negara ini.Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, jika perkahwinan itu dibiarkan berlaku, nescaya keruntuhan akhlak yang dahsyat bakal tercetus dalam kalangan rakyat negara ini.
"Jika perkahwinan itu dibiar berlangsung, ia akan memperlihatkan bahawa kita membenarkan perkahwinan seumpama itu di negara ini. "Seterusnya, dia (Wen Feng) akan dijadikan idola oleh minoriti gay atau lesbian yang pada ketika itu berasa diri mereka diiktiraf dan dihargai.
"Akhirnya, komuniti ini akan menubuhkan NGO mereka sendiri dan bertambah berpengaruh sehingga mampu mengikis identiti agama dan bangsa semua orang," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas cadangan Wen Feng yang membuat pengakuan terbuka untuk melangsungkan perkahwinan dengan 'kekasihnya' seorang lelaki warga Afrika-Amerika pada hujung bulan ini atau awal bulan depan dengan majlis itu bakal diadakan di New York, Amerika Syarikat dan juga di negara ini. -utusan-
Apa yang aku fahamkan di atas ialah ;
1. Dia seorang paderi.
2. Dia gay.
3. Dia nak kahwin dengan lelaki.
4. Dia mengamalkan ajaran kristian.
Pelik. Seorang paderi yang mengajar orang pasal kristian boleh pula slumber menjadi gay sedangkan dalam ajaran kristian amalan gay neh ditentang keras-kerasan. [Juga dalam islam].
Baca bawah pula ;
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Agama Kristian secara hakikinya menentang keras dan tidak merestui amalan homoseksual dalam kalangan penganutnya. Beberapa pemimpin ajaran Kristian di negara ini berkata, amalan tersebut seharusnya ditentang dan dibanteras agar tidak menjadi satu budaya yang menjatuhkan imej agama dan negara.
Setiausaha Eksekutif National Evangelical Christian Fellowship (NECF), Alfred Pais berkata, amalan homoseksual sebenarnya telah membelakangi ajaran yang dibawa oleh Jesus. "Sejak dahulu lagi agama Kristian tidak bersetuju dengan perkahwinan sejenis. Berkahwin sesama lelaki adalah sesuatu yang tidak dapat diterima dan budaya ini tidak sepatutnya dibawa ke Malaysia.
"Jika budaya import itu dibawa ke mari, nescaya ia akan menyebabkan kemusnahan terhadap nilai-nilai murni yang telah dibentuk sekian lama," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini. Beliau mengulas cadangan paderi gay warga Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng untuk berkahwin dengan 'kekasihnya' di negara ini dan sekali gus menimbulkan banyak penentangan daripada pelbagai pihak. -utusan-
Dasat betul lah. Andai perkahwinan gay tersebut berlangsung di malaysia maka ia akan menjadi perkahwinan gay pertama di malaysia dan merupakan satu sejarah.. dan apa yang lebih menakutkan paderi tersebut mungkin dijadikan idola oleh pasangan gay yang mahu berkahwin secara sah di malaysia. Huhu..
. Amalan neh salah beb. Please lah. Ubah untuk kebaikan diri sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)








