Sunday, August 14, 2011

CAM KEBETULAN JE.....WATAK2 DARI KARTUN..

Perkahwinan Gay pertama di malaysia.


KUALA LUMPUR 13 Ogos - Kerajaan digesa menghalang cadangan paderi gay warganegara Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng untuk berkahwin dengan 'kekasihnya' di negara ini.Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, jika perkahwinan itu dibiarkan berlaku, nescaya keruntuhan akhlak yang dahsyat bakal tercetus dalam kalangan rakyat negara ini.

"Jika perkahwinan itu dibiar berlangsung, ia akan memperlihatkan bahawa kita membenarkan perkahwinan seumpama itu di negara ini. "Seterusnya, dia (Wen Feng) akan dijadikan idola oleh minoriti gay atau lesbian yang pada ketika itu berasa diri mereka diiktiraf dan dihargai.

"Akhirnya, komuniti ini akan menubuhkan NGO mereka sendiri dan bertambah berpengaruh sehingga mampu mengikis identiti agama dan bangsa semua orang," katanya kepada
Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas cadangan Wen Feng yang membuat pengakuan terbuka untuk melangsungkan perkahwinan dengan 'kekasihnya' seorang lelaki warga Afrika-Amerika pada hujung bulan ini atau awal bulan depan dengan majlis itu bakal diadakan di New York, Amerika Syarikat dan juga di negara ini. -utusan-

Apa yang aku fahamkan di atas ialah ;

1. Dia seorang paderi.

2. Dia gay.

3. Dia nak kahwin dengan lelaki.

4. Dia mengamalkan ajaran kristian.

Pelik. Seorang paderi yang mengajar orang pasal kristian boleh pula slumber menjadi gay sedangkan dalam ajaran kristian amalan gay neh ditentang keras-kerasan. [Juga dalam islam].

Baca bawah pula ;


KUALA LUMPUR 13 Ogos - Agama Kristian secara hakikinya menentang keras dan tidak merestui amalan homoseksual dalam kalangan penganutnya. Beberapa pemimpin ajaran Kristian di negara ini berkata, amalan tersebut seharusnya ditentang dan dibanteras agar tidak menjadi satu budaya yang menjatuhkan imej agama dan negara.

Setiausaha Eksekutif National Evangelical Christian Fellowship (NECF), 
Alfred Pais berkata, amalan homoseksual sebenarnya telah membelakangi ajaran yang dibawa oleh Jesus. "Sejak dahulu lagi agama Kristian tidak bersetuju dengan perkahwinan sejenis. Berkahwin sesama lelaki adalah sesuatu yang tidak dapat diterima dan budaya ini tidak sepatutnya dibawa ke Malaysia.

"Jika budaya import itu dibawa ke mari, nescaya ia akan menyebabkan kemusnahan terhadap nilai-nilai murni yang telah dibentuk sekian lama," katanya kepada 
Mingguan Malaysia di sini, hari ini. Beliau mengulas cadangan paderi gay warga Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng untuk berkahwin dengan 'kekasihnya' di negara ini dan sekali gus menimbulkan banyak penentangan daripada pelbagai pihak. -utusan-

Dasat betul lah. Andai perkahwinan gay tersebut berlangsung di malaysia maka ia akan menjadi perkahwinan gay pertama di malaysia dan merupakan satu sejarah.. dan apa yang lebih menakutkan paderi tersebut mungkin dijadikan idola oleh pasangan gay yang mahu berkahwin secara sah di malaysia. Huhu..

. Amalan neh salah beb. Please lah. Ubah untuk kebaikan diri sendiri.

Thursday, July 14, 2011

Samad Said: Najib 'memang kejamlah'

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini.

"Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
NONEMenceritakan kembali "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, A Samad (kiri) mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.

Ketika diwawancara
Malaysiakini di sebuah restoran di Bangsar hari ini, A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam".

"Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya.
Kepimpinan 'bangsawan'
Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang.

"Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang. 
NONE"Ada perdana menteri Jepun tidak sampai satu penggal pun, (letak jawatan). Tapi di sini tentu, orang sangat mengidam kuasa," katanya sambil menambah kerajaan tidak lagi memerintah "dengan sukaan umum".

Bagaimanapun, ditanya tentang perdana menteri mana yang yang paling bagus, A Samad tidak menjawabnya secara langsung, sebaliknya menyebut tentang penguasaan "bangsawan" bagi jawatan itu.

Katanya, sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan, kecuali Dr Mahathir, kesemua perdana menteri disandang oleh golongan itu yang disifatkannya "hidup mudah".

"Laporan-laporan yang sampai ke telinga (mereka) itu, semuanya yang cantik sahaja. Jadi, mereka tidak merasakan (kesusahan rakyat). 

"Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari bawah, bukan dari atas," tegasnya lagi.

WINE DARI VIETNAM....SANGGUP KAH ANDA^^

Pernah dengar tak yang kerajaan Malaysia ada wat usahasama dari syarikat negara Arab untuk mengeluarkan wine halal. Bermakna, rasanya macam wine tapi tidak memabukkan..

Lepas tu dapat ke budak-budak jahilliah kat Malaysia nie, dia minum wine halal dan pura-pura mabuk.. konon nak kenakan kawan-kawan dia yang dia minum wine.. Tanpa sedar dah tanggung dosa free sebab menggayakan kemabukan satu satu minuman..HMMM

Tapi wine dari Vietnam ni tak boleh lawan..memang hebat gile..nak tau kenapa hebat.. sebab hanya yang bodoh.. lagho,, sombong,, badigol dan bangang je sanggup minum.. kenapa??

Inilah jawapannya












ingat cara minumnye. 2 kali sehari sahaja, itupun sebelum makan dan diambil dalam kuantiti yang kecik!!! perghghhghghgh

Peserta BERSIH: Polis ancam nak bunuh saya

Beberapa peserta perhimpunan BERSIH menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat dakwaan keganasan polis yang dialami mereka semasa perhimpunan Sabtu lalu.

Diketuai ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah, kira-kira 30 peserta menyerahkan memorandum kepada Timbalan Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee di ibu pejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum menyerahkan memorandum tersebut, empat peserta mengimbas kembali pengalaman traumatik mereka dengan pihak polis pada hari berkenaan.

Salah seorang daripada mereka mendakwa seorang anggota polis mengancam untuk membunuhnya ketika menangkapnya.

NONEKatanya, kejadian itu berlaku ketika dia sedang berjalan kaki di hadapan Dataran Pahlawan dengan sepupunya pada jam 4.10 petang selepas perhimpunan itu bersurai.

Menurutnya, dia kemudiannya ternampak sekumpulan FRU hendak menyerbu ke arah seorang lelaki muda yang tidak melakukan apa-apa, sedang berdiri di atas jalan.

Berikutan itu, dia meminta mereka jangan memukul lelaki itu kerana dia tidak berbuat apa-apa pun.

Sebaliknya, kata beliau, anggota FRU menyerbu ke arahnya. Manakala sepupunya yang meminta polis jangan memukulnya, turut ditangkap.

Beliau mendakwa polis menendang dan menumbuknya semasa ditangkap, dan mencederakan dahinya (atas) dan tangan (bawah).

NONEPengadu lain termasuk aktivis Sarawak Hii Tiong Huat, yang ditahan sehari sebelum perhimpunan tersebut, dan anak saudara Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia selepas ditangkap pada hari Sabtu.

Sunday, June 26, 2011

KENANG2 KENANGAN...^^


























kENANGAN KETIKA PASUKAN BOLA SEPAK FORM 6 TAHAP BERTANDANG DI SMK PADANG SAUJANA.

WALAUPUN DAKU BERUPAYA MENGHASILKAN JARINGAN CANTIK DAN ASSIST UNTUK ALI..NAMUN APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU PEROLEH TMPAT KETIGA..

SEMUANYA GARA2 KEJANG KAKI...YE LAH DAH LA MAIN STRAIGHT 4@5 JAM START DARI PAGI SMPAI TENGAH HARI.

^^

TAHNIAH KEPADA KUMPULAN NASYID AT-TAMMAM SMKA TAHAP




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...